Monday, August 18, 2008

Pelan Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020



Wawasan Kuala Lumpur sebagai ‘Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia’ merangkumi aspirasi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang memainkan peranan global dan sub global yang utama bagi kepentingan masyarakat setempat, pekerja, pelawat dan juga pelabur. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) menekankan wawasan dan matlamat ke arah mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur yang mampan. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan perancangan yang dijalankan hendaklah mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Draf Pelan Bandar Raya KL 2020 merupakan strategi perancangan dan pembangunan yang utama bagi Kuala Lumpur.Pelan ini akan menjadi panduan kepada pembuat keputusan, perancang bandar, pereka bentuk dan pemaju hartanah ke arah pertumbuhan Kuala Lumpur seterusnya ke arah pencapaian status sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

Pelan Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 3 jilid yang dikeluarkan oleh DBKL pada Mei 2008 yang lalu akan digazet di Parlimen tahun ini dan bertujuan menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya berkelas dunia.

Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 mengutarakan isu-isu seperti pengangkutan awam, akses untuk warga kurang upaya, peruntukan taman dan kawasan lapangan, tahap kebersihan sungai, pembangunan kawasan bukit, dll.
Kesemua 180,000 plot tanah di KL akan dizon secara rasmi untuk kegunaan-kegunaan tertentu (seperti perumahan, perindustrian, komersil, dll) mengikut 20 jenis penggunaan tanah dan kepadatan penduduk.

Pihak DBKL mengalu-alukan pendapat dan saranan dari pihak orang ramai dalam proses pembangunan bandar raya kita ini. Setelah digazet, tanah yang telah dizonkan tidak boleh diubah. Oleh itu berikan pendapat anda tentang Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 sebelum 31 Ogos 2008 sama ada anda setuju dgn pembangunan ini atau tidak.

untuk maklumat lanjut: http://klcityplan2020.dbkl.gov.my/index.php

1 comment:

Anonymous said...

ape ntah menatang yg ko citew ni tp aku rase berguna gak kan..citew len dari yg len..info yg org maybe x taw kot..

LiLo

Related Posts with Thumbnails