Sunday, May 13, 2007

Ibu Kaulah Segalanya!

"ibu....ibu....engkaulah ratu hatiku"..pernah dengar ungkapan ini?? sering kita nyanyikan sempena Hari Ibu untuk ibu kita..13 mei 2007 adalah merupakan hari ibu sedunia...igt la tanpa ibu kita xkan lahir didunia..besar sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu terhadap anaknya...bukan sahaja setakat melahirkan kita malah membesar dan memberi sepenuh kasih sayang...wahai insan yang bergelar anak..kasihanila ibumu...sayangila ibumu..berbaktila pada ibu..jgn buat ibumu menangis kerana mengingat anak yang tidak kenang budi..jgn la anda menghantar ibumu kerumah orang tua...fikirkanla keadaan ibumu yang uzur itu..kesunyian tanpa anak...sanggupkan anda melihat ibumu menangis...bayangkanla jika anda berada ditempatnya..bagaimana??...sementara ibumu masih ada..sementara ibumu masih sihat jaga la ibumu dgn kasih sayang.. hormatilah jgn la sesekali kamu menengkingnya...kenapa perlu kita menyambut hari ibu???besar ertinya pengorbanan yg dilakukan oleh ibu yang tiada tolok ganti dgn insan yang bergelar ayah..

fara amat menyanjungi mama kerana dalam tempoh membesar fara byk ilmu dan kasih sayang yang dicurahkan..mama ingin melihat fara adalah yang terbaik dalam idupnya...sejak dari kecil lagi mama telah banyak mendidik fara dengan baik sekali..mama amat mementingkan pelajaran fara kerana mama nk anaknya lebih berjaya darinya...Alhamdulillah fara mmg minat belajar dan mama la byk berusaha untuk memberi kelas tambahan dan memasuki fara ke asrama...sehingga kini fara telah hampir menamatkan pembelajaran fara diperingkat diploma..dalam kasihsayang yang mama curahkan kepada anak2nya adalah sama rata..tiada yang beza nya..cuma disalurkan secara berlainan kerana umo kami berbeza..begitula cara mama dalam memenangi hati anak2 mama...marah..adalah perkara biasa dalam kehidupan ibu dan anak...marah bukan bermakna benci..tapi marah adalah menunjuk cara sayang dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh anak...

mama dihari yang indah ini...angah ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat hari ibu khas buat mama ku(fouziah bt awi) 13 mei 2007...terima kasih kerana menyayangi dan membesar anakmu ini dengan penuh tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah...tiada hadiah bernilai selain dari kasih sayang dan senyumanmu.. I LOVE MAMA...

selamat hari ibu kutujuakan khas buat semua yang meyambut hari ibu...

3 comments:

ummitee said...

congrats en good luck

Anonymous said...

temikasih anak ku dgn jdi ank yg baik pun dah cukup bls jasa mama. bukan harta yg mama pinta tpi jdi lah anak yg soleh n jdi tauladan kpd adik2 mu.



dri mama mu yg menyangi mu

Anonymous said...

bravo!!! buat la bakti pd ibu mu ok!!

LiLo

Related Posts with Thumbnails