Saturday, June 27, 2009

watch it..zee avi

funny song rite? i lurve it..hahhaa..so cool...

Friday, June 19, 2009

Iswara


assalamualaikum...

bercakap mengenai kereta ni, aku juz nk bgtaw aku dah 5 tahun mempunyai lesen D termasuklah 2 tahun lesen percubaan..kereta pertama yang aku bawa adalah kereta kancil di kelas memandu..aku dengan gigihnya memastikan aku lulus ujian yang di lakukan ke ats aku..setelah mendapat lesen P, setahun aku tidak memandu memandangkan aku tidak ada kereta...then mama hadiahkan aku kereta iswara untuk keperluan asas aku sebagai student di shah alam..selama 4 tahun kereta iswara menjadi teman aku ke sana sini..dia lah segala2 nya buat aku dan dia juga memahami aku ketika dalam keadaan sesak dan terdesak..

dia x pernah mengadu kesakitan yang dialami pada aku, even dia tengah sakit sanggup bawa aku ke opis dan tempat belajar..sehari adalah dekat 85km dia membawa aku dari rumah - opis - tmpt belajar seinggalah aku sampai di destinasi terakhir ku iaitu rumah ku kembali..bila aku lihat dan kedengaran dia terbatuk2 yang amat kuat barulah aku bawa dia jumpa doktor..dia dah nazak masa tue...tapi demi aku dia sanggup menggadaikan nyawa dia dan aku semata2 mahu menemani aku...

aku jarang memandu kereta lain selain dari kereta iswara aku...klu ade pon setakat dekat2 jer...erm..nk igt balik kereta sape yang penah aku hentam....kereta iswara n kancil abg ipar aku...kereta iswara adam...kereta honda city ray dan yang terkini kereta myvi si abir..hahahha..baru aku perasan 4 buah kereta yang aku penah pandu setakat ini...ini bermakna aku lebih selesa dengan kereta aku sendiri...hikhikhik....



owh ya!! selama 5 tahun aku memandu...aku tidak penah memandu kereta auto..percaya x??..dan akhirnya kereta yang berjaya di tawan oleh aku ialah kereta RAY..aku igt lagi...setahun yang lalu masa tu aku di rumah ray tengah buat persiapan untuk MuDa D pangkor, then aku kene byr cash payment bas..so dengan relahati ray mengizinkan aku menggunakan kereta utk berjumpa seseorang dan ditemani oleh megat..pelik gak aku masa tu ray bagi pakai kereta dia.. aku dgn muka confident pandu kereta ray dan selamat pulang kembali ke rumah ray...masa tu pon aku dah cuak gak..ye lah..mana lah aku biasa dgn kereta org yang punyai pelbagai button yang berfuntion kan..terkial2 gak aku..tp depan megat aku control cun jerk..padahal aku 1st tyme memandu kereta auto...hehehe...err aku rs sampai skang ray x tahu kot....hihihihi...


dan pengalaman aku kali kedua ialah kereta abir..selepas setahun memandu kereta ray, aku memandu kereta abir dengan dipenuhi 4 orang penumpang dan aku bawa di dari umah megat ke bandar melaka...lalu jalan kampung yea..taw2 je la jalan kampung kan kechik dan kereta x putus2..berdebar2 gak la aku bawa kerta si abir nie ha...yang pastinya ray asyik gelak2 kan aku cara aku pandu kereta si abir ni haa....yess ray..lilo mmg jarang giler bawa kereta auto..gelak la puas2...janggal plak xde clucth n x perlu tukar2 gear...

skang ni mmg semua dah canggih..ramai gak suh aku tukar kereta auto...bukan xnak yea..masih x mampu lagi nk beli kereta yang lain..biarlah iswara aku menemani aku kemana2 pon...kalau boleh biarlah hubby aku hadiahkan Wish masa hari perkahwinan aku nanti.. hikhikhik..mampukah!!!!


Friday, June 12, 2009

Tone i







Di Pagi Jumaat

SALAM semua...apa khabar sahabat ku..moga di pagi jumaat ini mendatangkan rahmat kepada anda sekalian...
seperti biasa, aku ke opis di awal pagi..cuaca hari ini begitu redup dan aku begitu semangat untuk ke pejabat pagi ini..entah kenapa..nk kata sebab ceria mlm jumaat..aku belum kawen lagi...hihihi..gatai aku ni kan...errm mungkin juga disebabkan esok dah cuti..yeay cuti lagiiii....
sebenarnya, aku nk stori skit about El Nino..korang semua tahu x apa itu El Nino..meh duduk rapat2 sikit dengan aku..aku nk bercerita....
Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.
Dengan kehadiran El Nino yang sederhana/kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh dibawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah dibawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).

