Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 30, 2008

i lost my Handphone

holla everyone..

lamakan aku x update blog..ekceli aku bykkk benda nk cerita dlm blog nie...igtkn hr nie nk update lah..tp....memandangkan ade sesuatu perkara buruk yang berlaku kat atas diri aku hari ini....aku xde mood dah...

kenapa?
coz hp aku kene ragut masa aku otw nk ke kereta..tyme tu aku tgh bergayut dgn shai juz nk wish congratz sbb shai br je selamat melangsungkan majlis pertunangan..seigt aku ms aku tgh ckp dgn shai, ade motor dr arah belakang betul2 kat sebelah aku, then terus tarik hp dr tgn aku..memandangkan aku pegang dgn kuat..peragut SIAL tue, gune kaki tendang aku..

yup..dia menang..aku panik..x tahu nk bt apa..takkan aku nk menjerit x tentu pasal..br je kuar dr umah silmi..xkan aku nk rosak kan majlis org..handbag aku dia x sempat nk ambil sbb handbag kat tgn lg satu..aku xsempat nk ambil no plat moto coz dia tutup no plat...tp apa yang aku rasa skang nie, rasa mcm nk langgar diaorang tu dgn kete aku...

sahabat yang ku sayangi,
buat masa ini, aku dah blocked number aku..xperlu lah nk msg or call aku..sampai diberitahu kelak k..tunggulah kalau aku ade hp baru...bt masa ini emel je no korang kat aku k... cute_lilo_stitch@yahoo.com .. nk cari aku, juz berhubung melalui emel k...

hp tue aku baru pakai 5bulan guna duit 1st gaji yg aku terima dr IIUM Consultant..xde rezki aku..peringatan buat aku supaya lepas nie berhati-hati di mana2 dan jangan jalan sorang2..nasib baik dia x buat sesuatu yg buruk kat aku..tempat sunyi mcm2 org boleh buat kan.. Alhamdulillah diri aku x apa2.. aku pasti rindu dgn telefon aku tue,klu nk lihat hp aku sila ke blog Kak Emi

i'm so sad..

Thursday, August 21, 2008

cuti-cuti malaysia

selasa lepas, aku gy site visit..site visit aku bukannye tgk org tgh buat construction ke or area yg berpotensi utk development..kali ni site aku very da simple punyer..macam cuti2 malaysia..maknanya sambil aku buat kerja sambil aku gi melancong...ekceli task aku kali ni kena cari info pasal kwsn pelancongan di daerah gombak.

pada hari selasa, hampir 4 tempat aku pergi dari 41 tmpt..itu je yang mampu..aku pergi Sungai Kemensah(tmpt aku piknik slalu pon stil nk kene gy gak)-hehehhe...Zoo Negara(dah muak dah-slalu jumpa sedara mara kat sana)...Muzium Orang Asli(1st tyme aku pg..jauhnye..sempadan bentong dgn gombak)..Air Terjun Alang sedayu(sungai yang cetek dan berbatu)...

Amcam..best x site aku...hehee..sape nk ikut aku gi site agy...sebenarnya, aku nk citer pasal lawatan aku ke MUZIUM ORANG ASLI..pada mulanya aku sgt teruja nk pergi..maklumlah..aku slalu jer nmpk signboard di tepi jalan MRR2..hari2 beb tgk..tu yg bt aku mcm nk ke sana...

okiela jom kita kenal serba sedikit pasal muzium orang asli dan juga orang2 nya..hikhihik..




Sejarah Muzium Orang Asli bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu. Kemudian pada tahun 1995 (di akhir RMKe-6) pihak JHEOA telah membina muzium baru bagi menggantikan muzium lama. Ianya telah siap dan diserahkan kepada pihak Jabatan pada 19 Jun 1998. Muzium ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada 02 Mac 2000 dan dikenali dengan nama MUZIUM ORANG ASLI.




Orang Asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputra di negara ini. Jumlahnya sehingga Disember 2006 ialah 141,230 orang. Ianya terdiri daripada 3 Suku Bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Tiap-tiap tiga Suku Bangsa ini pula dipecahkan kepada 6 Suku Kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa selain daripada dialek Melayu tempatan.

suku bangsa negrito : kensiu, kintak, lanoh, jahai, mendriq, bateq


suku bangsa senoi : temiar, semai, semoq beri, che wong, jahut, mah meri


suku bangsa melayu proto : temuan, semelai, jakun, orang kanak, orang kuala, orang seletar



kebanyakkan mereka tinggal di banjaran titiwangsa.mereka suka tinggal dipesisiran pantai dan minoriti yang tinggal dalam hutan..negeri yang paling byk orang asli kalau x silap aku ialah pahang( uiks kampung ku tue - err aku ni keturunan org asli ker???), terengganu, johor dan perak..yang lain2 cuma minoriti jerk...skang ni ikut kata pihak pengurusan muzium..bilangan orang asli juga semakin bertambah(aku igt makin berkurangan)..

cuma disebabkan arus kemodenan, orang asli sudah dapat ikut kemajuan yang disediakan.so orang asli kini, mereka dah berpakaian, ade kenderaan, ade rumah tetap (tidak berpindah randah) dan bermacam yang diberikan oleh jabatan hal ehwal orang asli.kalau dahulu, Pakaian merupakan alat bagi menutup anggota sulit lelaki atau perempuan. Pada awalnya pakaian ini berasaskan kepada kulit-kulit dan daun-daun kayu sahaja.



