Sunday, April 9, 2017

Tempat Tinggal di Xian China

Sepanjang 8 hari saya Xian, saya menginap di 3 tempat berbeza. bukan tidak mahu tinggal satu tempat tapi saya ingin merasakan suasana berbeza dan melihat keadaan sekeliling. jadi saya boleh beri pandangan dari sudut perspektif saya di kawasan tersebut.

1. Shunda Xian Xiangan Airport Hotel 
International airport base to the west 300 meters villa B3, Xian Xianyang International Airport, Xian, China

saya memlilih hotel ini sekadar tempat bermalam di sana kerana flight Airasia dari Malaysia tiba jam 11.30 malam dan hotel ini menyediakan free pick up service dan cuma 5 minit dari airport. jika anda nak ke bandar Xian ambil masa 50minit dari airport. sudah tentu kadar teksi 2 kali ganda tinggi berbanding siang hari. Anda tidak boleh bermalam di airport.




2. Mark And Henry Apartment
room 31015, floor 10, unit 3, block 15, no 2 gate of zhongmao plaza shopping mall xian, china

saya memilih one bedroom apartment. saya memilih tempat tinggal saya di sini lebih kurang 4hari 3 malam. tempat ini sangat selesa dan menyediakan kemudahan dapur. ini kerana family saya kurang gemar makanan selain makanan malaysia. jadi terpaksalah masak di sini. yang best kawasan di sini berdekatan dengan bus stop dan juga subway (jika anda pengguna public transport) dan bawah apartment terdapat pasaraya. senang untuk saya mencari bahan-bahan memasak. jangan risau sekiranya anda (muslim) yang lebih memilih makan di restaurant, terdapat 2-3 buah restaurant halal sekitar apartment ini.


3. Xian Century Landscape (Juan House)
88 North St, ErHuan Lu YanXian ShangYe JingJiDai, Lianhu Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China

Selepas menginap di Mark and Henry Apartment, Saya berpindah dekat dengan penempatan muslim cina. sebabnya lokasi ini banyak terdapat tempat menarik dengan walking distance sahaja. apartment ini mempunyai 2 bilik.


Panduan ke China dari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jika anda ke China melalui travel agent ianya tidak menjadi masalah buat anda. Anda hanya perlu sediakan kos trip yang dinyatakan dan segalanya diuruskan oleh travel agent anda termasuk visa, flight ticket, tempat penginapan, tempat pelancongan, pengangkutan, pemandu pelancong dan juga tempat makanan halal (for muslim). 

Jika anda lebih selesa pergi melancong tanpa bantuan pemandu pelancong, anda perlu banyak membuat kajian kawasan tersebut. Jadi di sini  saya ada tips atau panduan pergi ke China tanpa bantuan tour guide. ini berdasarkan pengalaman saya pergi ke Xian China. saya ingatkan anda di bandar-bandar besar di China mungkin sama atau berbeza apa yang saya tulis di sini. ini hanya sebagai panduan anda sahaja.

1. Passport
Sekiranya anda melancong luar dari Malaysia, Passport adalah benda utama anda perlu bawa. ianya adalah sebagai ganti kad pengenalan anda dan sebagai buku pergerakan keluar masuk sesebuah negara. jangan lupa bawa sahaja ke mana-mana anda pergi walaupun cuma bersiar-siar di sekitar kawasan hotel anda ketika anda berada di luar negara.



2. Visa
Anda perlu memohon visa ke China. ada pelbagai jenis visa. sekiranya dalam setahun cuma sekali anda ke china anda cuma perlu menggunakan single entry visa. disebabkan saya pergi Xian China untuk tahun ini saya ambil single entry dan perlu bayar RM 88.30. Anda boleh buat bayaran melalui tunai , debit card atau credit card. anda perlu sediakan beberapa dokumen untuk pengesahan anda ke china seperti tiket penerbangan atau tempahan hotel. anda perlu sediakan 2 keping gambar passport berlatabelakang warna putih. Jangan lupa bawa passport yang masih valid dari tarikh keberangkatan anda ke sana yea. dalam masa 4 hari dah boleh ambil visa.


