Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 28, 2009

ketam!!!!

uiks...idup agy ker ketam nie...hehhehe..sebenarnya..ketam ni dah lama x bernyawa... tetiba aku teringin sgt nk makan ketam..dh la ms kat flamming boats tu aku x sempat nk usik ketam... bila barbeku kat melaka pon aku x sempat nk jamah ketam..alih2 balik kl aku pi Tesco...beli ketam 5 ekor..yang aku taw..malam ni aku nk makan ketam...mama cakap, kalu nk pilih ketam ada masanya, jangan beli masa bulan x mengambang coz isi x penuh, beli masa bulan mengambang...masa tu la isi ketam padat...itu ckp rog tua2...betul atau aku pon x pasti..wallahualam..apa yang penting!!! kerjasama..opss bukanlah, asal aku dpt makan ketam...hihihi (hendak seribu daya, x mahu seribu dalih)


pengakuan yer..ini adalah kali pertama aku bersihkan ketam..aku x tahu apa nk buat dgn ketam ni...mcm ner lah nk bersihkan ketam ni..macam bersihkan ikan ker??.. hurm... tara..ayah cakap...mula2 tarik kat bahagaian bawah ketam tu...then buangkan sekali tempurung ketam ni..bila dah buka nanti ade nampk mcm jejari halus..buang tu sekali...tapi masa proses membersihkan ketam..aku lupa nk buang bulu2 halus tue...hihihi...

aku ingat nk buat sup ketam..tp aku x sure apa patut aku buat...perlu ke aku letak rempah ratus??perlu ker aku tumis dulu?? hurm nampak sgt mcm aku x penah buat sup kan..hhahaha.. ekceli pernah la...sup ayam n sup sayur jerk..percubaan yang pertama aku gagal...mula2 aku tumis bawang tu..then bila aku rs dh naik bau..aku pun masuk kan air..bila ayah bau je macam bawang hangit..apa lagi..terus kena marah...ayah suh buang air tue...nt x sedap rasa ketam tue, ayah cakap xde rasa manis nanti...pic diatas tu percubaan peratma..sup yang berminyak..huhuu ( gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya)

erm..cam sedap je kan..beza x sup yang pertama dengan sup kedua..sup kedua ni aku langsung x letak minyak..aku juz jatuhkan bawang merah, putih, n skit cili merah n sedikit garam..sup aku ni asli..takde pakai sup bunjut pon....ayah ckp... kalau nk kekalkan rs ketam buat sup yang simple jer...akhirnya...aku dapat juga makan ketam..yeehaaa...puas sgt dengan hasil ciptaan tangan sendiri...aku hirup sup mcm kak amy slalu hirup..muahahaha..... (dimana ade kemahuan, disitu ada jalan)

p/s:nanti nk buat ketam masak lemak cili api plak..

Apa jadi??


haa....apsala nie?? fyi guys... kereta sepupu aku tenggelam.. dia igt selamat park kat situ...dah taw tanah pasir, janganlah gatal nk letak kereta kat tgh2 pasir..letak kat rumput dah r... kan dah jadi kerje petang tue..nasib baiklah ramai sepupu lelaki aku ada...so, menggunakan kudrat yang mereka ade juz mereka perlu tolak je la..tak payah nk panggil trak penunda... aku igt aku pon nk tolong gak..nk tolong dok dlm kereta biar berat skit kete tu jadinya....tp x sempat..sempat amek pic diorang je..hikhikhik....

