Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 4, 2009

Oren Bunuh Diri!!

4 ogos, Ampang - Seekor kucing yang bernama oren didapati telah bunuh diri di jalan ampang kelmarin. motif bunuh diri ini masih lagi dalam siasatan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, dia dikatakan mengalami penyakit yang mana di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. kemungkinan mengalami masalah tekanan perasaan.Tuan empunya kucing, turut merasakan sedih dan kecewa apabila mengetahui kemalangan tersebut.

sebelum ini oren pernah mencuba untuk bunuh diri di atas jalan raya yang sama tetapi tidak berjaya kerana orang awam berjaya mengangkat oren ke tepi jalan.oren merupakan kucing yang paling lincah dan kuat menangkap lipas dan amat disukai oleh tuannya. oren yang mempunyai berat 2kg dan berumur setahun 2 bulan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan awam depan rumah yang terpaksa dirahsiakan lokasinya.

kini tuannya mempunyai 2 ekor kucing yang bernama manja dan dak kenit. tuannya berharap agar kejadian sebegini tidak berulang kembali kepada dua kucing yang lain.

3 comments:

edzlin007 said...

takziah kepada keluarga oren

Abir Abhar said...

haha..
kelaka ke sedey cerita ni?
hehe
btw, takziah

BeMiE said...

takziah jugak.. semoga dicuri rahmat dan semoga dia dpt kucing baru Merah la pulak.

LiLo

Related Posts with Thumbnails