3. Pertukaran Matawang
Di China matawang mereka ialah Chinese Yuan Renminbi (CNY). kadar tukaran semasa saya adalah 100 yuan = RM 64.10 (March 2017). anda boleh lihat nilai watawang mereka. paling rendah 1 jiao dan biasanya diterima di kedai atau mall. kalau di kedai jalanan mereka tidak terima wang 1 jiao.







Thursday, October 29, 2015

#1 What I Do Here? Seoul Korea!!



Date : 28th Dec 2013
Season : Winter
Venue : Tteuksom Resort, Gwangjing-gu, Seoul, Korea
Fee : KRW 6,000
Direction : Ttukseom Resort Station Line 7, exit 2
Activity : Play Snowball, Sliding, 3D Kids Theater, Eat.eat.eat..


My Feeling : Excited bila dapat jumpa snow.. Teruja bila dapat lihat salji turun..Seronok bila tergelincir..


Thursday, April 2, 2015

Hobi Saya


Alhamdulillah,

Lama dah kan saya tak berupdate mengenai diri saya..
saya masih belum berkahwin..
masih bekerja dengan peta..
masih lagi menyukai stitch
ada hobi baru suka melancong tgk tmpt org..
dan yang terbaru sy meminati drama2 korea..

saya akan update tentang stitch saya, drama korea saya..trip saya..




Monday, September 5, 2011

Neslo

u guys penah minum Neslo x??? neslo tu adelah gabungan nescafe plus milo..so rase dia pahit2 manis berkrim gittew...so cara minum dia mcm nie..hehhe..selamat mengorder k.. :)



Tuesday, August 16, 2011

Bulgogi Tyme!


Alhamdulillah, hajat utk merasa masakan korea akhirnya tercapai juga..
aku dan Aya (officemate) menikmati makanan korea di armcorp mall, pj..kami pergi before puasa.. sebenarnya byk restoren korea di sekitar lembah klang lagi2 kat AMPANG tapi restoren yang halal dan x menyediakan 'pork' amat susah nk di cari..setalah aku bt rikii kat internet akhirnya jmpa gak restoren tu..



ini la rupa restoren tu..kecik jew..x la besar mne..pada mulanya aku dan aya rs segan nk masuk sbb xnmpk pon org melayu masuk...but ade 1 waiter tu greet kami n terus yakinkan aku kedai ni halal n 'free pork'..then dia bawa kami ke meja..kami pergi mlm sbb dpt taw mlm kurang org n lg selesa berbanding tghr yg slalu je pack..so nt kami mesty dpt full service punye..lagi2 kami ni 1st tyme.. (^_^)



ini Aya..
dia amek set bibimbap..
actually set ni aku yg nak but dia suh aku amek set bulgogi...
bak kata aya bibimbab ni taste dia sedap but lagi sedap klu xde seeweed..
makan bibimbap ni kene gaul nasi n sayur n souce bagi rata n then br makan dgn side dish yg disediakan..the truth is, bila aku cuba it not my taste..hahhaha..rs sumting yg kurang..hohoho..x taw apa dia...nasib baik lew x jadi amek...



ini set bulgogi aku..dia ade bg pilihan..nk ayam or chicken..mula2 nk amek ayam (aku kan chicken maniac) then aya suggest aku beef coz dia nk rs kelembutan daging tu ..so aku okla jew...side dish aku sama mcm side dish aya..ade cold tofu, lotus prickles, kimchi, miso soup n nenas.. overall set bulgogi ni mmg sedap..cuma aku x pandai guna chopstick..hahha..pki sudu je r..xpown pki tgn nk amek daging tue bawa ke mulut..nyum..nyum..



