Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 21, 2008

PLK dan Sepenuh Masa

sebelum aku terlupa....
sekarang borang PLK utk Ijazah telah pon keluar 4 hari yang lepas...
sapa yg berminat utk sambung belajar boleh lah mohon sekarang di Bank Muamalat dan juga Bank Simpanan Nasional....
tarikh tutup 10hari selepas STPM diumumkan...
syarat kelayakan korang bolehlah tgk kat laman web berikut www.uitmonline.edu.my

p/s:kak lyn, lilo da apply...cepat sebelum terlambat...

Assalamualaikum...

ekceli aku rindu gils nk buat posting..
tp masa xmengizinkan aku untuk mengadap pc terlalu lama...
aku rase byk cerita nk dikongsi bersama..
tp xpela..next tyme k..
almaklumlah musim pilihan raya dah dekat...
so ade yg nk minta pelan kaw.parlimen kat aku..
dateline kerja aku pon dah dekat...
so aku kene gigihkan diri utk turun site yg bg aku agak x familiar dgn tmpt2 tue..
dan aku juga merupakan salah seorang petugas pilihan raya musim ke12 nie..
dan ini pertama kali aku mengundi pilihanraya tp undi pos la...

owh ya..esok seharian aku xde kat opis,
aku akan berada di sekitar hulu kelang dan rawang...
erk aku masuk kampung2, jumpa dgn ketua kampung smbil2 tu perati keadaan jalan kampung kat sana...( eh macam YB lak aku nie, nk jumpa rakyat...)hehehe...

next week lak aku ade metim ngan UIA, nk bentangkan keje apa yg aku dh buat dlm masa sebulan nie...mati ler aku...sbb x buat apa2 pon...tp xpe, aku try my best...ada 4 hr lagi utk aku siap apa yg patut...

owh ya...27.2.2008, dafi akan membuat rakaman Zoom In kat Audotirium Perdana, angkasapuri pada jam 8 malam..Dafinites jangan lupa pki baju warna merah k...

bye..
daaaaaa...
muahx u ols...

Tuesday, February 19, 2008

Happy Birthday Amira

Farah Amira

Selamat Hari Lahir yg ke 16..

19. o2 .2008

soory dear, angah lupa ur besday hari nie..

sorry lmbt wish, wish pg td..bukan mlm td...

sorry, xbawa gi dinner..

soory hanya ade pic ni dlm my thumbdrive..

but hadiah dah dapat sebulan awal kan..hehehehe



Hope ur bday gentle breezes into ur life all the choicest of things..
myra, u're my greatest sister i have..
i love u sayang..

Friday, February 15, 2008

bukan rezeki aku


ARGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!


TENSION GILS..


hari nie aku gi BSN nk beli no pin utk apply degree..aku nk beli no pin utk UPU..unfortunately, dah seminggu tarikh tutup UPU, yg tinggal no pin untuk UITM jer..OMG..rasa gugur jantung aku..minggu lepas dia kata ade lagi..so baru hari nie sempat aku singgah bank..

Hancur hati aku nk further studies kat UMS, Sabah..aku igt nk buat full time...sebab klu x silap aku hanya 2 universiti yang tawarkan course yang aku nak amek nie..satu kat pulau pinang n satu lagi kat sabah...kat uitm course tu xde..bengang sesangat nie...

nak x nak aku amek je la borang UITM..dan mayb aku akan pilih bidang aku sekali lagi-Town Planning..bukan aku xnak..cuma aku nk beralih arah jer..bidang yg aku nak amek kat Sabah tu ialah Bidang dalam sistem GIS..klu uitm, dah sah2 aku akan dapat kat shah alam coz course aku tu hanya ada kat situ jer..baik aku amek 'pelajar luar kampus' sambil aku belajar aku boleh bekerja..ilmu aku dapat, duit pon aku dapat.. juz i dont have my own life..

errrhhh...so stupid ... useless..napa bangang sangat aku nie...benda macam nie pon xleh nk alert ker...apa yang kau pikir..tolong sensitip skit dgn apa yg kau mahu farahzila..taw x kau dah rugi masa kau setahun nie...please..please n please make urself a useful person farahzila...

sekarang aku xde choice lain..aku perlu amek je peluang apa yang ada..mungkin bukan sekarang rezeki aku..akan datang pasti ada..yup pasti..

