Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 9, 2017

Tempat Tinggal di Xian China

Sepanjang 8 hari saya Xian, saya menginap di 3 tempat berbeza. bukan tidak mahu tinggal satu tempat tapi saya ingin merasakan suasana berbeza dan melihat keadaan sekeliling. jadi saya boleh beri pandangan dari sudut perspektif saya di kawasan tersebut.

1. Shunda Xian Xiangan Airport Hotel 
International airport base to the west 300 meters villa B3, Xian Xianyang International Airport, Xian, China

saya memlilih hotel ini sekadar tempat bermalam di sana kerana flight Airasia dari Malaysia tiba jam 11.30 malam dan hotel ini menyediakan free pick up service dan cuma 5 minit dari airport. jika anda nak ke bandar Xian ambil masa 50minit dari airport. sudah tentu kadar teksi 2 kali ganda tinggi berbanding siang hari. Anda tidak boleh bermalam di airport.




2. Mark And Henry Apartment
room 31015, floor 10, unit 3, block 15, no 2 gate of zhongmao plaza shopping mall xian, china

saya memilih one bedroom apartment. saya memilih tempat tinggal saya di sini lebih kurang 4hari 3 malam. tempat ini sangat selesa dan menyediakan kemudahan dapur. ini kerana family saya kurang gemar makanan selain makanan malaysia. jadi terpaksalah masak di sini. yang best kawasan di sini berdekatan dengan bus stop dan juga subway (jika anda pengguna public transport) dan bawah apartment terdapat pasaraya. senang untuk saya mencari bahan-bahan memasak. jangan risau sekiranya anda (muslim) yang lebih memilih makan di restaurant, terdapat 2-3 buah restaurant halal sekitar apartment ini.


3. Xian Century Landscape (Juan House)
88 North St, ErHuan Lu YanXian ShangYe JingJiDai, Lianhu Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China

Selepas menginap di Mark and Henry Apartment, Saya berpindah dekat dengan penempatan muslim cina. sebabnya lokasi ini banyak terdapat tempat menarik dengan walking distance sahaja. apartment ini mempunyai 2 bilik.


Panduan ke China dari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jika anda ke China melalui travel agent ianya tidak menjadi masalah buat anda. Anda hanya perlu sediakan kos trip yang dinyatakan dan segalanya diuruskan oleh travel agent anda termasuk visa, flight ticket, tempat penginapan, tempat pelancongan, pengangkutan, pemandu pelancong dan juga tempat makanan halal (for muslim). 

Jika anda lebih selesa pergi melancong tanpa bantuan pemandu pelancong, anda perlu banyak membuat kajian kawasan tersebut. Jadi di sini  saya ada tips atau panduan pergi ke China tanpa bantuan tour guide. ini berdasarkan pengalaman saya pergi ke Xian China. saya ingatkan anda di bandar-bandar besar di China mungkin sama atau berbeza apa yang saya tulis di sini. ini hanya sebagai panduan anda sahaja.

1. Passport
Sekiranya anda melancong luar dari Malaysia, Passport adalah benda utama anda perlu bawa. ianya adalah sebagai ganti kad pengenalan anda dan sebagai buku pergerakan keluar masuk sesebuah negara. jangan lupa bawa sahaja ke mana-mana anda pergi walaupun cuma bersiar-siar di sekitar kawasan hotel anda ketika anda berada di luar negara.



2. Visa
Anda perlu memohon visa ke China. ada pelbagai jenis visa. sekiranya dalam setahun cuma sekali anda ke china anda cuma perlu menggunakan single entry visa. disebabkan saya pergi Xian China untuk tahun ini saya ambil single entry dan perlu bayar RM 88.30. Anda boleh buat bayaran melalui tunai , debit card atau credit card. anda perlu sediakan beberapa dokumen untuk pengesahan anda ke china seperti tiket penerbangan atau tempahan hotel. anda perlu sediakan 2 keping gambar passport berlatabelakang warna putih. Jangan lupa bawa passport yang masih valid dari tarikh keberangkatan anda ke sana yea. dalam masa 4 hari dah boleh ambil visa.


3. Pertukaran Matawang
Di China matawang mereka ialah Chinese Yuan Renminbi (CNY). kadar tukaran semasa saya adalah 100 yuan = RM 64.10 (March 2017). anda boleh lihat nilai watawang mereka. paling rendah 1 jiao dan biasanya diterima di kedai atau mall. kalau di kedai jalanan mereka tidak terima wang 1 jiao.







LiLo

Related Posts with Thumbnails