Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 25, 2008

lirik cuba-faizal tahir

petang tadi...aku asyik pasang lagu cinta antara kita berulang2..smpi budak opis dah naik buhsan..then kak huda datang dia nk request lagu cuba faizal tahir...(err mcm deejay plak aku ni kan)..siap minta lirik agy..hahha..nasib baik kawan aku bg aku lagu cuba ni...then aku pasang la berulang kali...makin lama aku dgr..makin sedap plak...ekceli slalu jer aku dgr lagu ni kat radio...tp aku kurenggg sikit ngan faizal tahir taw..bukan sbb dia superman but...hr2 aku naik jer kete sure ade je la lagu dia ni...rase2 aku ade kot setiap sejam diorang main lagu si pesal ni..(stesen mana x perlu aku sebut okies)..CUBA UNTUK MEMAHAMI DIRIMU/KU...

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

P/S: err aku bt survey yea...lagu dibius cinta x menarik minat budak2 opis aku...hurm myb aku kene selalu mainkan..baru berkesan skit BIUS tue.. then lagu dafi adinda diorang ckp sedap tp klu dgr byk kali, rase nk tarik selimut...

Sunday, September 21, 2008

Promosi Raya

Hai Kawan-kawan(versi yus raja lawak)..hehhe

nk rambut baru sempena raya ini, nk buat kelainan pd rambut anda, apa kata anda semua ke saloon kakak lilo..dapat kan sentuhan dr kak Dilla yang pastinya korang akan terpikat ..

Sempena Hari Raya yang bakal Tiba x lama lagi, lilo nk promosi saloon kakak lilo yang akan dibuka pd hari Isnin ini...so jadilah pelanggan yang pertama untuk mendapat diskaun hebat..err..ekceli promosi dalam masa sebulan taw..bermula dari 22 hb 09 2008 hingga 21 hb 10 2008.. Masa Operasi dari pukul 10 pg hingga 10 malam

saloon kakak lilo terletak di Pandan Mewah belakang Hospital Ampang....alamat penuh : A 1-G-27, Jalan Pandan Mewah 4
..


Promosi Hebat:

1- Cut & Wash : RM 18
2- Wash& Blow : RM 10
3- Highlight(for Men) : RM 30
4- Colour(for men) : RM 55
5- Facial ( 1 hour) : RM 25


p/s:okie x harga promosi tue...klu nk buat lebih dr satu bincang ngan my sis la yer... juz mention my name je, sure dia bg discount..hikhikhik...



Monday, September 15, 2008

can i have this one?

cantik x jam2 kat bawah nie.lawa kan..aku dah lama berkenan dgn jam nie.harga pon boleh tahan..rase2nye kan yg mane sesuai utk aku...










Saturday, September 13, 2008

Aku Mahu Pergi



last two days aku decided untuk pergi holiday bulan 12 nie..bukan pergi dgn family taw..tp pergi dgn kawan-kawan..my friends ajak..tarikh dah confirm--> 27-29 dec nie..so selama 3hari aku tiada kat malaysia..tempat dah decided..harap2 tiada apa masalah..yeay..seronoknyee...bercuti dengan kawan-kawan..1st tyme nk jejak negara orang...aku nk kene kumpul duit dr sekarang...so boleh beli -belah, tp aku rasa itu bukan tujuan utama aku...tujuan aku nk rest n tinjau cara budaya negara orang..sesuatu yang menarik bagi aku..




selamat menyambut bulan ramadhan

ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu
aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai
aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatku akan kerjakan di awal waktu
solat
yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan aku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal aku syairkan


andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malamku akan sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti



p/s:Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA .. andai benar ini Ramadhan terakhir buat aku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN..Selamat Menyambut bulan Ramadhan

Wednesday, September 10, 2008

Aku redha Ya Allah

salam..

ketika ini, aku berada di library FSPU. aku spent tyme untuk mengulangkaji subjek GIS memandangkan petang ini aku ade test 'GIS'..tetapi..aku xleh nk captured apa yg telah aku stdy pg td di opis..ini semua gara-gara perkara yg terjadi pd aku semasa nak ke uitm.

sejak dua menjak ni, aku jadi pemandu yang berhemah..sentiasa memandu di lorong tgh dan aku pandu kurang dari 90km/j..tp aku rasekan dgn membawa kereta selaju ini mungkin mengundang bahaya kepada diriku apabila aku memandu seorang diri..