ini appetizer kami...tp dah lupa lah nama dia..ala2 cam dumpling/wantan gitue...
sedap..x sure isi dlm tu ayam, udang or ketam...or air dia biasa jew...kami order ice lemon tea.. :)

me : jal meokkesseumnida!
x sabar dah nk mkn..nt klu dtg agy nk order len plak...
btw thanks aya teman adik makan n sggup layan karenah adik yg addict sgt mknn korea..x taw sape yg sejiwa ngan aku nk bawa masuk restoren camni lagi...nt adik teman akk plak mkn mknn jepun(aya suka mknn jepun)....walaupun adik kureenggg dgn sushi/sashimi tp klu set bento or teriyaki boleh agy la...kita pi sushi king or octopus yea.. :)
pas ni aku nk cuba kat ampang plak..aku dah ade nmpk satu restoren korea yg menarik minat aku..hopefully price dia affordable..

Haeun Khon Korean Restaurant @Amcorp Mall

lot 336 & 363, Amcorp Mall, No. 18, Persiaran Barat, Off Jalan Timur
Petaling Jaya, Selangor , 4605003-79572181


Monday, August 15, 2011

Biggest, bigger or small?


Nama kucing nie NEMO
Umur lebih kurang 3 tahun
Dani baru berumur 2 tahun
Sape lagi besar?
(^_^)



Wednesday, May 25, 2011

bekas contact lenses


Again, Stitch in da houze!!. kali ni aku nk tunjukkan bekas contact lense aku..datang nya dari Indonesia dari dealer Barang Laris...Stitch dgn Scrumple..bagi yang x tahu scrumple adalah ni anak patung lilo..dan kemana2 lilo akan bawa scrumple dlm troli kecik(citer LiLo and Stitch)..jom kita tgk apa yg ada kat dalam...


taraaaaa.... bekas contact lense ni senang nk di bawa ke mana2...coz ianya kecil dan apa yg penting ade cermin yg agak besar..so senang nk tgk muka yg kiut miut ni ha..hehehehe...


erm tu wane contact lense aku..wane brown..saje je amek wane sama ngan anak mata aku xlah org pandang aku semacam jer... =)

p/s:apa lagi koleksi yg aku nk tunjuk ekh??

Sunday, May 8, 2011

Dani + Stitch


see..my little dani tidor...siap pki aku punya penutup mata lagi nk tidor...sure smpi esok pagi pon x terjaga coz igt masih malam...ekceli apa yg aku nk highlight kan adalah..aku ade penutup mata baru LILO n Stitch agy..hihi..ni sebahagian koleksi yg aku ade..ekceli ada byk agy..erm supplier aku dr Indonesia...nk kata murah sgt tu xde la tp kira ok2 je la...nk cr kat malaysia, aku jrg jumpa...cuma ade satu tmpt yg aku slalu jumpa iaitu TS (Times Square)..tp jenuh r nk mencari..kene round satu TS..baru jumpa seketul..

p/s: btw skang ni aku tgh cari patung Stitch yang boleh bercakap..sapa taw kat ..g taw la yea...tq

Thursday, April 14, 2011

Buhsan

inilah notes yang aku tulis dalam kuliah islamic planning principle..hohoho..amacam?
korang paham x?? btw tyme nie rs buhsan..bebudak plk pown x rmi yg datang..ramai dak full tyme jer..so kitorang ni mmg suka mengalah selalu dok pling belakang sekali lah..bagi junior dok depan la...

kebetulan aku dok sebelah halil...aku ajak dia main bingo..tp dia x reti..aku pon ajak dia men tic-tac-toe..hehehe..mmg best giler..kitorang kat blakang siap gelak2 agy..hasilnye kitorng seri dalam game nie..btw..thanks ye halil..layan karenah buhsan aku nie...


j

WMK 3896




entry kali ni aku nk tayangkan kete yang telah banyak berjasa pada aku sejak 7 tahun yang lalu..