Melaka lagikkk!!!

erm...melaka agy....itu lah setiap kali ada cuti panjang..sure mama bawa gi bercuti kat melaka...ekceli aku pon dah rasa boring sgt2...rasa nk tukar angin...erm tapi mama suka sgt duk kat perkampungan nelayan...ikutkan je la....kali ni pergi 2 family jerk...famili aku n famili adik ayah...klau boleh next time aku nk pi tioman or redang plak taw....plizzzz.....


disinilah tempat aku akan pergi setiap kali mama bawa bercuti kat melaka..aku mesti gi town...adalah amek masa lebih kurang sejam gak nk sampai...aku dah taw selok belok jalan melaka nie..alhamdulillah aku x penah sesat...kalau sesat pon aku taw jalan nk pulang ke chalet..kali ni aku pergi town ni ade sedikit perubahan...

aku suka duduk atau berjalan sendirian di pinggir sungai...melihat teletah anak-anak kecil bermain riang... melihat water cruise menyusuri sungai dengan penumpang yang sungguh teruja...perasan x di dalam pic tu dah ade ferris wheel..dekat sana ade 2 ferris wheel..1 besar...then satu lagi kechik je, yang kechik kat theme park the other side...

kincir angir besar penah aku lihat disini...tapi sayangnya ianya hanyalah perhiasan...alangkah bagus nya kalu kincir angin ini boleh berfungsi dengan baik...

bas double decker masih ada lagi disini..tp x byk..cuma aku nmpk 1-2 kelibat bas ini.. bas ni hanya mengambil penumpang sekitar bandar...bas double decker masih mengekalkan bentuk yang lama seolah-olah untuk kita merasai zaman lalu..

pada sebelah malam nya aku turun lagi di town..kali ni aku ingin menikmati pemandangan malam dengan limpahan cahaya mak lampu..opss...cahaya neon ler...hihihi...kedatangan aku tidak sia-sia kerana disini ada aktiviti tanglong terbesar selama sebulan pada sebelah malam kalau aku tidak silap lah..kebanyakan replika tanglung adalah adalah simbolik negeri melaka..err cuma replika hang tuah je takde...hehehhe

kereta lembu yang hanya tinggal kenangan ..suatu ketika dahulu kereta lembu agak popular disini.


yang ni plak...beca yang dihiasi dengan bunga2-an...sememangnya beca ini merupakan pengangkutan yang membawa pelancong tempatan mahupun antarabangsa mengelilingi bandar Melaka.

err..ni bangunan apa yerk..aku x pasti la...tp ade kat tgh2 bandar...
erm...menara jam ker?


semut???apa motiff nya dengan melaka..aku masih mencari jawapan..begitu juga...


dengan unta..adakah unta merupakan simbolik pada negeri Melaka..kalau kijang or rusa tue..aku taw lah...tapi...hurmm...

tara.....ni my friend dari johor... nama dia zam..
dia tahu aku ada kat melaka...
susah2 je turun melaka semata2 nk jumpa aku...
neway thanks for visiting me...

Wednesday, January 21, 2009

Hikmah Ayat Al-Kursi

Salam semua...mungkin anda semua tahu akan khasiat ayat-ayat suci Al-Quran..setiap kali anda membacanya anda akan diberi ganjaran berlipat-lipat kali ganda. ianya dapat membersihkan hati, menghapuskan dosa2 kecil, sebagai penawar dan juga sebagai petunjuk...

Hari ini fara ingin berkongsi beberapa hikmah sekiranya anda mengamalkan ayat Al-Kursi...sebelum itu fara berikan sedikit info tentang ayat Al-Kursi.Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanyahingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orangyg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Perlukah Cinta mempunyai Sebab???

kisah ini saya ambil dari emel yang diforwardkan kepada saya..terima kasih kawan2 yang sudi mengirimkan email buat saya..ini bermakna anda tidak lupa akan saya betul x??sy selalu luangkan masa saya untuk melihat email yang dikirimkan..ye la manalah taw ade yang penting penting..bagi saya email mmg amat penting.. ini kerana salah satu cara untuk saya menghantar asgmnt/ report/ atau sebarang kerja saya pada bos atau lecturer...okielah tanpa membuang masa jom kita perdengarkan kisah ini..ini hnya sekadar cerita...tp membawa seribu makna...
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini: Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimya... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
p/s: erm rakan2 sekalian...benarkah cinta xperlu sebab? adakalanya ianya perlu mempunyai sebab kenapa kita mencintai diri seseorang...jarang dengar orang cinta x bersebab..mungkin orang yang putus asa dlm bercinta tidak perlukan sebab..