aku seringkali melihat emel2 yg sering diforwardkan kepada aku ttg 'bahaya di jalan raya'..bukan kerana accident tetapi kerana taktik yg digunakan perompak utk merompak kenderaan yg melalui highway(dlm hs baiknye penjenayah jln raya)..macam2 perkara jahat yang dilakukan oleh mereka..

dan hari ini..ianya hampir berlaku ke atas diri ku..cuma apa yg telah terjadi buat aku rase ketakutan untuk memandu di highway seorang diri...

critanye begini, masa otw nk ke uitm, aku lalu federal hway, then sampai nk susur masuk ke uitm(pintu belakang), aku nk masuk lane kiri, then br aku perasan ade sebuah VAN PUTIH betul-betul rapat dgn kereta aku, so aku ignore jer..then bila aku dah masuk ke lane kiri dia pon ikut sekali..betul2 rapat dgn kereta aku..aku dah cuak..yang aku perasan ade 3 org lelaki dlm VAN tue..aku rasa x sedap hati terus aku pecut..dlm pada aku pecut tue..tiba2 aku dengar ade satu bunyi letupan dari arah kiri kereta..(bunyi seperti dibaling batu)..hanya tuhan je yang taw..masa tu trafic dah nk bertukar merah...aku kene buat keputusan samade nk berhenti atau jalan jer...aku dah x hiraukan apa2 yg penting aku kene masuk dlm kawasan utim secepat mungkin..syukur...aku lepas, dia berhenti di traffic light..

walau tiada perkara yg buruk berlaku keatas aku..tapi percayalah ianya berjaya buat kau menggigil seluruh badan..kalau ianya terjadi dan langgar belakang kereta aku..apa yg harus aku buat..apakah yg akan terjadi terhadap diri ku..patut kah aku buat laporan polis atas kejadian yg menimpa aku..adakah ianya satu kebetulan apabila aku menceritakan hal ini pada classmate aku, dan ia pun pernah alami di tempat yang sama, kenderaan yang sama cuma masa yg berlainan(malam)..apakah yg dicari oleh orang itu...



aku just nk share tips2 keselamatan dgn korang..
1-pastikan anda lock pintu.
2-sentiasa pastikan keadaan sekeliling.
3-jangan buka tingkap kereta anda seluas2 alam..
4-pastikan jarak selamat kereta anda dgn kenderaan lain..
5-sila hubungi seseorang apabila ade keadaan yg mencurigakan..
6-jgn pandu kereta di kawasan yg sunyi ketika berseorangan..
7-pecut kereta anda selaju mungkin utk elak diekori..
8-jgn berada dekat dgn mat rempit...
9-lu pikir r sendri...


p/s: owh ye..inilah namanya dugaan yang Allah turunkan pada aku..mungkin sudah sampai masa nya utk aku beringat kembali.aku akur dgn ujian yang diuji ketika bulan Ramadhan..semoga aku tabah dan sabar menghadapi setiap dugaan-Nya..cuma aku x bersedia nk menghadapi mu Ya Allah..

Monday, September 8, 2008

cerita : Kisah Si Kecil

Seekor anak anjing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. "Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya", ujarnya dengan sinis.

Anjing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mndengar suara seekor lembu. "Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini", dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. "Hai lembu,kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal anjing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini."


Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah menghapuskan tikus-tikus dari ladang itu.Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula.

Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anjing kecil itu. "Saya tidak dapat memberikan sumbanga kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini..."

Terharu, anjing tua berkata, "Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan. "

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, "Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih...".


p/s: jgn kita sedih pabila kita x dpt melakukan sesuatu spt org lain krn mmg kita x memiliki kemampuan tersebut. ttp apa yg kita dpt lakukan, kerjakan dgn sebaik2-nya dan jgn sombong jika kita merasa byk melakukan beberapa hal pd org lain, kerna org yg tinggi hati akan direndahkan dan org yg rendah hati akan ditinggikan...

Saturday, September 6, 2008

cinta antara kita

semalam..masa petang2 kat opis..aku luang kan masa sejam sementara nk tunggu tyme blk kul 5...sejukk..sebab ujan asyik x benti jerk..keje kat opis dh selesai..then aku saje tgk2 pic yg aku simpan dlm pc kat opis.byk gak pic aku...so aku kumpul kan jd satu dan buat movie..lagipon dh lama aku x explore movie maker nie..taraaaa...inilah hasilnye..hahha..aku ni syiok sndri...ahhhh!!! lantak r korang nk kata apa..asal aku puas...

