SALAM semua...apa khabar sahabat ku..moga di pagi jumaat ini mendatangkan rahmat kepada anda sekalian...
seperti biasa, aku ke opis di awal pagi..cuaca hari ini begitu redup dan aku begitu semangat untuk ke pejabat pagi ini..entah kenapa..nk kata sebab ceria mlm jumaat..aku belum kawen lagi...hihihi..gatai aku ni kan...errm mungkin juga disebabkan esok dah cuti..yeay cuti lagiiii....
sebenarnya, aku nk stori skit about El Nino..korang semua tahu x apa itu El Nino..meh duduk rapat2 sikit dengan aku..aku nk bercerita....
Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.
Dengan kehadiran El Nino yang sederhana/kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh dibawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah dibawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).
Keadaan El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Nino/La Nina.
sepanjang perjalanan aku ke pejabat tadi dari taman melawati menghala ke gombak dah mula kabur dek kerana jerebu..tapi masih okiela...jarak penglihatan dalam 500meter...xde la teruk sangat kan....
semalam sempat gak aku tengok berita di tv3...jerebu di selangor meningkat ke 3-4 kawasan....so kawan2..jaga lah kesihatan...banyakkan minum air masak....jgn minum air manis sgt taw..nanti kering tekak....klu boleh pkailah topeng jerebu tue....itu sahaja pesanan penaja...
No comments:
Post a Comment