Saturday, January 17, 2009

Trip Medan : 1st Day


hye..salam semua..kali nie aku nk cerita trip aku ke medan last year..muahahha..barulah hari nie nk bercerita..balik dari medan aku rs cuma malas nk update blog...aku bercuti 4 hari 3 mlm di sana.. 1st tyme aku join aktiviti bersama officemate selain dari hari keluarga PDT Gombak..masa tu aku belum rapat dengan mereka semua..sejak aku ikut percutian ke Medan, hubungan aku dgn officemate makin bertambah baik..

gambar di atas aku memperkenalkan officemate aku..kebanyakkan nya semua dah berumahtangga kecuali aku, irah dan amy je yang masih single mingle.. erm pas ni susah skit la klu aku nk ngumpat dlm blog nie...Tok Penghulu dah taw laman web aku nie..huhuhuh..abes aku jadi bahan...skit2 jumpa aku ckp.."iamfarahzila..iamfarahzila".. wat eva...

pic di atas di LCCT KLIA, sedang tunggu flight ke Medan..semua mmg excited...masing2 x sabar nk jejak kaki ke medan..aku juz biasa2 je...ye lah...aku bukannye rapat sangat dgn budak2 Office... so aku perlu bijak menyesuaikan diri dgn roomate aku kat sana nanti...ekceli aku ni jenis banyak diam kat opis..aku hanya bercakap bila perlu jer...aku jarang bual2 kosong dgn mereka...kalau ada kerja yang berkaitan barulah aku minta tolong...aku jenis yang x suka susahkan orang...ini merupakan kali pertama aku di negara orang.
ni gambar aku menaiki beca..orang medan cakap becakk..mencabar beb aku ckp...dah r bawa laju...xde seatbelt n helmet plak tue..risau aku....aku naik 2x..kali pertama kena rp 8000, dan kali kedua rp 30,000....payah beb nk tawar2 harga..aku juz xnk diorang nie tipu aku...itu jer..kat sana aku ckp..korang kene pandai tawar n guna otak..itu jer..itu dr pengalaman aku kat sana..owh ya..satu lagi korang cuba psiko..itu pon berjaya gak..hehehhe..eh..jangan salah sangka plak yer...lelaki dalam pic tu bukan nye 'driver'...tu Abg Din, orang opis aku gak..saje je berlakon dgn dia...dia jadi driver aku jadi penumpang...hhihihi..err..chumel x aku..hihihi


continued.....

Semoga Allah memberi perlindungan terhadap Palestin

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah


Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa



Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

p/s : hari ini dah masuk hari ke 22..apa yang masih tinggal di sana...semuanya musnah..aku sendiri tak mampu nak baca berita kekejaman rejim zionis terhadap palestin di dada akhbar..Israel amat kejam...semalam tentera israel membedil hospital dan sekolah dimana orang-orang awam mendapatkan perlindungan dan juga rawatan..gambar2 di atas hanya sebahagian yang di paparkan..bayangkanlah kalau anda berada di sana..bagaimana perasaan anda melihat adik2, kakak, emak atau ayah yang menjadi mangsa bedilan bom dan juga peluru berpandu..air mata hanyalah teman setia anda..oleh itu, kita harus bersyukur di bumi Malaysia ini tiada peperangan yang berlaku semenjak Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.semalam..selepas solat jumaat kebanyakan masjid2 berkhutbah mengenai peperangan..dan ade diantaranya membuat demonstrasi jalanan mengenai hal ini..buat saudara islam doakanlah keamanan saudara kita yang berada disana..sedekahkan lah AL-Fatihah pada mereka yang berjihad ke jalan Allah..

