Friday, January 22, 2010

x mo r kempen rokok..

perlu lagi ke kempen xnk merokok nie..bebal sgt lorh perokok2 nie..abeskan duit kerajaan jerk...owh lupa diorang byk duit x taw nk salurkan kemana lagi duit2 tue...huhuhu




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menghentikan kempen 'Tak Nak' merokok walaupun kempen itu gagal menyekat peningkatan bilangan perokok baru di negara ini terutama daripada kalangan remaja.

Setiausaha Parlimennya Lee Kah Choon berkata kementerian akan terus memperhebatkan lagi kempen 'Tak Nak' merokok menerusi media dan kempen pendidikan di sekolah-sekolah.

Pendidikan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menyedarkan golongan remaja tentang bahaya merokok, katanya ketika menjawab soalan Senator Hassan Shukri mengenai kejayaan kempen tersebut pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Selain berlaku peningkatan bilangan perokok baru terutama di kalangan remaja, Lee berkata bilangan perokok wanita juga bertambah walaupun peratusannya sedikit.

"Pada kajian yang lepas bilangan perokok wanita hanya 4% tetapi kini ia telah meningkat kepada 8%, trend kenaikan ini walaupun sedikit tetapi ia tidak sihat," katanya.

Dipetik dari BERNAMA

Kerajaan habis RM 20 juta setahun atau RM100 juta utk 5 tahun bagi kempen TAK NAK rokok. Kempen hanya sekadar tinggal kempen jika tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang kaya hanya taukey printing, taukey papan iklan serta syarikat media TV dan radio swasta. Kerajaan boleh meneruskan kempen ini tetapi perlu fokus dan bijaksana. Jika tidak duit rakyat umpama dicurah ke longkang sahaja.


contohnya mcm nielah....buat papan tanda besar2 terutamanya kat bangunan2 kerajaan...tapi ade juga yang merokok di dalam bangunan kerajaan...apa kes... perokok plak terdiri daripada kakitangan kerajaan...aihhh diorang x nmpk kot signboard sebesar ni ada..maybe diorang igt hiasan laman di pejabat..huhuhu..pelik2..sape yg nk tangkap ekh...ke amalkan juga konsep G to G..ala..pejam mata je la....

LiLo

Related Posts with Thumbnails