Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 9, 2017

Panduan ke China dari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jika anda ke China melalui travel agent ianya tidak menjadi masalah buat anda. Anda hanya perlu sediakan kos trip yang dinyatakan dan segalanya diuruskan oleh travel agent anda termasuk visa, flight ticket, tempat penginapan, tempat pelancongan, pengangkutan, pemandu pelancong dan juga tempat makanan halal (for muslim). 

Jika anda lebih selesa pergi melancong tanpa bantuan pemandu pelancong, anda perlu banyak membuat kajian kawasan tersebut. Jadi di sini  saya ada tips atau panduan pergi ke China tanpa bantuan tour guide. ini berdasarkan pengalaman saya pergi ke Xian China. saya ingatkan anda di bandar-bandar besar di China mungkin sama atau berbeza apa yang saya tulis di sini. ini hanya sebagai panduan anda sahaja.

1. Passport
Sekiranya anda melancong luar dari Malaysia, Passport adalah benda utama anda perlu bawa. ianya adalah sebagai ganti kad pengenalan anda dan sebagai buku pergerakan keluar masuk sesebuah negara. jangan lupa bawa sahaja ke mana-mana anda pergi walaupun cuma bersiar-siar di sekitar kawasan hotel anda ketika anda berada di luar negara.



2. Visa
Anda perlu memohon visa ke China. ada pelbagai jenis visa. sekiranya dalam setahun cuma sekali anda ke china anda cuma perlu menggunakan single entry visa. disebabkan saya pergi Xian China untuk tahun ini saya ambil single entry dan perlu bayar RM 88.30. Anda boleh buat bayaran melalui tunai , debit card atau credit card. anda perlu sediakan beberapa dokumen untuk pengesahan anda ke china seperti tiket penerbangan atau tempahan hotel. anda perlu sediakan 2 keping gambar passport berlatabelakang warna putih. Jangan lupa bawa passport yang masih valid dari tarikh keberangkatan anda ke sana yea. dalam masa 4 hari dah boleh ambil visa.


3. Pertukaran Matawang
Di China matawang mereka ialah Chinese Yuan Renminbi (CNY). kadar tukaran semasa saya adalah 100 yuan = RM 64.10 (March 2017). anda boleh lihat nilai watawang mereka. paling rendah 1 jiao dan biasanya diterima di kedai atau mall. kalau di kedai jalanan mereka tidak terima wang 1 jiao.







No comments:

LiLo

Related Posts with Thumbnails