Monday, January 12, 2009

Aku Kembali Ke FSPU

last week bermulanya sesi pembelajaran aku di UITM Shah Alam.. dalam tempoh itu aku juga telah berkenalan dengan kesemua pensyarah -pensyarah yang mengajar aku untuk sem ini kecuali aku masih belum tahu sape lagi ustaz atau ustazah yang mengajar subjek bahasa arab dan juga agama...
yeeehaaa...i'm happy...gembira sangat2 dengan lecturer yang mengajar aku kali nie...semuanya lelaki..hahhaha...ade skit semangat nk belajar...WALAUPUN.... lecturer2 aku ni dah VETERAN...errr jangan salah faham yer...aku maksudkan disini ialah cara mereka mengajar kami buat aku rasa suka...mudah difahami dan jelas sgt visi yang akan disampaikan sepanjang semester ini..dan ini membuatkan aku rs boleh 'score' utk subject..
kali ini aku amat geli hati dengan seorang lecturer aku...dia ni mmg sempoi gilsss...hahaha.. at first time, kawan aku jumpa lecturer nie, ade ke patut dia cakap lect tu tukang kebun uitm.. kiranya aku okie lagi aku igt lect tu technician aircond...huhuhu..mmg lawak r...sebab pemakaian dia x menunjukkan dia seorang lecturer...dalam kelas plak leh mengajar sambil makan kerepeks or kekacang... dia cukup pantang kalau kami tulis notes dlm kelas dia, kalau boleh dia xnk kami salin apa yg dia ajar atau cakap...satu lagi 3 perkara pelik yang lect aku ckp untuk senang FAILED subject..
1-jgn antar assigmnt yang mengandungi virus
2-No plagiarism
3-assigmnt timbang kati
inilah dia Dr. Mat Zain yang mengajar subject Technique & Modelling Planning.we love you!!!
owh yea..kali nie kami akan buat research kat MELAKA..kenapa pilih melaka??sebabnye MELAKA tiada RSN dan juga wilayahnya kecikkkk.hehhehe senang skit nk buat kajian...lagipon dekat je dengan selangor..so boleh lah ulang alik nk collect data n site survey...jalan sakan aku lagik!!!

Wednesday, January 7, 2009

Aku dan En Jeff

pagi tadi aku sent msg kat project exec...aku ckp aku xmo masuk opis hr ni sehinggalah masalah aku selesai..(padahal aku mmg dah ade kat office, juz nk tgk reaction dia mcm ner)..

tup..tup..tupp..telefon aku berdering....dari En.Jeff...panggilan pertama aku reject..mmg aku xnk ckp dgn dia....then dia call lagi...aku pick up phone...

En Jeff : Fara, merajuk ker? ala..jangan lah sampai x dtg office.

Fara : erm.maybe..penatlah asyik dgr benda yang sama..

En Jeff : aku taw aku dah janji dgn kau..tp masalahnya aku sendiri pon x tahu sebab2nya..ni admin punya hal..maybe amek masa 2-3 hr lagi..

Fara : so??

En Jeff : macam nilah ..aku nak kau gi opis..tapi kau singgah dulu opis aku..aku tolong kau...kau buat akaun baru..then bagitaw aku...yang penting kau masuk opis taw...jgn nk merajuk2 lagi k..

Fara : erm...okiess...tp tgklah dulu...daaaa...

erm itu serba sikit perbualan aku dgn En Jeff...aku bukan nk berkira sgt dgn En Jeff..sbb dia pon selalu bertolak ansur dalam bab2 kerja nie...selalu juga bagi tunjuk ajar dalam keje aku...En Jeff..sorry saya buat hal..tapi percayalah saya ingin jadi pekerja yang terbaik dan suka protes..hahhaha...

