Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 29, 2010

Pesta Buah Durian



musim durian kini tiba lagi...klu kita tgk tepi2 jalan besar sure ramai peniaga kecil-kecilan menjual buah durian dan beberapa jenis buah2-an kampung seperti manggis, rambutan, duku atau langsat...


masing2 hebat mempromosikan durian mereka..ada yg perlu bayar rm9 makan sampai puas durian kat situ....ni sesuai utk golongan hantu durian lah...sure rasa berbaloi-baloi..

heheh...aku pon x ketinggalan untuk turut sertai makan durian smpi kenyang..tapi ni versi lain sikit la.....versi org belanja dan makan ramai2 di perkarangan dewan kompleks pegawai daerah gombak...

ada Hamba Allah ni bermurah hati memenuhi impian kitorang utk makan durian. sebelum bulan puasa..so dia belilah 100 biji durian kampung utk kitorang...tepat je kul 12 tghr...semua staff plb berduyun2 pi dewan tuk menikmati buah durian...

kitorang xmo bawa durian masuk opis takut nt ade unit lain jeles(padahal x larat nk angkat durian bebanyak tu naik tingkat 3)..lagipon diorang klu bt makan2 xpenah nk ajak kitorang.. nt ade je sumbang suara kat belakang kan.. baik senyap2...huhuhu(tamaknye r)

jom layan2 pic staff2 plb menikmati buah durian.....

Peingatan:Bagi mereka yg anti-durian sila lah jgn tgk pic2 durian ni ek..


kaum adam...makan dengan penuh kusyuk dan tawadduk...
Din (bald)-Cc Malik(old man)-Amy(pegang plastik)

ni pulak pic kaum hawa makan durian dgn lahapnyee...


amboi kak ina, makan langsat x pandang langsung kiri kanan

candid: wahhhh....kemain kak su ..smpi jilat jari tu mkn duriannn


sopannye kak miza makan buah...tunduk ke lantai je...malu ekh..hihi

eleh epol..buat muka toya..neway thanks r tolong kopek kan lilo buah durian ni...hihihi


bismillahh..amboi mulut tok..besar nyee....aummm..



isk wak jikin nie....dia seorang je dah mkn 10 biji buah durian..isk..
.isk...nasib baik ade mineral water..klu x..abes r berbogel kepanasan..


tarraaaa....aku pon suka makan durian...durian ni sedap wooo...
smpi x smpt aku nk dudukk...mkn berdiri jer...sibuk je yg belakang tu..

Wednesday, July 28, 2010

my new reponsibility

salam...


last 3 weeks, masa pembukaan sem baru aku dilantik sebagai koordinator dengan sebulat suara dari rakan sekelas.

tergamam aku dpt tahu pasal hal nie...siyes, fara x tipu...fara x terpikir nama fara akan naik...bagi aku tugas sebagai koordinator amat membebankan aku..aku x kisah la org ckp: "fara nt klu ko jd kordi, pointer cgpa ko tinggi"..iyolah tu...aku rs skang ni lecturer xkan guna alasan ni klu nk naikkkan pointer..memang pointer tinggi yg aku idam2kan tp bukan dgn cara sebegini, aku lebih suka terima arahan daripada beri arahan kat orang...

alasan diorang semua memilih aku sebab aku penah jd VP DFC..so diorang suh aku gunakan pengalaman tu...aiseh....ko igt sama ke entertainment dgn study..lain beb...xkan sama...

erm...beban sgt ke tugas kordi tue???ekceli xde la beban sgt...tugas yg aku buat adalah memantau projek berjalan dengan lancar mengikut framework yg aku bt...menjadi presentator setiap kali pembentangan projek berjalan...memberi tugasan pada setiap ahli projek...memilih lokasi perjumpaan/perbincangan...membuat draf projek dan sumbang idea2 serta membuat keputusan yang rasional...memberi kekuatan dan semangat pada ahli projek..menjadi pendengar masalah2 ahli projek...dan akhir sekali setiap kesalahan ahli projek adalah menjadi tanggungjawab aku...

minggu pertama memegang jawatan ini..aku tak lena tidur...asyik pikir apa nk bt, camne nk hasilkan projek yang bagus...nk agih2kan tugas..fikiran aku kene maju kehadapan 2 tapak dr ahli projek yang lain...aku dah la xde pengalaman nk bt projek cam nie...lagi2 aku bukan bekerja dalam Jabatan Perancang atau PBT...so aku kurang pengalaman dlm bab2 Town Planning nieh...klu tanye pasal GIS aku taw la..

aku terima sebab atas kepercayaan rakan sekelas aku dan diorang gak janji nk tolong aku dan x kan biarkan aku keseorangan...thanks a lot...