Keadaan El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Nino/La Nina.
sepanjang perjalanan aku ke pejabat tadi dari taman melawati menghala ke gombak dah mula kabur dek kerana jerebu..tapi masih okiela...jarak penglihatan dalam 500meter...xde la teruk sangat kan....
semalam sempat gak aku tengok berita di tv3...jerebu di selangor meningkat ke 3-4 kawasan....so kawan2..jaga lah kesihatan...banyakkan minum air masak....jgn minum air manis sgt taw..nanti kering tekak....klu boleh pkailah topeng jerebu tue....itu sahaja pesanan penaja...

Thursday, June 11, 2009

Program SPIES

warghh....masuk2 opis petang tadi...ade surat atas meja....igt kan surat panggil mesyuarat.. biasalah klu hujung2 bulan nie selalu ade mesyuarat progress kerja klu x kat uia, kat suk selangor...tetiba dapat surat kene pergi modal insan SPIES anjuran bhgn pengurusan sumber manusia suk sngor...
aduhh...x suka..x suka..x suka....oppsss xleh ckp xsuka....nanti Tok Nan report kat Chief nanti..hehehhe... saya suka dengan kursus yang diberikan pada saya...nasib baik kursus nie 2 hari jer.....pergi je la...kiranya aku ade gak kawan dr unit aku...1st tyme gi kursus anjuran opis aku...

Monday, June 1, 2009

DFC FUN SURVIVOR CAMP 09

Salam semua...aku juz nk inform mengenai DFC FUN SURVIVOR CAMP 09 yang aku nanti2 kan akhirnya telah tiba juga masanya...

FYI, The Official Dafi Fan Club buat julung kalinya akan membuat satu aktiviti perkhemahan khas untuk peminat-peminat DAFI di Port Dickson pada 5-7 Jun 2009..

Ini adalah kali pertama Dafi Fan Club akan buat percutian ala-ala survivor dimana setiap aktiviti dan perjalanan program mempunyai unsur-unsur cabaran mental dan fizikal dan juga elemen-elemen 'FUN' akan turut diselitkan..Penglibatan DAFI sebagai Hos perkhemahan ini membuatkan peserta yang mengikuti program ini akan mendapat layanan sepenuhnya dan bemesra dengan Dafi..

Kali ini The Official Dafi Fan Club akan membuat kelainan dimana setiap aktiviti peserta akan dirakam seakan program realiti.. Mendapat kerjasama dari Media baru Generasi Muda Yoyooh.com sebagai penerbit program, umum akan dapat menontonnya secara online dalam versi Youtube secara bersiri. Malah produksi khas pelajar perfileman UiTM akan turut membantu tenaga produksi menjayakan konsep program kali ini.

pada tahun lepas, DFC bekerjasama dengan murai.com.my membuat percutian santai di Pulau Pangkor dan penyertaan dari ahli murai dan dafinites, so tahun nie DFC bekerjasama dengan Media baru Generasi Muda Yoyooh.com dgn perkhemahan yang rata-ratanya menyertai program ini adalah golongan belia.

lagi beberapa hari program ini akan dijalankan...aku adalah salah seorang urusetia program ni bukan peserta taw..so setakat nie semua dan setel..cuma perlu sedikit lagi persiapan utk memantapkan perjalanan aktiviti perkhemahan...x sabar aku nk tengok gelak tawa peserta..gelagat diorang nanti..pasti buat aku terhibur..

Tuesday, May 26, 2009

ouch...kaki ku sakit..

salam

i
after office hour..aku jumpa dgn kawan aku berbincang ttg projek aku..
aku bincang kat office dia then sambil2 tu aku tolong buat keje dia skit...
dalam kesibukan kami berborak,
kami lupa hari makin gelap..
tiada lagi org di office,
juz aku dan dia..
sehingga lah pak guard bgtaw dia nk tutup office...
dalam kelam kabut.kami pon cepat berkemas pulang...
dan aku masih menanti akan jawapan darinya dgn sabar
masih mengharapkan ada sinar harapan
ttg kertas kerja yang aku bentangkan pdnya 2 minggu lepas..

ii

selepas dia kunci pintu ofis, kami menuju ke tangga,
secara tiba2, lampu tangga dipadamkan..
mak aihhh gelap nye....
masa menuruni 2-3 anak tangga, kami dgr pagar utama dah tutup..
then kami naik blk guna tangga lain plak...
guna tangga yg masih pagar tdk berkunci di sebelah hujung sana..
masa tu, aku jln x pandang bawah...
alih2 aku dah terjelepok jatuh,
beg kertas aku tercampak...
adess...malu juga aku...
dan sekian kali nya aku jatuh sure jatuh bersopan..
meaning jatuh duduk bersimpuh..hehhehe..
rupa2nya aku x perasan ade lubang di lantai..
kebetulan aku pakai kasut bertumit..