Thursday, February 14, 2008

:- (

hye guys..
suddenly i feel not very well..
aku rase xde mood sesangat..
maybe aku nk demam kot...
klu aku x larat...
mayb aku nk amek half day..
nak rest kan diri...
doakan aku cepat sembuh...
so that aku boleh hangout sabtu nie..
to cantekker gurl, i need you all..

secret admirer


hye..


act, aku ada minat seseorang..mmg kami berkawan..masa mula2 aku kawan dgn dia..aku anggap biasa jer..tapi lama-kelamaan berkawan aku agak suka cara dia...

bagi aku, dia xde la istimewa mana..kadang2 dia membuatkan diri aku rasa istimewa..sumtimes dia buat aku ketawa..sumtimes perangai dia amat mengjengkelkan aku...tyme ni mmg meluat aku nk tgk muka dia..ergghhh...

macam mana aku boleh suka dia..ntah..aku sendri x tahu..nk kata aku selalu call or msg dia..mmg jarang..klu jumpa pon kekadang jerk...selalunya kami berbeza pendapat..

Walaupon dia jarang bersama aku..aku rasa nk dekat dgn dia..nk tahu cerita dia..nk tahu kisah dia..if can, aku nk tahu everythin bout him..tapi apakan daya, aku hanya boleh lihat dia dari jauh...apa yg aku lihat dlm diri dia,dia punyai prinsip nya tersendiri..pemikiran yg matang..childish..talkactive..friendly..etc.

erm...dont ask me who is he..mmg aku x kan bgtaw dgn sesiapa pon..biarlah hanya aku shj yg tahu...kenapa aku x berani nk luahkan apa2 kat dia..coz aku x nk kehilangan kawan aku, let say dia tahu aku ni secret admirer dia, op coz la friendship kitorang akan berubah...mungkin dia akan jauh kan diri dia dari aku..
AKU adalah peminat rahsia DIA



Wednesday, February 13, 2008

Farahzila!! Are u fall in love???


"hey sis..sis lain mcm tgk sis skang nie..sis tgh hot bercinta ker?"

"lilo..lilo dah berpunya ker..sape yg bertuah?"

"angah..nape nk sorok2 dari mama nie..sape org tue?"

"apsal blog ko jiwang2 ekh..dgn lagu tangkap leleh"


hahahaha....
apa kene ngan korang nie...apa lain nye aku nie...apsal korang tanya soklan mcm tue...aku ni nampak sedang bercinta ker?
lllaaaaa...korang ni, x boleh ker aku tulis dalam blog aku ni pasal cinta..x bermaknanya aku sedang bercinta...kan esok Valentine day..so minggu nie aku cerita pasal kisah Cinta la...klu aku tulis pasal aku mesti korang boring kan nk baca..so aku selit2 adegan ringan2 nie buat tatapan pembaca setia blog aku ni kan...errr..aku ade ker pembaca setia nieh...hehehehe...
jawapan yang aku boleh bagi No Komen...opsss...xde maknanya lah...eh farah ko igt ko artis nk jawab no komen.. hahahha... terus terang aku katakan yang aku masih SINGLE n AVAILABLE..belum ada lagi jejaka yang bertuah dlm hidup aku..
so..x payah lah nak buat andaian pasal percintaan aku yer..dgn sape aku bercinta..bila berputiknya cinta n blah blah blah...thanks a lot pada sape yang ambil berat kat aku...of coz one day aku akan share cerita cinta aku ngan korang k...

Tuesday, February 12, 2008

Hari Kekasih

Ada apa dengan hari kekasih..perlu ke kita menyambutnya..cuma hanya satu hari kita perlu menunjukkan kasih sayang..bukan kah setiap hari kita perlu berkasih sayang..apa yang istimewanya Hari Kekasih..kenapa perlu menyambut pada 14 Februari, kenapa tidak 14 Disember... :p

Selalunya kita akan dengar cerita indah mereka yang menyambut Hari Kekasih..riak wajah mereka yang senantiasa ceria..baik lelaki mahupon perempuan..err..x sure la lelaki happy ke x coz diaorang yang banyak kuar belanja... :) itu bagi mereka yang sedang berkasih... bagaimana pula bagi mereka yang single...ya..mereka juga happy, tetapi disebalik kegembiraan mereka tersorok rasa kesunyian yang mendalam..

Suatu hari aku bertanyakan seorang yang aku anggap adik...

Aku : " adik, pernah sambut valentine's day"

Adik : "yup!! pernah..miss that moments.."

Aku : " dengan siapa? tahun nie celeb x?"

Adik : " dengan kawan, dan juga pakwe..tahun ni x..cedey"

Aku : " apa yang menariknya Valentine's day?"