Sebilangan besar masyarakat Orang Asli masih lagi mempercayai tentang semangat dan penunggu yang dikatakan menjadi tempat mereka meminta pertolongan.. Dalam hubungan ini Bomoh/Pawang merupakan orang perantaraan yang akan berhubung dengan kuasa-kuasa halus.Perhubungan ini disampaikan melalui upacara-upacara adat sama ada berjampi atau mengadakan jamuan di hari-hari tertentu..

kat dalam muzium ni ada pelbagai kisah dan cara kehidupan orang asli ni, so untuk mengetahui lebih lanjut apa kata korang visit muzium ni ..xpon singgah laman web jbtn hal ehwal org asli..

kalau korang nk gy biarlah berteman k..jgn jd mcm aku taw gy sensorang...huhuhu..mula okie je..bila dah masuk perkarangan ..terasa sunyi plak...dan paling x suke, belum masuk muzium dah buat aku lemah semangat...apa x nya..korang nmpk patung yg di atas tue..patung tu buat aku terperanjat coz perletakan dia betul2 di depan pintu masuk kedai kraftangan..

cuma aku x suka bila masuk mana2 muzium mesti ada ukiran patung yang menggerunkan...rase mcm ade penunggu jer...eee...tp aku ttp menten..buat2 berani jerk..hikhik..

p/s:err sape katu aku orang asli..err..ada iras2 ke muka nie..hihihi

Monday, August 18, 2008

Pelan Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020



Wawasan Kuala Lumpur sebagai ‘Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia’ merangkumi aspirasi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang memainkan peranan global dan sub global yang utama bagi kepentingan masyarakat setempat, pekerja, pelawat dan juga pelabur. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) menekankan wawasan dan matlamat ke arah mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur yang mampan. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan perancangan yang dijalankan hendaklah mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Draf Pelan Bandar Raya KL 2020 merupakan strategi perancangan dan pembangunan yang utama bagi Kuala Lumpur.Pelan ini akan menjadi panduan kepada pembuat keputusan, perancang bandar, pereka bentuk dan pemaju hartanah ke arah pertumbuhan Kuala Lumpur seterusnya ke arah pencapaian status sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

Pelan Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 3 jilid yang dikeluarkan oleh DBKL pada Mei 2008 yang lalu akan digazet di Parlimen tahun ini dan bertujuan menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya berkelas dunia.

Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 mengutarakan isu-isu seperti pengangkutan awam, akses untuk warga kurang upaya, peruntukan taman dan kawasan lapangan, tahap kebersihan sungai, pembangunan kawasan bukit, dll.
Kesemua 180,000 plot tanah di KL akan dizon secara rasmi untuk kegunaan-kegunaan tertentu (seperti perumahan, perindustrian, komersil, dll) mengikut 20 jenis penggunaan tanah dan kepadatan penduduk.

Pihak DBKL mengalu-alukan pendapat dan saranan dari pihak orang ramai dalam proses pembangunan bandar raya kita ini. Setelah digazet, tanah yang telah dizonkan tidak boleh diubah. Oleh itu berikan pendapat anda tentang Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 sebelum 31 Ogos 2008 sama ada anda setuju dgn pembangunan ini atau tidak.

untuk maklumat lanjut: http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/index.php

Sunday, August 17, 2008

surprise lagik!!!

Hari ini aku kepenatan, erm..nanti aku cerita ye sebab apa..next posting...tunggu ekh..aku tertido dari jam 5 sampai lah pukul 8 mlm..seyes mcm mls nk bgn..mama kejut kan aku..suh turun makan...masa tu aku mamai sikit...

wah!!tgk kat meja makan penuh dgn mknn..nmpk spesel sgt...rupa2 nya keluarga aku plan nk sambut besday aku kat umah...so mama suh aku mandi, segarkan diri dulu...ye la..masa besday aku( isnin lepas), aku bz ngan stdy...sehari sebelum besday aku, aku lak ade tournament boling...weekdays lak aku keje n blaja..so xde masa nk celeb..

aku dah ckp ngan mama, tahun ni aku xnk celeb, coz last year besday aku buat besar2 an..siap pasang khemah agy...tp diorang rs mcm x best lak klu xsambut2 thn nie..dah adat setiap thn hari lahir adik beradik, sure la mama akan bawa gy makan kat sumwhere.. aku rase terharu sgt..coz mmg diorang plan baik punya..x ckp pon kat aku nk celeb besday aku hari nie...nasib aku x de date hari nie..hahahha... rajin ayah buat nasi ayam spesel dan mix salad tuk aku... mama plak sponsor kek choc moist...kakak aku plak dia blanje pizza...x lpe buah anggur..my fav fruits..makan besar aku hari nie..tp aku x mkn byk sgt..aku juz rase sikit2 coz aku dah kekenyangan mkn ptg tadi..



