Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, July 5, 2008

suatu ketika dahulu....

hari ini, aku dapat meluangkan masa utk diri aku bersiar2 ke ke taman permainan..aku tersenyum pabila melihat kanak2 bermain riang. yeah..aku teringat zaman aku ketika aku seperti mereka.. mmg indah tika itu...aku x sabar menunggu waktu petang kerna aku dapat bermain bersama jiran2 ku yg lain..

aku teringat permainan yg selalu aku main dulu2..batu seremban, galah panjang, gasing, guli, konda kondi dan baling slipar( x th nama saintifik)..klasik kan..tp skang tidak pula aku lihat kanak2 main dgn permainan ini..Pernah x, korang semua main permainan tradisional?

galah panjang?


permainan galah panjang memerlukan dua pasukan. satu pasukan penyerang dan satu lagi pasukan pertahanan.. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. .Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya..begitulah permainannya..aku selalu akan memilih pasukan yg mana pemain kuat berlari dan itu yg membuatkan team aku menang..aku pulak jenis yg kecik so senang nk menyelit..hhehe..


konda kondi?
haha..aku suka gak main konda kondi..permainan ini agak mudah skit coz aku hnye memerlukan lubang dan juga kayu..pastu main lari2 tangkap kayu yang dipukul oleh pihak lawan. kayu yang pendek baringkan kat atas tanah yg berlubang..kayu yg pjg pula digunakan utk menguis kayu yg pendek..bila kayu td dilambungkan tinggi..pihak lawan perlu tangkap kayu tu..klu gagal tangkap dia perlu memasukkan kayu pendek tu ke dalam lubang dgn membaling..klu x pasukan tu kalah..

guli?
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya.permainan ni perlu ade gelanggang dia..cuma perlu buat satu bulatan besar dia atas tanah..n then letak guli masing2 di tgh2.. pemain perlu menjentik guli2 tersebut keluar dari bulatan..sekiranya gagal berbuat demikian perlu memberi peluang pemain kedua pula..aku x suka main guli ni..coz aku x pandai menjentik..dan satu lagi coz aku slalu kalah n guli aku selalu je abes...huhuhu..aku juz ske tgk je...

gasing?
yeah..gasing..gasing ni senang aje...aku selalu main sape gasing dia berputar lebih lama dia menang...x pon cara yg lain adalah dengan memangkah gasing pihak lawan..err..yang ni pon aku ske tgk coz..bila ade gasing yg berwarna warni ligat berputar sangat cantik taw....dan aku paling x suka nk gulung tali kat gasing tu..selalu failed.aku xreti..huhuhu..

perasan x?permainan2 yg diatas ni selalunya budak2 lelaki yang main kan...hurm tuelah..aku masa kechik2 dulu x ramai kawan2 perempuan..dat y la aku main ngan lelaki jer..yeah..slalu aku kene buli je..tp kekadang best gak..diorang2 ni protect aku taw..ada ketikanya diorang pon main permainan perempuan..coz dlu2 aku ade set permainan masak2 n barbie dolls..diorang pon layan je lah..hehhehe...

No comments:

LiLo

Related Posts with Thumbnails