Adik : senyum


Dari penjelasan adik aku sorang nie, selalunya klu valentine's day mereka akan bawa ke Candle light Dinner..yang mana ada certain tempat yang esklusif dan romantic..apatah lagi dihiasi dengan alunan muzik yang mempesonakan.. Disitulah sepasang kekasih akan bertentang mata dan membicarakan kisah kehidupan masing-masing..bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan menari mengikut rentak irama lagu yang sungguh menyasyikkan.




sejambak bunga akan dihadiahkan kepada juliet yang menjadi pujaan romeo..tanda ikatan kasih sayang diantara mereka yang telah dijalinkan sekian lama...bagi wanita bunga ros merah menjadi dambaan mereka...apsal bunga ros..bunga lain xde ker...membazir je bg bunga..x sampai seminggu dah layu..oppsss..apsal aku lak emo..tp aku suka klu bunga ros putih..






coklat..membangkitkan rasa ghairah terhadap pasangan..betul ker???..ini fakta yea..kat majalah mana ntah aku tgk...tp, bagi aku penggemar coklat nie..xde rase pape pon..cuma terasa nikmat bila makan dengan penuh menghayati..tyme ni la pekedai2 coklat akan jual coklat dengan siap teddy bear ..biasa lah nak tarik pelanggan..dan aku pasti, mereka akan jual dengan harga yang bagi aku x berbaloi...


cincin merupakan tanda ikatan sesebuah perhubungan..selalunya hanya perempuan sahaja yang pakai, tetapi kini dijual dalam bentuk yang sepasang..perempuan pon ada, lelaki pon ada..so barulah orang akan tahu yang mereka bercouple..


hurm..itu rupanya kisah valentine's day..adakah dengan menyambut hari kekasih ini akan membuat hubungan ini bertambah erat..adakan menjamin kebahgiaan pasangan tersebut...cuma anda sahaja tahu jawapannya..

:)

A loving couple

swan is symbolic of loving couple


Love is Cinta

juz nk share pic nie dgn korang..
sweet kan...









Sunday, February 10, 2008

Cinta Umpama Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain.
Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha… .
Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
p/s:mcm2 cinta boleh diumpama.. :P

Minat + Suka + Sayang = Cinta


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


-from HM Tuah-

ungkapan cinta




1- Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

2- Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.


3-Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.




4- Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


5- Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


6- Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.



7- Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

8- Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


9- Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



10- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

11- Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.


12- Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


13- Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi


14- Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


15- Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Wednesday, February 6, 2008

i miss u dear!!!

I MISS YOU!!!
i miss you!!!
I miss U!!!

Types of Cat

'Turkish Van'
-Berasal dr Tasik Van dan suka berenang-

'Calico Cat'

-Kucing yg pelbagai warna, lebih dari 2 warna-


'Tabby Cat'

- kucing yg mempunyai bulu yg berbelang-

(mcm kucing faradiba)

'American Kueda'
-similar ngan Turkish Van but x suka dgn air-

'Bicolor Cat'

-mempunyai warna asas putih dah

bercampur dgn satu warna yg lain, kebiasaan warna hitam-

'Smoke Cat'

-mempunyai warna yg gelap dan bawah

badan agak cerah skit-

'Polydactyl cat'

-kucing yg mempunyai 'paw' yg lebih-


'Ocicat'

-kucing yg bertompok pada bulunya-

'Squitten'

- kucing seakan2 tupai,coz kaki pendek-



'Odd-eyed cat'

-kucing yg mempunyai warna mata berlainan-

K-mie kembali!!!



apa yg aku tahu K-mie dah kembali tp bukan hak milik aku lagi..smlm masa blk dr hangout ngan my new famili, aku dgr suara kucing kat rumah jiran sebelah aku, setahu aku dia xde bela kucing..so aku ignore je la..masuk je rumah, ayah ckp cuba tgk kucing org sebelah...aku pon dok ngendap, seyes aku tgk kucing tue lebih kurang sama dgn K-mie..cuma aku xperasan kucing tue mata dia warna apa...mata K-mie wane biru...

Klu itu mmg benar K-mie aku, apa patut aku buat..ambil blk hak aku ker..tp jiran aku nafikn yg itu bukan K-mie..dia kata dia jumpa kucing tu kat tmpt lain..Patut ke aku lepaskan K-mie pada org lain???

Tuesday, February 5, 2008

Dunia Baru The Movie



Hari ini merupakan Pratonton Dunia Baru The Movie..aku dapat tahu from blog AJAMI..Drama Dunia Baru adalah crite fav aku...aku ske sgt tgk crite ni walaupon kadang2 aku ter'miss' nk tgk..aku suka watak madihah yg kelam kabut dan juga watak Tajol yg pikir kan perniagaan dia jer..ekceli setiap watak mmpunyai karakter yg berbeza...drama ni bg aku xlah terlalu heavy...

wah..wah..wah..sekarang nie drama dunia baru akan ke layar perak...aku rasa mmg patut pon diorang buat filem..bagi aku cerita ni mmg santai...dan aku x sabar nk menyaksikan nt..