Tuesday, January 6, 2009

Mogok : aku x mahu masuk office

erm...
peduli apa....
after lunch aku terus balik umah...aku rasa amat malas untuk masuk ke opis .. yeah..mmg aku ade dpt panggilan dr opis..maybe nk tanya aku kat mana...ketika aku ingin mengangkat phone, batteri hp aku lemah terus mati..aku taw aku x patut buat macam tue..tapi hati aku sakit..aku bukan marah dengan unit PLB sebab bukan salah diorang tp aku marah sangat dengan Pihak UIA..sampai skang masalah aku belum setel lagi...

perjanjian telah dibuat..sepatutnya hari ini segala masalah dan kesulitan yang melibatkan aku telah selesai...aku telah menunggu selama 11 hari untuk masalah ini selesai..aku tidak mampu bersabar lagi..dan sepatutnya juga hari ini aku mula kelas, disebabkan tindakan yang tidak profesional yang aku buat aku telah ponteng kelas pertama aku..aku cuma membatu kan diri dirumah...

esok..aku belum pasti lagi..sama ada aku mahu masuk opis atau tidak...memang kata maaf mudah dilafazkan..tp yang menanggung beban adalah aku...mungkin ini yang pertama kali berlaku ke atas diriku,ade hikmah disebalik apa yang terjadi.. tp aku tidak boleh biarkan...ini hak aku..sudah hampir 2 minggu aku menunggu...xkan aku mahu menunggu untuk 3 minggu lagi...

aku malu dgn diriku..aku telah buat janji kosong pada kak sue dan bad...aku harap sgt mereka memahami situasi aku sekarang...dan untuk sekian kalinya aku berjanji, setelah isu aku dgn uia selesai, aku tidak akan berlengah lagi untuk aku memulangkan hak mereka..

kini, aku mula rajin menyelak laman akhbar dan aku juga telah mendaftar kan diri dlm mana2 laman portal yang berkaitan dengan pekerjaan..aku ingin mencari yang 'LEBIH BAIK'...

Monday, January 5, 2009

NAIL IN THE FENCE

Make sure you read all the way down to the last sentence. (Most importantly the last sentence)

There once was a little boy who had a bad temper.His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence.

The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all.

He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper. The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone.

The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, 'You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same.

When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say 'I'm sorry', the wound is still there. A verbal wound is as bad as a physical one.


Please forgive me if I have ever left a hole.

Saturday, January 3, 2009

Tag : New Year 2009 - capeq

1. Pernah menyambut tahun baru?
Pernah

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
Bukit

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
Bangun pagi..bt aktiviti rutin.

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
Kedinginan Suasana Pagi

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
Mungkin

6. Senaraikan 5 orang yang anda bersama tahun baru neh?
Tiada

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh
Ada.Biarlah rahsia

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
pernah

9. Azam anda tahun lepas (2008)
hahaaha

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )
Focus on study

11.senaraikn 1 org untuk di tag!!
Dakchomey

Friday, January 2, 2009

Tag : Alphabet kak lina..

THE RULE:
1. Copy the tag to your blog
2. Add the link the person who share this tag with you…
3. Nominate at least seven blogger

Your 1st Name Tells A Lot About Who You Are
Hava a good time knowing the meaning of your name!
♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*
nama saya
FARAH ZILA


A: Best Gf/Bf any one could have
B: You love a certain someone
C: People cant help but check u out
D: You are really lovable
E: You Are Great Kisser
F: Easy to fall in love with
G: You never let people tell you what to do
H: You have a very good personality and good looks
I: People love you
J: People Adore you
K: You're wild and crazy
L: AWESOME KISSER
M: Handsome/Beautiful
N: Easy to fall in love with
O: Best kisser ever
P: You are popular with all types of people
Q: You are a hypocrite
R: You love to kiss
S: You are Freaking CRAZY!
T: You are loyal to the ones you love
U: You really like to chill
V :your not judgmental
W: You are popular
X: You never let people tell you
Y: Sexiest bitch alive
Z: Never good enough...