iii
masa hendak pulang ke rumah, dapat panggilan dr close fren
yang mana dia amat concern pasal aku dan juga projek aku...
adelah juga dia bg tips dan beberapa perkara yang kami bincangkan..
masa dia call, apa dia ckp x clear sgt..msg2 tgh drive..
so aku juz iya kan....hehehe..
aku syg sgt kat dia..thanks taw..
pasni aku xde nk susah2 kan dia tuk pikir psl aku lg..
aku taw dia pon byk sgt keje dan benda nk pikir..

iv

balik umah, pas je tanggal kasut,
baru aku dapat rase kesengalan kat pergelangan kaki aku..
akibat aku jatuh td...
sehingga sekarang masih terasa sakit lagi..
hopefully xde pape..klu x susah utk aku memandu kereta keesokan harinya..
kawan aku anta msg risau kat aku katanya..
dia ckp sebab dia, aku blk lambat n aku jatuh...
hahhaa..risau bebenor org tua nieh...
bg aku benda dah nk jadi...nk buat camna...


Friday, May 22, 2009

cari kan aku sebuah senyuman...

pejam celik..pejam celik dah nk ke penghujung bulan 5..erm...makin dekat dah harinya...setiap kali tidor surenye la terbawa2 perkara itu...tapi aku x nak la tunjuk sgt kerisauan aku pd sesiapa pon....aku dah buat pelbagai strategi untuk projek kali ini...
dan hasilnya amat2 tidak memuaskan hati aku...tapi aku x boleh cepat mengalah..selagi belum tiba harinya selagi itu aku berusaha...aku x leh nk salahkan pada sesiapa pon..as a leader aku perlu berani tanggung risiko...aku x kisah kalau ada mulut2 yang cakap belakang...diorang ade mulut..cakap lah apa2 pon...
projek ni aku dah rancang lama dah...dari ckp2 kosong sehinggalah dah ade hitam putih...tapi aku tak tahu di mana silapnya ianya x dapat dijalan seperti yang aku inginkan..mungkin banyak punca datang dari aku..
mungkin hampir sampai harinya aku juga perlu buat byk pengubahan pada projek aku nie...dan untuk team members yang bekerja keras utk projek ini..aku harap korang x give up..InsyaAllah hasil usaha yang korang tunjuk pada aku buat aku bertambah sayang sayang pada korang dan aku sangat2 menghargai hasil kerja korang...
CHAIYORK..CHAIYORK..

Friday, May 15, 2009

Majlis cukur jambul anak-anak buah ku...









