Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 12, 2011

SindaLiLo

Pada zaman pemerintahan Raja Ifad Girang yang penuh kemasyhuran dengan pelbagai seni kreatif, terdapat seorang gadis comelan yang kuat berangan. Nama gadis tersebut ialah SindaLiLo.

SindaLiLo tinggal dengan ibu tiri, Y-Ma serta 2 orang kakak tirinya Cik Atin dan Cik Itaw yang cantik molek belaka.

Ayah SindaLiLo tidak pernah pulang ke rumah setelah berkahwin dengan ibu tiri SindaLiLo dan lebih rela di penjarakan kerana berkecil hati dengan isteri barunya.

Mereka tinggal di sebuah rumah kayu yang terletak di pinggir tasik. Kehidupan SindaLiLo biasa2 ajer. SindaLiLo seorang yg mesra alam. Manakala Cik Itaw seorang yg taksub dgn kameranya dan Cik Atin pula suka bergosip dengan emaknya.klu emaknya x gosip emak sibuk bertweet.

Suatu hari, pendita dari Kerajaan Ifad Girang telah datang ke Kampung StitchLand untuk menghantar utusan dari Raja Ifad. Sememangnya ini lah berita yang ditunggu2 oleh rakyat jelata StitchLand. Utusan tersebut adalah berkaitan majlis ulangtahun kelahiran Raja Ifad Girang.

Seperti kebiasaannya Cik Atin , Cik Itaw dan ibunya paling beriya untu ke majlis tersebut. SindaLiLo selalu saja tidak dapat menghadiri ke majlis seumpama ini. Kali ini SindaLiLo bertekad utk ke majlis tersebut kerana rindunya utk berjumpa dengan Raja Ifad Girang hampir 2 purnama tidak ketemu.

SindaLiLo ketemu dengan haiwan peliharaannya untuk meluahkan rasa gembira akan berita itu. Tetapi malangnya, SindaLiLo tidak membuat persiapan utk ke majlis tersebut. Dengan baik Hati, haiwan peliharaannya memberi beberapa butir mutiara sakti dan kapsul.

SindaLilLo terus mendapatkan Mr Gadget utk membuatkan sebuah kenderaan utk SindaLiLo ke majlis tersebut dengan kapsul yg diberikan oleh haiwan peliharaan SindaLiLo

Ahirnya Majlis yang ditunggu telah tiba, mutiara sakti telah bertukar rupa menjadi 1 set persalinan .Akhirnya SindaLiLo dapat pergi ke majlis tersebut tanpa pengetahuan ibu dan kakak tirinya.

SindaLiLo tiba tepat jam 7mlm dengan belon2 udara yang telah diubahsuai oleh mr gadget dengan selamatnya.

Meriahnya suasana majlis ulangtahun kelahiran Raja Ifad Girang, rakyat jelata yang hadir tidak kurang hebatnya. Masing2 menunjukkan dress yg paling cantik dan segak. Pelbagai acara yang menarik diadakan. Rakyat jelata amat2 terhibur sekali.

Akhirnya SindaLiLo sempat berjumpa seketika dengan Raja Ifad Girang walaupun tidak dapat menari dan menyanyi bersama.

Cik Atin dan juga Cik Itaw terperanjat apabila ternampak kelibat SindaLiLo di majlis tersebut. Tapi mereka tidak hiraukan SindaLiLo kerana mereka sibuk membuat persiapan acara yang meraka sertai.

Di sana SindaLiLo telah berkenalan dengan seorang jejaka yang merupakan tabib di kampung StitchLand. Ini kali ke-2 SindaLiLo bertemu dengan tabib joey sebelum ini mereka pernah berjumpa di rumah sakit StitchLand.

SindaLiLo merasakan hari tersebut merupakan hari paling indah buat SindaLiLo kerana dia gembira bertemu dengan rakan-rakan, Raja Ifad dan tetamu undangan.

Tanpa disedari jam telah menunjukkan tepatpukul 12 mlm, SindaLiLo perlu balik ke tempat asal, sekiranya lambat belun udaranya akan meletup satu persatu dan terpaksalah SindaLiLo meninggalkan tabib joey disitu..semoga berjumpa lagi...

Tamatlah cerita khalayan SindaLiLo..

LiLo

Related Posts with Thumbnails