Sunday, June 1, 2008

KLCC



apa yg korang semua tahu pasal klcc? ermm...tempat shoping jer..tempat melepak..itu je..lagi??? korang tahu x, siapakah arkitek yg bt klcc nie.. brapa ketinggian klcc? klcc ni diperbuat dr apa..so, aku nk berkongsi skit info mengenai klcc yg selama ini menjadi kebanggaan rakyat malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cesar Antonio Pelli

Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan segi tiga emas kuala Lumpur. Ia direka oleh Arkitek Cesar Antonio Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara Berkembar Petronas ini mula dibina 1992-1998, kemudahan yang terdapat di KLCC ini adalah seperti Suria KLCC, Taman KLCC, KLCC Convention Centre, Aquaria dan beberapa kemudahan lain seperti surau yg boleh menampung lebih kurang 6,000 jemaah dlm satu masa.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Terdapat sebanyak 78 lif yg ada.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

1 comment:

Lina said...

KLCC here i come!

LiLo

Related Posts with Thumbnails