Aku Dan Cikgu ku

tgk tajuk kat entri ni pon sure korang dah taw apa yg aku nk crita kan...semua org kat dunia pernah belajar..betul x? bila belajar sure yang tukang ajar tu kita akan panggil cikgu..sir..sifu..teacher..prof dsbnye...ye la...esok kan hari guru sedunia 16 mei...so aku ada lah sikit2 story pasal aku dan cikgu2 ku..ade yang klakar..ade yang sedih...ade yang terharu...1001 mcm la kisah aku, kawan2 dgn cikgu...
TADIKA
aku mula masuk tadika ketika aku berumur 5 tahun..selama 2 thn aku belajar di tadika seri islam ampang..dekat je dgn rumah ku...x byk cerita masa kat tadika ni..sbb ingatan aku x dapat nk mengingat kembali zaman kecil..hihihih.. yang aku ingat, ayah akan beri bekal utk aku, dan cikgu2 tadika slalu paw makanan aku..hehehheh..masa kechik pon aku penah kena marah ngan cikgu tadika coz aku bt bising..tp seingat aku, aku x penah jadi murid kesayangan disini..ye la...aku dapat simpulkan kat sini cikgu2 lebih concern pada murid2 yang comel lote, yg talkative n parents yang berpengaruh..
SEK RENDAH
Sekolah rendah aku di SK Taman Kosas..masa darjah satu aku masuk kelas pandai....cikgu yg aku ingat cg. khadijah..garang..x penah senyum..klu senyum aku rs mcm senyum harimau nk terkam mangsa jer..cg.khadijah mengajar matapelajaran bahasa melayu..
naik darjah 4, aku dpt lagi cikgu yang garang..ngaja aku matapelajaran matematik..cg jenny namanya..baru je mula persekolahan dia da bg homework..cg. ni jenis yang suka bawa rotan..ade satu kali tu, aku lupa nk buat homework dia..yela..setiap hari ade je hw dia kan..naik muak juga asyik buat hw tue..smpi hw subjek lain pon aku x terbuat...cg. jenny ni check semua hw murid2 dia..dia ckp sape yang x siap kerja berdiri..hampir separuh kelas berdiri..n then dia minta bg alasan..aku x taw nk bg alasan apa...yang murid2 lain semua bagi alasan diorang ade tuisyen n kelas agama..aku masa tu blum start tuisyen pon..bila turn aku, aku bagi alasan aku letih dan tertidur.ntah mcm ne la boleh kuar perkataan tu..jujur kan aku..aku ms tu x pandai nk menipu agy...hehhe...bila cg. jenny dgr je jwpn aku terus dia suh murid2 lain duduk n suh aku kedepan..dlm hati aku, abes lah aku kena rotan...dia marah kan aku dpn murid2 yg lain..tyme tu aku dah malu giler..rs nk nanges je..tp aku control cun..cg jenny tu ckp klu aku bt benda yg sama dia nk tukarkan aku ke kelas hujung..cg jenny suh penolong darjah amek rotan kat bilik guru..nasib aku baik..kawan aku x jumpa rotan dan aku xkene rotan..itu mungkin hikmah aku bercakap jujur..sejak dari hari itu..aku balik je umah aku siapkan hw matematik dulu sehinggalah aku begitu minat giler dgn matematik...
naik darjah 6, aku selalu jer sakit...aku dapat cg shahrul sebagai guru kelas..sayang sgt2 dgn cg aku nie...ajar subjek bm dan math...cg ni concern dgn aku coz masa darjah 6 ni aku sering jatuh sakit...dlm sebulan mesti 2x sakit aku dtg..dia slalu bg aku galakan dlm belajar...lagipun aku dpt tempias dr kakak aku..dulu kakak aku ni atlet kat skool..so cg shahrul ni coach kakak aku lah...sbb tu aku leh ngam ngan cg shahrul..
ustz. supinah..ustazah ni mmg byk sgt ckp...aku suka langgan buku dekat dia...kekadang smpi hutang pon ade...la ni aku x igt aku da abeskan hutang ke belum..klu ada tu minta halalkan lah yea. xpon jumpa aku collect yea kat aku...slalu menjadi kesalahan aku ialah aku selalu x solat subuh...setiap kali masuk kelas..ustazah slalu tanya murid2 dia da solat subuh ke blum..kadang2 tu aku jujur la yg aku x solat...bila tyme ramai yang x solat , ustazah akan suh kami beratur kat luar kelas dan pegang kertas "saya tidak solat subuh pagi ni" berarak dan masuk ke setiap kelas darjah 6...erm malu tu pon ade gak la..ala..time2 tu aku ni pon da jadi perhatian dah pandai nk kenal2 dgn budak lelaki kan..hikhikhik...
SEK AGAMA
aku mula mendalami ilmu agama ketika aku darjah 5..aku dapat hidayah ketika aku dijemput ke majlis anugerah di sek agama rakyat taman watan.tyme tu pakaian aku tidak menepati langsung dgn majlis tu..aku x tahu kene berpakaian sopan...hehe..aku pakai skirt tyme tue...lepas je blk dari majlis tu, terus aku tanya mama aku nk sekolah agama..masa kat sekolah agama aku kenal dgn 2 org ustaz..ustaz rosman dan ustaz z(x igt nama)..
ustz rosman mmg baik...ngajar aku ngaji..suka bercerita..dia x penah marah aku tetapi suka perli2 aku..kawan2 aku plak suka cerita kehidupan sosial aku kat ustaz..sejak dari itu aku dah pandai menjadi budak yang berbudi bahasa..
