Thursday, August 21, 2008

cuti-cuti malaysia

selasa lepas, aku gy site visit..site visit aku bukannye tgk org tgh buat construction ke or area yg berpotensi utk development..kali ni site aku very da simple punyer..macam cuti2 malaysia..maknanya sambil aku buat kerja sambil aku gi melancong...ekceli task aku kali ni kena cari info pasal kwsn pelancongan di daerah gombak.

pada hari selasa, hampir 4 tempat aku pergi dari 41 tmpt..itu je yang mampu..aku pergi Sungai Kemensah(tmpt aku piknik slalu pon stil nk kene gy gak)-hehehhe...Zoo Negara(dah muak dah-slalu jumpa sedara mara kat sana)...Muzium Orang Asli(1st tyme aku pg..jauhnye..sempadan bentong dgn gombak)..Air Terjun Alang sedayu(sungai yang cetek dan berbatu)...

Amcam..best x site aku...hehee..sape nk ikut aku gi site agy...sebenarnya, aku nk citer pasal lawatan aku ke MUZIUM ORANG ASLI..pada mulanya aku sgt teruja nk pergi..maklumlah..aku slalu jer nmpk signboard di tepi jalan MRR2..hari2 beb tgk..tu yg bt aku mcm nk ke sana...

okiela jom kita kenal serba sedikit pasal muzium orang asli dan juga orang2 nya..hikhihik..




Sejarah Muzium Orang Asli bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu. Kemudian pada tahun 1995 (di akhir RMKe-6) pihak JHEOA telah membina muzium baru bagi menggantikan muzium lama. Ianya telah siap dan diserahkan kepada pihak Jabatan pada 19 Jun 1998. Muzium ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada 02 Mac 2000 dan dikenali dengan nama MUZIUM ORANG ASLI.




Orang Asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputra di negara ini. Jumlahnya sehingga Disember 2006 ialah 141,230 orang. Ianya terdiri daripada 3 Suku Bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Tiap-tiap tiga Suku Bangsa ini pula dipecahkan kepada 6 Suku Kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa selain daripada dialek Melayu tempatan.

suku bangsa negrito : kensiu, kintak, lanoh, jahai, mendriq, bateq


suku bangsa senoi : temiar, semai, semoq beri, che wong, jahut, mah meri


suku bangsa melayu proto : temuan, semelai, jakun, orang kanak, orang kuala, orang seletar



kebanyakkan mereka tinggal di banjaran titiwangsa.mereka suka tinggal dipesisiran pantai dan minoriti yang tinggal dalam hutan..negeri yang paling byk orang asli kalau x silap aku ialah pahang( uiks kampung ku tue - err aku ni keturunan org asli ker???), terengganu, johor dan perak..yang lain2 cuma minoriti jerk...skang ni ikut kata pihak pengurusan muzium..bilangan orang asli juga semakin bertambah(aku igt makin berkurangan)..

cuma disebabkan arus kemodenan, orang asli sudah dapat ikut kemajuan yang disediakan.so orang asli kini, mereka dah berpakaian, ade kenderaan, ade rumah tetap (tidak berpindah randah) dan bermacam yang diberikan oleh jabatan hal ehwal orang asli.kalau dahulu, Pakaian merupakan alat bagi menutup anggota sulit lelaki atau perempuan. Pada awalnya pakaian ini berasaskan kepada kulit-kulit dan daun-daun kayu sahaja.



Sebilangan besar masyarakat Orang Asli masih lagi mempercayai tentang semangat dan penunggu yang dikatakan menjadi tempat mereka meminta pertolongan.. Dalam hubungan ini Bomoh/Pawang merupakan orang perantaraan yang akan berhubung dengan kuasa-kuasa halus.Perhubungan ini disampaikan melalui upacara-upacara adat sama ada berjampi atau mengadakan jamuan di hari-hari tertentu..

kat dalam muzium ni ada pelbagai kisah dan cara kehidupan orang asli ni, so untuk mengetahui lebih lanjut apa kata korang visit muzium ni ..xpon singgah laman web jbtn hal ehwal org asli..

kalau korang nk gy biarlah berteman k..jgn jd mcm aku taw gy sensorang...huhuhu..mula okie je..bila dah masuk perkarangan ..terasa sunyi plak...dan paling x suke, belum masuk muzium dah buat aku lemah semangat...apa x nya..korang nmpk patung yg di atas tue..patung tu buat aku terperanjat coz perletakan dia betul2 di depan pintu masuk kedai kraftangan..

cuma aku x suka bila masuk mana2 muzium mesti ada ukiran patung yang menggerunkan...rase mcm ade penunggu jer...eee...tp aku ttp menten..buat2 berani jerk..hikhik..

p/s:err sape katu aku orang asli..err..ada iras2 ke muka nie..hihihi

6 comments:

MORIBAYU said...

huik
aku kah yg cakap ???

chapek laaaaa...dia yg mula bisik2 kat my ears kata u asal from keturunan orang asli

me x-cakap pun
me just cakap u from kaum masai from africa


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!

[zsazsa] said...

very nice pic as usual :D.. tak tau pun ada muzium org asli kat situ :D

Anonymous said...

jgn ckp aku lak cam owg asli er..

Lina said...

wahhh... bestnye site visit heheh... keje sambil melancong ek... bagus juga sbb baru tau ada muzium org asli tu klu tidak tak tau pun... :-)

Farazila said...

to megat: u mkn cili ekh megat...apsal lak u yg terasa pdass..hahha.eh mcm ner chapek plak yg ckp..bukan chapek dok belakang ke ms dlm kereta...

:P

to zsazsa: ada zsazsa..cuma x ramai yg memperkatakan ttg muzium ni..lagipon muzium ni terpencil la..

:)

to dak chomey: uiks...ko owang negro la...hahahha

to azlina: thanks drop comment di sini..mmg ade cuma perlu observe..nt ade ms ajak la teman gi k..

Rozella said...

Wah bestnya! I love visiting tempat-tempat yang banyak history behind it.

LiLo

Related Posts with Thumbnails