Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
p/s : hari ini dah masuk hari ke 22..apa yang masih tinggal di sana...semuanya musnah..aku sendiri tak mampu nak baca berita kekejaman rejim zionis terhadap palestin di dada akhbar..Israel amat kejam...semalam tentera israel membedil hospital dan sekolah dimana orang-orang awam mendapatkan perlindungan dan juga rawatan..gambar2 di atas hanya sebahagian yang di paparkan..bayangkanlah kalau anda berada di sana..bagaimana perasaan anda melihat adik2, kakak, emak atau ayah yang menjadi mangsa bedilan bom dan juga peluru berpandu..air mata hanyalah teman setia anda..oleh itu, kita harus bersyukur di bumi Malaysia ini tiada peperangan yang berlaku semenjak Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.semalam..selepas solat jumaat kebanyakan masjid2 berkhutbah mengenai peperangan..dan ade diantaranya membuat demonstrasi jalanan mengenai hal ini..buat saudara islam doakanlah keamanan saudara kita yang berada disana..sedekahkan lah AL-Fatihah pada mereka yang berjihad ke jalan Allah..
2 comments:
Al-Fatihah kepada warga palestin yg tlah mati syahid...
semoga mereka semua ditempatkan di tempat mereka2 yg beriman..Insyaallah..
Boycott israel...!!!!
erm itu yang sebaik2 nya....
hari terakhir makin dekat
Post a Comment