sekarang ni projek yang kami tengah kendalikan adalah Laporan Konsep dan Strategi RTD Hilir Perak 2010-2020, next projek adalah Laporan Cadangan RTD Hilir Perak 2010-2020 dan akhir sekali Garispanduan RTD Hilir Perak 2010-2020..

wish me luck handle tiz project k...dan benda yg paling aku x sabar nk dgr adalah dr mulut Tn Syed: "Kamu berjaya buat yang terbaik untuk RTD Hilir Perak"...

dear my clazmet, i really2 aprreaciate ur sacrifice-time,money & effort to make tiz project run as we planned...dont give up till the end...insyaAllah the hapiness will come then.

a million thank to you..



pilih satu! kejayaan, kasih sayang dan kekayaan

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Monday, July 19, 2010

mr bean visit stitch 626


satu hari di opis,

selepas terasa lama sgt aku duduk menghadap komputer sehingga lah bontot ni dah naik tepu, aku pon bawa berjalan konon2nya adelah senaman di opis nie yg aku buat..smpi kat meja iera, aku stop jap..borak2 ala kadar coz before ni mulut aku terkunci xbercakap dgn sesiapa since aku masuk opis pagi td...then aku pon pi amek air, isi penuh satu botol kechik...aku jarang buat air kopi ke nescafe ke atau milo kat opis, bukan apa jg kesihatan..air kosong kan dapat membersihkan kotoran dlm badan (padahal malas nk cuci cawan pas minum milo)..hehhehe..

aku dtg balik ke tempat iera, borak2 agy..tiba2 mata aku terpanggil nk amek ank patung mr bean yang ade di komputer iera, niat di hati nk kidnap jap...ntah kenapa hari tu aku nk main2 dgn ank patung mr bean,selalunya terpampang lah kat dpn mata aku, aku juz bt dono jer...aku bawa ank patung mr bean tu(err ade nama ke ank ptg nieh) ke meja aku...

aku teliti setiap inci patung tersebut..then aku dpt idea.....aku pon suh r patung mr bean ni kawan dgn stitch aku..sian stitch aku ni asyik berkawang dgn golongan stitch je, so, aku pon introduce la patung mr bean ni kat stitch.......



lilo : stitch, ada tetamu datang lawat kita r
stitch : sape? suh r dia dtg sini..grr
lilo : stitch, ni mr bean... mr bean ni stitch yang paling glam kat sini..
mr bean : hye stitch glad to see you( cara ckp sebijik mcm mr bean)
stitch : me too..nice to meet u...

then, aku biarkanlah mereka seketika...aku pon buat lah keje opis yang aku tertangguh td...entah apa yg diorang borak pon aku x paham....tiba2 aku terasa nk terkucil jap....aku tglkan diorang berdua..

sekembalinya aku dr toilet....


mr bean : wah..bestnye komputer lilo...boleh men tenet r...klu tmpt sy, xleh..
makcik iera x bagi...
lilo : eh, masa bila plak aku offer kat ko...memandai jer...
mr bean : stitch ckp boleh..
lilo : wuteva..
mr bean : jap la, org nk add status jap...nt org ngadu kat boss, lilo x bt keje..
lilo : btw ko tu 'orang' ker?
mr bean : #@&^

then aku tgk la, apa r yang ralit sgt mr bean ni dok tekan papan kekunci..ooooo, baru ku tahu...

rupa2nya mr bean pon ade facebook..wah bukan main dia bila ramai peminat tegur..(opss kantoi aku buka fb kat opis)

mr bean : lilo add la sy.. ni link sy..mr bean add taw...
lilo : poyo jerk, ko igt aku suker?
stitch : fan aku lagi banyak... ko ade? ni link aku.. stitch
lilo : erm ye ar...aku je xde fans agi.. korang igt aku hadap sgt ngan fb..(rs jeles)

p/s: cerita ini adalah rekaan semata2 atas imaginasi penulis yang mengandaikan stitch dan mr bean boleh bercakap...

1st book as a gift


"How To Think Like Mahathir" by Dalina Ismail..

