Seekor anak anjing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. "Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya", ujarnya dengan sinis.
Anjing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mndengar suara seekor lembu. "Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini", dengan nada mencemuh.
Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. "Hai lembu,kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal anjing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini."
Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah menghapuskan tikus-tikus dari ladang itu.Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.
Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula.
Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anjing kecil itu. "Saya tidak dapat memberikan sumbanga kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini..."
Terharu, anjing tua berkata, "Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan. "
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.
Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, "Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih...".
p/s: jgn kita sedih pabila kita x dpt melakukan sesuatu spt org lain krn mmg kita x memiliki kemampuan tersebut. ttp apa yg kita dpt lakukan, kerjakan dgn sebaik2-nya dan jgn sombong jika kita merasa byk melakukan beberapa hal pd org lain, kerna org yg tinggi hati akan direndahkan dan org yg rendah hati akan ditinggikan...
6 comments:
banyak no gambo la..seb bek comey2..hahaha..
hehhe..sebab comey la lilo letak...
xtau nak komen apa hehe..sokong je..hikhik
bash..
thanks for visiting n drop comment...
:)
yelar... kebanyakan mmg menganggap org lain tak penting sbg contoh org yg keje bawahan lar, kuli-kuli ni tp tiap org mesti ada sumbangannya jadi jgn pandang rendah pd org lain, ada sikap menghormati dan bekerjasama...
cite ni da penah bace gak...eleh...letak benda alah byk2 plak dier...hoho..simpan cite ni utk anak ko nnt taw..ahaks..
Post a Comment