TERIMA LAH TAG KU INI PADA MEREKA YANG SUDIII...

Cameroon Highlands

Venue : Cameron Highland
Date : 7-8 Disember 2008

Kalau sebelum ni aku kat pangkor dok main air je kan....Kali nie percutian aku di Tanah Tinggi Cameron..juz dapat menikmati pemandangan yang indah dan sejuk mata memandang...err..x dapek den nk main ayor..coz sejuk lerr...rase2 mmg xnk mandi pagi....nasib lah kat hotel yg aku menginap tue ade kemudahan yang diinginkan..mmg best la hotel tue... aku sekeluarga kat cameroon cuma 2 hari 1 malam sahaja..



masa ni dah nk blk kl..bergambar dgn mama tersayang
berlatarbelakang bunga - bunga yangberwarna warni...

sejuk kat sini....sepatutnya aku pakai baju kurung..
tapi aku ni 'driver' juz layak paki jeans jer..rimas la..
owh yea..masa ni Hari Raya Korban..
dats y la diorang semua pakai baju kurung..


aku di hadapan cameron highland resort..

1st place yang kami lawati adalah Time Tunnel..
igt seperti galeri yang biasa2..rupa2 inilah galeri lain dari yang lain..
dan di Time Tunnel anda boleh menyentuh barang yang ada dan bergambar..
itulah keunikan Time Tunnel nie..

gambar di atas adalah barangan zaman 80-an dan sebelumnya..
anda xkan dpt lihat barangan seperti ini di mana2 kedai agy..

nyonya mila : ayya apek..lu mau beli apa?
apek wawa : gua mau 1 botol 7up.belapa linggit?
nyonya mila : itu saja ka..ubat darlie lu xmau beli ka.manyak murah maa..
apek wawa : manyak mising la nyonya..

bawang putih : mak.. arini putih masak ikan talapia
kegemaran mak..mak suka x??

cek yah : kalau ko kaco laki aku lagi..aku cucuk biji mata cik rah
cik rah : alah, apa la ada pd si abg hafiez tue??

amira : saya mahu buat rambut gaya saloma yea..
amoi : lu x mau buat gaya siput salawak ka? manyak cantikk!!


ni lawatan aku yang kedua... aku ke taman kaktus..
kalau dilihat disini terdapat pelbagai pokok kaktus..
dari sebesar ibu jari aku hingga lah setinggi aku..
yang buat aku pelik, macam ne kaktus nie boleh hidup di
tempat berhawa sejuk??
boleh anda berikan jawapan utk aku x?

seingat aku nie kat brinchang..
byk kedai2 kecil yang jual sayur2 segar..
rambang mata mama and ayah aku..
macam2 dia beli utk buahtangan sedara mara..
alamatnye aku jadi vegeterian selama
seminggu jawabnya.

disini aku tidak ketinggalan membeli bunga ros segar
utk dijadikan cenderahati buat officemate aku.
suka sangat masa tu tgk bunga2 yang segar dijual..
maaf lah pada budak2 lelaki kat opis..
tiada bunga utk mu..err kumbang pon aku lupa nk beli..
hehhehe....

aku ade juga singgah di strawberry farm...
x silap aku sekilo RM30...
korang boleh petik sendiri buah strawberry...
nyummy...
yang best nye aku suka strawberry yang
dicelup coklat..baru sedap


masa perjalanan hendak ke tapah, ayah aku minta
singgah kat tepi jalan.
nak rasa air bukit katanya..sambil2 tu aku plak
petik paku pakis gergasi kat tepi jalan..
air bukit ni sejuk sangat....rasa nak mandi jer..
hihihi

untuk ke Cameron Highland aku ikut jalan Simpang Pulai.. mama x benarkan aku ikut jalan tapah walhal jalan itu lagi dekat tetapi terlampau adventure.. mama risau aku buat drift kat sana..hahhaha..perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah..

LiLo

Related Posts with Thumbnails