Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 25, 2007

-CINTA-

Cinta itu...
banyak pengertian..
tapi bagi aku cinta adalah...
kawan sejati.
org yg mencintai mu meskipun telah mengenali dgn sbnr2nya iaitu baik dan buruk mu...
stiap yang kita lakukan biarla jujur krn kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan..


sambungan akan datang..heheehe..
no idea..

Friday, June 22, 2007

Majlis Makan Malam Bersama Keluarga

h




hari tue besday mama...so kami rancang2 la apa nk buat yer..hurm last2 kakak farah kata kita buat barbeku je kat umah...
so hari rabu tu bermula majlis rewang..heheh..xdela sambut besar2an..kechik2 jer..hehehe...kul 5 kitoang da siap bahan2 nk barbeku. abang ipar fara rajin tyme tuh...dia la byk tolong kat dapur...ngalah kakak fara...abg ipar fara msk meehoon grg ngan nasi grg...kakak fara lak prepare brg2 masakan n set up meja makan..fara..buat apa nyekkk..hheehehehe..fara makan jer..hahahha..fara juz potong buah n make a sandwich...so kami adik beradik saling kerjasama dlm menjayakan besday mama farah...adik fara lak kemas apa yg patut...adik yg bongsu kipas barbeku je keje dia...
malam tu kitorang mula dlu sbb mama farah g dgr ceramah...pastu br la kitorang celeb dgn kek yg x sechumel mana..tp sedap taw...jemputan xde la ramai mne tp habis gak la mknn yg dihidangkan...
ade beberapa pic yg fara nk kongsi bersama..check it out!!!



hurm sedapnye ayam ni di barbeku..baunye sampi ke sini..ahakzz..



uiks..byknye makanan leh abes ker..ni la mama cayunk n my sis..

Wednesday, June 20, 2007

~Majlis Mesra Bersama Dafi~



Berakhirnya sudah 'Majlis Mesra Bersama Dafi' yang diadakan di Amphiteater Bukit Jalil pada 16 Jun 2007. Majlis ini berlangsung dari sekitar jam 1 hingga jam 5. Majlis ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan..(sekejap hujan sekejap mendung). Dalam majlis ini Dafi telah membawa 6 buah lagu yang telah dafi nyanyikan semasa konsert Akademi Fantasia5. Diantara lagu yang dinyanyikan adalah mungkin nanti, qing fe di yi, pencinta wanita, joget angan x sudah, it's gonna be me and hanya memuji.

selain dari persembahan dafi, majlis ini juga turut dimeriahkan dengan permainan yang disediakan oleh VID. Permainan yang disediakan adalah seperti musical chair with balloon, colorful face and passing the rubber. Keseluruhan permainan ini amat menghiburkan para peminat dan juga penonton. Selain itu sesi Autograph dan juga sesi bergambar turut diadakan membuatkan para peminat Dafi begitu gembira kerana dapat bersama dengan Artis kesayangan mereka.

Seramai 250 orang peminat Dafi yang hadir terdiri dari kalangan kanak-kanak, ibu bapa, dan juga remaja. Turut Hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah keluarga Dafi, Cikgu Najmi(guru bhs inggeris A5) dan wartawan hiburan. Majlis ini adalah kerjasama keluarga dafi dan juga Dafi Fan Club.

Disini disediakan beberarap keping gambar untuk tatapan anda semua.



permainan diantara Dafi n Dafinites



Diantara AJK n VID yang bertugas




bergambar dengan datuk ismail sabri dan juga cikgu najmi

Tuesday, June 19, 2007

-HAPPY BIRTHDAY MAMA-

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more



khas buat mama ku sayang yang akan menyambut hari ulangtahun kelahiran esok Fouziah bt Awi..
20 jun 2007 yang ke 49..
semoga mama dimurahkan rezeki..
sentiasa ceria dan mesra selalu...
mama..angah mendoakan mama selalu sihat..
miss u mama...
esk kita wat barbeku yer...

Monday, June 18, 2007

~HAPPY FATHER DAY~

ImageChef.com - Custom comment codes


hurm maaf la ayah...angah terlewat sehari..
apapun angah nk wish 'selamat hari bapa'...
angah harap ayah sihat selalu...
u're the best dad..
mairusdi bin mohd rabi

Sunday, June 10, 2007

- MALAM PERTAMA -

Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak
azali.. Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan
maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak
tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Bagaimana? Terasa hendak
menjadi 'pengantin'
tersebut? Marilah bersama muhasabah
diri. Kita hanya
insan, mudah terleka dek godaan

syaitan...

LiLo

Related Posts with Thumbnails