ustz z ni plak dia seorang ustaz yg sempoi....style dia ngajar berbeza dgn ustz rosman...ustz z byk mengajar aku basic islam dan smpi sekarang aku igt pesan2 dia..kalau belajar kat sek ren tu hanya sekadar utk jawab exam n lulus je...dgn ustz z ni dia latih utk aku bt praktikal dah aku applikasi dallam kehidupan seharian aku..thank ustaz.. :-)
SEK MEN AGAMA
ramai yang tak tahu aku pernah belajar di sekolah agama ..dr form 1- 3 di hujung selangor..aku tgl di asrama...erm 3thn aku disana mcm2 pengalaman yang aku dpt...hasilnya aku menjadi seorang yg berdikari dan berani..
ustz shafi'e..seorang yang comel dan sentiasa menjaga pertuturan..dia ajar aku ilmu tauhid..ilmu tauhid pasal ke-Esa an tuhan....aku suka tgk gelagat dia..sbb dia rendah n chubby...mmg mula2 payah juga nk masuk apa yg dia ajar..siap berhadis bagai..aku rs aku xpenah rs ngantuk dlm kelas dia...dia kenal dgn semua anak2 murid dia...ustz ni jrg beri latihan juz bg nota jer...itu yg aku suka...bila exam baca je la nota dia...
ustazah rosmah..dia x pernah mengajar aku tp aku respect kat dia coz dia adalah warden asrama aku..dan aku quite kamcing dengan dia dr warden2 yang lain..penah satu case terjadi kat aku kiranya case yg heavy la....dia yg tolong selamat aku dr jadi mangsa amarah seorang warden lain...sumtimes bila blk je asrama aku bawa lah makanan yang mama bekal..kami makan sama2...seorang lagi cikgu bm lupa plak nama dia..kira nye cg ni hot la...selalu gak tdo kat bilik warden so aku ni pon jadi bestfriend dia gak..slalu teman dia tdo mlm2....
SEK MEN KEB
erm bila form4...aku buat keputusan utk tdk smbung belajar dlm bidang agama..sebab aku tahu tahap aku di mana....aku amek keputusan memohon SBPI dan Teknik..malangnya kelayakan aku tidak mencukupi..akhirnya aku bersekolah berdekatan dengan rumah aku...dan memilih bidang yang aku suka...yeap aku suka bidang science...aku skool kat SMK Dato Ahmad Razali..
kat sini aku ade juga cg feveret n ade juga yg aku xsuka...cg feveret aku diantaranya ialah cg raudhiah, cg syed, cg shamsol, cg azhar....cg raudhiah ni cg bm aku...dia selalu menjengkelkan aku dlm kelas...bukan apa...dia jrg dgr luahan pelajar2 dia..dia ade style dia sendri mengajar....kalau lah kitorang x padam whiteboard tu..dia tulis je ats whiteboard tu..walaaupon mcm tu, aku syg sgt kat dia...igt lagi aku nk menduduki exam SPM..masa tu exam BM buat esei...aku confident sesangat esei aku tu betul, bila saat akhir aku rs esei aku tu lari tajuk..aku da x sedap hati....habis je exam...terus aku berlari keluar n menangis..kwn2 aku nmpk termasuk lah cg raudhiah nie..cg raudhiah tnye n beri aku pelukan utk menenangkan aku..bila result dah keluar cg raudhiah la org pertama cari aku nk bgtaw aku dpt A1...
cg shamsol..xajar aku pon..cuma aku ni S/U kelab bimbingan dan kaunseling..so selalu gak la berurusan dgn dia...dan aku pon penah kene kaunseling berikutan dgn masalah cinta aku..muahahha....
cg azhar..my feveret cg coz dia ajar subjek geografi..fyi, aku mmg minat dgn subjek ni..mmg aku suka tanya mcm2 benda smpi cg kata x msk silibus pon....
cg syed..huarghh..setiap kelas dia aku rs cam nk tdo..sbb dia ajar sej..aku x suka...nk hafal2 nama org lah tahun apa la..lagi2 pasal tanah melayu kan...tp cg syed ni ajar best..lagi2 cg ni ensem kan..ramai gak dak2 kelas aku suka dgn cg syed nie...
cg fizik..apa yg di ajar aku kurang faham..tp boleh la trima..sumtimes aku rs di peringkat level yang tinggi..yg aku igt mar mmg suka subjek nie...
masa hr guru 2003, aku telah menyiapkan bakul potpouri dgn hasil aku sndri...dan aku bagi dekat setiap guru yg mengajar aku...dan dalam bakul potpouri tu ade sekeping nota utnuk mereka...aku buat khas pada mereka yang mengajar aku...
so..itulah serba sedikit kenangan aku dgn cg2..actually byk lagi...erm.. so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru....walau mereka ini garang sebenarnya mereka hendak didik kita jd org yang berjaya dan berguna...bukannya mereka dendam pd kita...pada pelajar2 hargai lah guru anda dan jgn sesekali cuba utk fight dgn guru...merek mengajar kamu dgn penuh keihklasan dan pada ibu bapa plak jgn lah cuba utk ambil tindakan sekiranya cg ade memberi hukuman pd anak2 mereka...sekian..
p/s: cikgu eman..Selamat Hari Guru dan thanks for everything...

LiLo

Related Posts with Thumbnails