Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 13, 2008

Mungkinkah Kejadian 13 Mei Kembali???


photo credit to keraskeng


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk

Pada hari itu, mmg telah berlaku pergaduhan besar diantara kaum Cina dan melayu yang mengakibatkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. Pada pukul 6.45 petang, Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya (politik) dan hanya melibatkan orang-orang melayu dan cina di Kuala Lumpur sahaja.

p/s:aku tidak mengharapkan kejadian ini berulang kembali...tidak sama sekali..cuma terimalah dengan hati yg terbuka dgn pentadbiran baru...bagi mereka ruang untuk bukti kemampuan mereka...bbukan dgn mensabotaj atau menggunakan taktik kotor...klu kejadian ini berulang, bukan melayu dgn cina tapi melayu dengan melayu pasti akan bertelagah..dan kaum Cina bersorak besar..Tanah Melayu adalah hakmilik melayu...jangan sampai jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya...

2 comments:

Adam-ArJuna said...

suka baca pasal stori ni..

dalam sejarah...i like..hehe..

mat upay @ awi said...

aku rasa tidak mustahil..disebabkan gaya politik kita kearah politik bangsa...

LiLo

Related Posts with Thumbnails