Thursday, December 4, 2008

Bulan Senyum

Gambar di bawah ni diambil pada malam 1 disember 2008..mungkin ianya tampak biasa sahaja..tapi bagi yang melihat secara langsung pada malam itu akan merasai keindahan pada malam tersebut.. bukan selalu kita lihat bulan dalam bentuk sebegini...


kenapa aku panggil bulan ni bulan senyum? coz ianya lihat mcm orang tgh senyum..ada 2 bintang seakan2 mata orang di bahagian atas bulan.. dan bulan tu plak agak melintang dan menyamai mulut oreang yang tengah senyum.. betulkan??


aku ada memori mengenai bintang dan bulan... masa aku belajar di sekolah asrama dulu.. ada seseorang yang istimewa selalu bagi taw pada aku "kalau awak rindukan saya, saya ada diantara bintang2 tu.. awak carilah bintang tiga..pasti kerinduan awak akan hilang" yelah..masa tu dia tinggal jauh dari aku...dan kalau aku sedih sure malam2 aku akan pandang langit dan mengadu pada bulan dan bintang..kemudian aku akan berasa tenang bila dapat luahkan..

kadangkala kalau aku x nmpk bulan dan bintang di malam hari, aku akan rase gelisah.. seolah2 aku tiada sapa yang menemankan aku pada waktu malam..yang pastinya aku tidak sabar menunggu malam kerna aku suka lihat keindahan malam yang sentiasa damai dengan angin sepoi - sepoi bahasa.

kini..jarang dapat aku lihat keindahan malam..sesekali bila aku nampak bulan yang cantik masa aku tgh 'drive' malam.. aku pastikan massage teman2 rapat aku untuk aku berkongsi bersama..

"Lihat bulan..cantik kan"

No comments:

LiLo

Related Posts with Thumbnails