Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
kli untuk maklumat lanjut mengenai Nabi Muhammad S.A.W
Ya nabi salam alaika
Ya rosul salam alaika
Ya habib salam alaika
Sholawatulloh alaika
p/s: xpela, klu x mampu cukuplah hanya sekadar berselawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad..insyaAllah dpt juga pahala kan..aku x taw nk translate selawat ni ke bhs melayu..klu tulisan jawi aku reti la..
I'm Back after 6 years!
3 years ago
No comments:
Post a Comment