"sedap..tp x sempat nk mkn..kenyang sgt"

"diantara menu yang ade"






------------------------------------------------------------------------------------------------

thanks a lot...bagi lilo present..lilo suka setiap hadiah yg diberikan pada lilo..


Saturday, August 16, 2008

katakan TIDAK untuk Bukan Bumiputra




UITM DI HATIKU

wujudmu di sini di tanah anak merdeka bagai obor ilmu memayungi putra putrinya pelopor hidup budaya bangsa agama..negara pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari rahsia di muka bumi dengan cara hakiki tunjukkan aku jalan ilmu mu untukku menuju destinasi cita-cita negara dan bangsaku

majulah bangsa
maju negara berkat usaha jaya mara kami berikrar akan berjasa hingga kita berjaya.. demi bangsa

watikah yang ku miliki kan ku semat di hati janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti ku sempurnakan seikhlas hati membela negara doa restu ayahbonda ku untuk semua
uitm...usaha taqwa mulia


UiTM di hatiku... - UiTM



WAWASAN SETIA PELAJAR

Bersatu kita pelajar UITM kita bangsa perkasa taat dan setia ku untuk negara penuh semangat waja

kita.. jangan mudah terlupa perngorbanan, perjuangan anak bangsa
kita.. jangan mudah terleka kemajuan, keamanan yang ada
kita.. berterima kasih pada pemimpin pemimpin negara
kita rasa penuh bersyukur kerahmatan, kemuliaan dari-NYA

kamilah.. pendukung pewaris bangsa

kamilah.. pendaulat bangsa malaysia kamilah pelajar berwawasan untuk..negaraku

wawasan setia pelajar -


p/s: Uitm hanya untuk BUMIPUTRA..peringatan golongan BUMIPUTRA shj..lupakan SARANAN untuk kemasukan 10% BUKAN Bumiputra...saya juga tidak setuju dgn saranan Tan Sri Khalid Ibrahim...




Monday, August 11, 2008

my birthday..




Happy Birthday To Me!!!
Happy birthday To Me!!!
Happy Birthday To farahzila
Happy Birthday To Me!!!

p/s:hey guys!! today my birthday.. thanks mama lahirkan angah pada 22 tahun yg lalu..mama and ayah yang membentuk anaknda, anakda xkan terhasil sebegini rupa..tanpa kalian, siapalah anaknda mu ini..aku bersyukur pada yang Maha ESA kerna masih memberikan aku nafas sehingga ke hari ini..InsyaAllah aku cuba untuk menjadi hamba-Mu sehingga ke akhir hayat ku..

if u're my friends, drop la birthday wishes kat my comment..hikhik..

Sunday, August 10, 2008

Bad Day - Good Day

hye!!

erm...ntah kenapa hari ni aku xde mood..dr pg aku bgn smpailah ke malam..erm nk kata aku 'uzur' xpulak...myb tunggu hari je kot..ke..aku ade perubahan hormon nie? hahhaha..maklumlah esok aku dah 22 tahun..ekceli aku jarang marah2..kalau marah pon, aku cepat cool..tp td, mmg aku hanginn jerr...nasib ade mineral water n kawan2 yg memahami..

hari ni aku ade tournament bowling inter-fc..aku pemain utk Dafi fc..nama team aku DFC - ADINDA..sweet kan nama team aku...orang2 dia pon sweet gak..hehehe...perasan je aku ni kan...errkk..err..aku nk minta maaf banyak2, coz aku mmg x pandai main..tp saja nk main...jangan marah ye adam dan lain-lain..

aku xnk citer byk...tp hari ini ade 1001 kisah ttg aku sebelum menjelang hari lahir aku x lama lagi..

situasi 1
- hari ini aku 'patah kaki'. aku terpaksa naik PUTRA LRT n taxi utk ke summit.warghh..jauh nie..klu setakat midval aku x kisah agy...hurm yang x best nye byrn teksi mahal gils okie..smpi aku kne buat tawar menawar dalam taxi tu td..nasib menyebelahi aku n aku dapat discount..horayyyy....

