Wednesday, January 21, 2009

Perlukah Cinta mempunyai Sebab???

kisah ini saya ambil dari emel yang diforwardkan kepada saya..terima kasih kawan2 yang sudi mengirimkan email buat saya..ini bermakna anda tidak lupa akan saya betul x??sy selalu luangkan masa saya untuk melihat email yang dikirimkan..ye la manalah taw ade yang penting penting..bagi saya email mmg amat penting.. ini kerana salah satu cara untuk saya menghantar asgmnt/ report/ atau sebarang kerja saya pada bos atau lecturer...okielah tanpa membuang masa jom kita perdengarkan kisah ini..ini hnya sekadar cerita...tp membawa seribu makna...
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini: Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimya... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
p/s: erm rakan2 sekalian...benarkah cinta xperlu sebab? adakalanya ianya perlu mempunyai sebab kenapa kita mencintai diri seseorang...jarang dengar orang cinta x bersebab..mungkin orang yang putus asa dlm bercinta tidak perlukan sebab..

1 comment:

Anonymous said...

klu cinta adew sebabnamapk sgt la owg tu x ikhlas..

LiLo

Related Posts with Thumbnails