Inilah buku pertama yang dihadiahkan untuk aku..seingat akulah tiada sesiapa yang pernah hadiahkan aku buku..buku ni aku dapat lebih kurang 2minggu yang lepas, dari seorang sahabat yang baru aku kenali..aku tergamam bila dia bagi buku ni pada aku sebab aku bukanlah seorang yang gemar akan buku...lagi2 buku yang berbentuk ilmiah...haha..teruk betullah aku ni kan...

dalam hati aku ni nk tergelak2 plak...coz...mcm xpercaya ade org bagi buku ini pada aku..sahabat aku ni mmg suka membaca..masa jumpa pon, kitorang jumpa kat kinokuniya, aku pi bhgn komik n dia pergi section islamic...ntah apa buku dia cari ntah....aku kagum dengan orang2 yang suka membaca nie, sbb dia byk ilmu yang boleh dikongsi bersama...

lepas je singgah kinokuniya, kitorang pi lepak foodcourt klcc yang atas sekali..sahabat aku ni memang suka bercerita..macam2 dia bercerita, dari kisah politik, sains, business, charity, dan agama semua dia tahu...so aku ni juz jd pendengar setia dia lah...dat tyme terasa diri ni bodoh giler...aku nk mencelah pon aku x taw nk masuk ikut mana..takut tersalah fact je...seyes mmg aku rs mcm nk blah dr situ jer...macamne lah aku boleh bersahabat dengan org yang mcm nie...

actually sahabat aku ni mmg baik orangnya...x memilih kawan..dan dia tahu aku orangnye simple jer...cuma aku je ade rs jurang nk berkawan dgn orang yang 'smart n intelligent'..dan dia volunteer nk develop skill aku...huhuhu..pas ni klu dia ajak jumpa, sure nye la aku study hal2 semasa..lagi2 pasal menteri, semua kisah hal luar dan dalam menteri mmg dia taw lah...uisk takut aku nk percaya,kita dgr sebelah pihak je...belum tentu apa yg sahabat aku ckp ni semuanya sahih...

mengenai buku how to think like mahathir, aku belum sempat habis membacanya..baru 2 chapter kot...almaklumlah, english aku bukannye lancar sgt...so kene lah merangkak2.(aku mengaku okeyhh)..dalam buku ni ade cerita latarbelakang dr mahathir, dan bagaimana pemikiran minda kita berfungsi sehingga ke tahap 'out of box' dan diterbitkan oleh UPENA klu aku x silap lah......

bila aku baca background author nie baru aku realize sahabat aku salah seorang yang edit buku ini dan dalina ismail merupakan kawan baik dia...

anyway, pada sahabatku encik shahar, terima kasih atas buku ini..lilo hargai sgt2 dan mungkin ini permulaan lilo untuk memulakan amalan membaca berbentuk ilmiah (selalu bc komik)..ala2 sumber inspirasi gituehh... :)


Friday, July 16, 2010

blogger oh blogger

hollaaa....

have a nice day..semoga hari jumaat ini dapat memberi rahmat pada kita semua...ini merupakan entry pertama untuk bulan july..yeay..sy semakin tidak berminat untuk berblogging lagi apa bila ada di kalangan blogger2 'terhebat' menjatuhkan maruah blogger seperti saya ini..kalau mengikut pengisian di blog saya bukanlah sesuatu yang boleh dikomersialkan atau boleh buat reader tertarik untuk membaca keseluruhan isi entry sy tetapi bermulanya sy membuka akaun blogspot ini adalah kerana minat untuk berkongsi pengalaman dan hobi yang sy gemar melakukan...

"ada aku kisah", "sukahati aku r, blog aku"..selalunya orang akan ckp begini bilamana mereka menulis sesuatu yg diluar batasan mereka...erm....perlu ke sy ignored org2 yg bongkak dgn blog mereka 'yang maha hebat'...bagi pendapat saya lah, sekiranya sy menulis, mencatat apa sahaja di blog sy ia merupakan sesuatu yang saya suka dan buat sy lega...bagi sesetengah blogger hanya mementingkan trafik shj... klu traffic masuk ke blog mereka tinggi, wah kemain suka...famous la tu konon...:P sy x gemar lansung dgn blogger yg menjatuhkan blogger, juz nk nasihatkan blogger yg pro, korang perlu bg advice yg menggalakkan blogger2 yang masih mentah untuk ke tahap mcm kamu...dan paling sy benci apabila blogger yang suka perli2 blogger lain.....

ah....kadang2 bila sy lihat blog mereka yang dikatakan hebat tu taklah sehebat mana, penulisan pon bukan nye bagus sgt...kadang2 background blog ntah apa2 ntah....lagi satu org2 yg kununnye popular dgn blog dia, xkan pandang blog yang x semenggah mana(lagi2 blog aku)..kononya mereka ni ada standards blog la..not my taste la kononnye.....

cukuplah mukadimah sy untuk bulan julai ini....actually sy tengah down...kalau anda(reader, blogger, secret admirer,silent reader, anonymous, kawan) yang inginkan sy disini dan mencoretkan sesuatu yang sy suka....sila beri galakkan pd sy....terima kasih

LiLo

Related Posts with Thumbnails