situasi 2
-
masa game sedang berlangsung..aku injured..uiks..bunyi mcm teruk je kan..hahhaha..padahal luka sikit je la..shima ni pandai kasi kecoh kan...
pembetulan yerp...jari aku luka bukan sbb bola boling tu..tapi terkena tutup botol mineral..masa tu aku haus then nk minum air, so, aku pon buka la mineral bottle..entah mcm ner jari tengah aku luka...(aku mmg failed skit nk buka air dlm botol nie)..

situasi 3
-wah..tgh best layan boling...ade satu part tu, turn aku nk 'campak' bola, aku dgr group dfc satu lagi tgh rancak panggil nama aku..entah mcm ner..aku ilang fokus(padahal mmg slalu ilang fokus pon)..terus aku x dapat seimbang badan..then aku terjatuh mcm nangka wangi..hehehhe..mak aihhh..malu siottt..so aku pon layan gelak je la..bangun pon slow2..hahahha..

situasi 4
-paling aku suka...aku dapat hadiah sempena hari lahir aku esok dari kawan2 yang aku sayangi..macam2 aku dapat..thanks kak ros dan keluarga, fara, kak emi dan juga rajan..of course lilo suka dgn hadiah2 tersebut..nanti lilo update pic hadiah..now x dpt coz adiah ade dlm kete azim..

situasi 5
-yeay..celebration.."happy birthday to me"..thanks again pada rajan yg sponsor cake dari secret recipe..sedap sgt...yang bestnye meraikan hari jadi orang yg lahir pada bulan Ogos..ade 4 org je..sepatutnya ramai lagi..aku nk wish happy besday to zetty(11.08), fendy & huney (21.08) dan fara(31.08)..

situasi 6
-perkara yang aku paling cukup meluat n menyampah...dah lama aku bersabar..tp mmg td kesabaran aku hilang entah mana..agaknya dibawa burung merpati yang kiut-miut kot...:P ..yerp!!juz blog tempat aku luahkan selain dari bear kesayangan aku..tolonglah selami perasaan org lain...tolong jangan igt org lain tiada perasaan...aku x taw ko ni manusia jenis apa ntah...agaknya hati ko dibawa lari oleh kekasih hati..sebab tu x berperasaann..jangan sampai benda ni jadi depan aku lagi...mmg aku x kan diam lagik...

situasi 7
-disebabkan aku x bawa kereta, aku terpaksalah menumpang kereta ray dan azim nk gy metim kat A&W, subang dan ke putra Kelana Jaya..terima kasih banyak2 ekh..malu gak aku nk tumpang2 nie..hehhe..tp yang best nye aku x perlu drive..naik kete je dah boleh rest..hehhehe...lain kali silalah tumpangkan aku lagi yer..rase best plak..

p/s: thank u guys yang sanggup turun padang memberikan sepenuhnya sokongan untuk Dafi Fan Club..

------------------------------------ THE END -------------------------------------------------

Friday, August 8, 2008

YoYoOh.com




Sunday, August 3, 2008

i had fun!!

THANKS YOU!!!

MEMANG LILO ENJOY DENGAN YOU ALL. SEMUANYA KITA BUAT BERSAMA. THANKS AGAIN KERANA MELUANGKAN MASA BERSAMA BERKELAH DI SG KEMENSAH UNTUK BERSANTAI DAN MERAIKAN PEMERGIAN ALIA UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA SERTA ANNE YANG AKAN PULANG KE SABAH TIDAK LAMA LAGI.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh LILO menumpang mandi,
Kalau ada masa lapang,
Boleh kita buat picnic lagi.

LUV U GUYS!!

Hadirin : Nadnadia, Lynny, Syamelia, Ray, Megat, Adam, Fendy, Azim, Yaty, Aliaa, Ann, Kak Dila & Famili, Kak Ros & Famili, Kak Nani & Famili, Capek, Fendi, Syuk, Rajan, Aiman, Farid, Waty, Nita, Erna, Azrul, Wan, Dafi, Ajieb, Ac, dan juga ryzal. (50 orang)

p/s: huhuhu..muka lilo pedih.. sunburn..



Friday, August 1, 2008

Happy Friendship day My friends




Apakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda?
Mereka berkedip bersama, bergerak bersama,menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain... persahabatan seharusnya seperti itu... kehidupan bagai neraka tanpa sahabat... minggu ini adalah "HARI INI HARI KAWAN SEDUNIA"... Aku x pasti pada yang lain.. yang pasti nya aku sambut friendship day dgn kawan sekolej setiap 1 ogos. semoga persahabatan kita terus diingati.

Kepada Anda yang sy anggap kawan, teman, rakan, dan sahabat ingin saya ucapkan 'Happy Frinedship Day'

Terima kasih kerana anda sudi berkawan dengan saya dan sanggup menjadi kawan ketawa, kawan menangis, kawan gaduh dsb.



LiLo

Related Posts with Thumbnails