7.02.08- Dunia Baru The Movie nie akan ditayangkan..semestinya aku akan pergi tgk di pawagam yg berdekatan masa CNY nanti..hurm op koz la, KLCC yg menjadi pilihan aku...dekat kan...so klu korang yg lelain nk join aku tgk Dunia Baru The Movie Khamis nie jomla jumpa aku kat KLCC yer...masa belum ditentukan lagi..myb petang kot...dah lama aku x jenjalan kat KLCC..opsss..menyimpang plak...calling2 k..

untuk maklumat lanjut mengenai sinopsis ker, pelakon ker lagu ker..sila layari web ini Dunia Baru The Movie


Monday, February 4, 2008

~Lemas~


semalam..masa aku tgk crite seram kat rumah..ade part tue, the killer tue campak dat boy kat dalam tasik..kaki, mulut n tangan dat boy tue kene ikat...so bayangkan lah..macam ne dia nk selamatkan diri dia kan...bila aku tgk budak lelaki tue meronta2....aku pula yg macam nk lemas...ekceli aku agak fobia sikit dengan lemas nie...



seingat aku, masa aku standard 1, aku n my family gi bercuti..x igt kat mne..aku nie pantang jumpa air..xkisah la kat kolam ke, sungai ke or laut...mesti aku org pertama yg terjun dulu..nak jadikan kisah, aku mandi kat kolam kanak2..pastu aku tgk la kakak aku mandi kat tmpt dewasa..dia pakai pelampung..aku pon nk join dia juga...masa tue mana la aku taw kolam tu dalam ke x...aku pon terjun la..aku igt kolam tu cetek gak..akhirnya aku lemas..sbb x pandai berenang...kakak aku nmpk dia pon nk la selamat kan aku...akhirnya dia pon lemas gak...aku bertuah sgt2, sbb tuhan masih sayang kan aku, naseb ade pengawal kolam tgh berjaga..dia selamat kan aku n then kakak aku...

buat pengetahuan korang, tyme nie mama n ayah aku xde..aku dan kakak aku jer..so, bila kami dah lakukan kesalahan..kami berdua simpan rahsia dari mama n ayah..semalam barulah mama aku tahu yg kami berdua pernah lemas bersama..lama x kami simpan rahsia nie...klu umur kami x lama..mesti mama n ayah dah xde ank tyme tue..sbb aku berdua je ngan kakak aku..hehehhe...




kali kedua aku lemas masa aku form 5,aku ikut kakak aku pergi picnic ngan opis dia..masa tu kakak aku keje dgn Kak Ani..kakak aku ni sepatutnya dlm pantang coz lagi beberapa minggu nk berkawen..kitorang picnic kat hutan lentang kat pahang..kali nie aku lemas mmg agak ngeri..taw je la kan sungai, dengan air yg deras..dgn batu2 lagi..isk..xdpt dpt nk gambarkan perasaan aku yg amat teruk ketika tue..

kisahnye begini, aku baru je cecah kaki aku kat dalam sungai...sejuk sangat air tue..kakak aku plak dah lama berendam dlm sungai..ntah mcm ner..dia xdpt jejak kaki ke dasar, dia minta aku tolong tarik dia..aku pon pegilah tarik dia...igt dia main2 jer..bila aku dpt je capai tangan kakak aku, aku pon tarikla..tp ntah mcm ner...tetiba je arus sungai jadi deras taw...aku x dpt nk tahan kaki aku n aku pon hanyut..

Ya Allah sekali lagi aku lemas...kali nie fikiran aku ligat berputar...aku rase yg aku akan mati..hanya terbayang dipikiran aku, wajah mama n seluruh famili aku..(wajah bf aku xterlintas sikit pon..hehe)dan dosa2 apa yg telah aku lakukan..seyes aku ckpkan..yang aku rasa mcm nk mati..dan aku terpikir org xdpt jumpa mayat aku lagi,badan aku kembung,n ikan geget2 badan aku...aku lemas bersama2 ngan kakak aku...kami peluk erat sgt..

dengan bantuan kawan2 kakak aku, diorang berjaya kejar kitorang n bawa ke tepi sungai...kaki aku bercalar2 sbb byk kali tersangkut kat bawah batu, n masa dihanyutkan kepala aku terhantuk kat batu..sejak dari hari tue aku serik nk mandi sungai...


moral of the story are:

1- kene amek kelas berenang..nt x lemas dlm kolam

2- jgn nk tunjuk heroin k klu diri tu x pndi berenang...

3- jgn kuar umah tanpa pengetahuan parents k..nt buruk akibat nye..


walaupon aku dah dua kali lemas...aku masih lagi suka bermandi manda..tp aku akan mandi kat tmpt cetek jer...aku takut nk mandi tmpt dlm...fobia klu lemas k..klu pki pelampung make sure ade org yg pandai berenang disebelah aku..boleh la bawa aku tmpt yg dalam sikit..

LiLo

Related Posts with Thumbnails