Sunday, February 10, 2008

Cinta Umpama Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain.
Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha… .
Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
p/s:mcm2 cinta boleh diumpama.. :P

4 comments:

KC said...

lilo...
i suka la the definition of love...

betul jugak kan..
cinta umpama bus kan..

p/s missh u lilo...

Farazila said...

yup...
cinta datang dan pergi..

p/s:miss u to assim...
take care!!
:)

deni trisiana said...

Hai, farazila (or Lilo???)
Perumpamaan kamu tentang cinta bagus juga
Baru kali ini aku denger cinta=bus
Oh iya, Aku deni trisiana dari Indonesia
Boleh kenalan?
Kunjungi juga blogku ya
http://denitrisiananingrum.blogspot.com/

Anonymous said...

Cinta yang sebenar2 cinta hanyalah kepada Allah. Cinta pada Allah SWT(iaitu melalui amal makruf nahi mungkar) maka terjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Adapun kasih-sayang sesama manusia tidak juga dapat dijamin kecuali 2 insan itu melandaskan kasih sayang dan pejalanan hidup semata2 untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Saya sendiri pernah silap mengenai definasi cinta sehingga kecewa. Bila kita mula bercinta dan berkongsi kisah suka-duka sehingga 1 hari terputus hubungan cinta menjadikan kita kecewa merana. Kepada Allah lar kita bersyukur atas kisah suka kita dan pada Allah kita berserah waktu kita berduka. Ameen

p/s: Juga doa utk mendapat teman hidup yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah terjamin kebahagian hidup berumahtangga hingga akhir hayat kita.

LiLo

Related Posts with Thumbnails