Thursday, September 4, 2008

Tahniah : Anda dapat award dr saya!!!





I would like to thanks Miss Szasza for this award, so kind of you and would like to apologize for taking so long to post it. Been really busy with study and work these days.Now I would like to nominate 8 blogs for this award.

Miss szasza said : For Miss Farazila who is a fan of Lilo n Stitch I think :D. I enjoyed her blog, especially the beautiful pictures of flowers that she took :D <--- thanks dear for this award..i'm really appreaciate it.:-)

When the recipient has received their respective awards, :D
Here are some rules to be followed:

1. The award may be displayed on a winner’s blog.
2. Add a link to the person who you received the award from.
3. Nominate up to seven other blogs.
4. Then add their links to your blog.
5. Add a message to each person that you have passed the award on to in the comments section of their blog.

Congratulations!!!
Here they are:

1- Bemie sy suka blog anda coz simple..heheh..tp betullah kata anda mmg serabut..hahha.jgn marah k..bemie ni kawan chat sy bila diperlukan ajer... :P suka gurau sama kamu..

2- Johan harus bg award kat dia..coz dia merupakan satu2nye senior aku yg ade blog..tp aku pon x cam sgt dgn senior aku sorang nie...hhehehe..bro, sy taw anda tgh kecamuk..be strong bro..

3- Asri award ni kutujukan khas buat sepupu ku yg anggap diri dia hebatttt...fara bg award ni supaya anda dapat memantapkan pengisian blog anda.. hahahha :P

4- Zura miss zura anda layak dapat award ini coz ada kesanggupan menjaga dua bos anda..haha..xdela....suka baca blog anda juga...

5- Nad Fendy award ini khas tuk nad sbb sy terpikat posting about budak kechik yg pandai gils berposing..

6- Ena rs seronok bila bc kisah akak n famili...lagi2 tang asyik pi makan je..blog akak mcm bt review mknn lak..hhahaa...

7- Dakchomey my luvly sis...award ni khas utk ko..jeles tgk blog ko yg selalu je dikunjungi org...hebat sgt ker blog ko tu?hehhehe

8- Miss President DFC hoyya!!! anda layak terima award ini coz hampir setiap posting sy, anda seringkali drop comment... :)

Wednesday, September 3, 2008

Cerita: Pasu yang Retak

suatu ketika dahulu, seorang wanita tua cina mempunyai 2 bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.

salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu satu lagi masih elok keadaannya dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat dpt mengisis air dgn separuh sahaja.

keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 thn, wanita tua itu hanya dapat membawa 1 1/2 pasu air shj.semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya.

di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dgn ketidaksempurnaannya, dan terasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya

setelah 2tahun berlalu dgn kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dgn wanita tua itu ditepi sungai..


" Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu"

wanita tua itu tersenyum, " sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tiada di laluan pasu yang satu lagi?"

" itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. setiap hari apabila pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu"

selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik untuk mengiasi rumahku.sekiranya kamu tidak menjadi diri sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini dirumah..

setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri, tetapi keretakan atau kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat..lihatlah diri kita..pasti terselit kebaikan yang kita mungkin tidak nmpk..

Monday, September 1, 2008

facebook



holla...lilo dah ade MUKABUKU..opss..bukan lorh...Facebook..hahhaa..baru je buat mlm tadi..credit to my lilo jr..coz dia yg tolong buatkan and after this dia jd my assistant klu lilo xsempat nk on9 facebook...u know who u're..shh...keep it as secret..luv ya!!

ermm..lilo masih baru agy..td dah try godek2 n drop comment..edit sket profile..td ade juga benda yg pelik2 lilo tgk..ade award la..minuman la..apa tue?huhuuhu..xpe..xpe..ade byk masa utk belajar agy...

erm dipersilakan kalau nk add FB lilo : cute_lilo_stitch@yahoo.com

btw..kat MYSPACE lilo dah ade superpet..so seiapa yg ade myspace jgn lupa singgah myspace lilo n hug pet lilo taw...lilo x bg nama lagi...apa yer nama yang sesuai utk pet lilo..as usual..pet lilo tu kitty....


LiLo

Related Posts with Thumbnails