semalam merupakan hari ketiga aku di opis baru..huhh agak jauh jugaklah opis baru aku nieh...korang taw U5 shah alam???haa..kat situlah aku keje..jauh x aku berulang alik dari Ampang kesana...hehehe...

alkisahnye, hujan lebat pagi semalam..membuat kan penglihatan aku terjejas..lagi 5km je nk smpi opis aku..dan sepandai2 aku bawa kete, akhirnya aku tercium kete orang... hahaha... padan muka.. bukan lah nk berlagak..mmg sepanjang 7 thn kebelakang, mmg x penah ler aku langgar orang ke kete tp langgar kucing ngan burung tu ade ler.. (",)

nak dijadikan cerita mmg kat situ dah masuk kawasan perumahan, aku bawa 20km/h je..mne laju mne pown..tp disebabkan oleh hujan yg lebat dan jalan yang basah...aku x dpt nk kawal kete aku..akhirnya aku muah2 bontot kete tue..huhuhu...

kete aku nk cium bukan dengan sebarang kete taw...dia nk dengan mecedes je...ayyolah..abes la aku...dah r br nk mula keje..pastu sensorang plak...bukan tmpt aku plak tueh....aku xde pengalaman bab2 cam nie..selalu menyaksikan kejadian mcm ni dlm kete aku je lalu sblh org berlanggar..


klu korang tgk pada kerosakan kete aku mmg ternyatalah aku bawa slow je kan..klu bawa laju mmg dah terbarai depan kete tu kan...huhuu...berhemah x aku.. :p walupun cam gitu still lagi boleh bawa g mne2..tp aku belum agy jumpa doktor panel kete aku nieh..tunggu aku dah ade duit nti..baru pi jumpa doktor pakar terus...

thanks pada kawan2 yg sudi memberikan semangat dan bantuan pd sy semalam...

p/s: demam terkejut..

Monday, March 28, 2011

gud luck adik sorry mama..

last week aku anta adik aku ke LRT Ampang coz dia nk blk kolej..aku terkedu bila dia salam tangan dan cium tangan aku smbil berkata "Good Lurk 4exam" belajar rajin2..untuk sesaat yg pertama aku rasa dunia terhenti seketika...

rupanya insan yg paling dekat dgn aku seorang yg amek berat terhadap aku...aku selalu pikirkan aku perlukan sokongan orang lain untuk aku terus idup, untuk aku berjaya...tp aku sndri x nmpk org yg istimewa ikatan dgn aku sentiasa menyokong aku selama ini..

kata2 dia telah buat aku bersemangat kembali tatkala aku rasa kesepian dan lemah...tapi aku rasa diri aku tewas juga...aku x mampu nk bt yg terbaik..

ya..semua ini salah aku..bukan salah sesiapa..aku fikir aku bijak..aku fikir aku tahu semuanya..aku fikir aku x perlukan pendapat sesiapa..aku fikir aku ada kekuatan dalam diri aku..rupa2 nya yang aku ada sifat angkuh, sombong, pengecut cuma bayang2 hitam yg ada dlm diri aku....disebabkan sifat2 itulah yg buatkan aku x kenal siapa aku..

hari ini aku dah lukakan hati mama..bukan niat aku nk hancurkan segala harapan dia..aku tahu kejayaan anak2lah yang membuatkan mama gembira walaupun kehidupan dalam serba kekurangan.aku tahu mama kecewa sgt2..

mama..walaupun jatuh angah hari ini, x bermakna mama x boleh tgk agh memakai jubah biru..percayalah mama dan ayah akan jejak lagi Dewan Sri Budiman untuk lihat anak mama menerima segulung ijazah untuk dibawa pulang...

maafkan agh mama..agh dah cuba buat sehabis yg baik ..tp nasib tidak menyebelahi agh..mama pun tahu mcm mne agh struggle di rumah bt segala2nya kan...agh Alpa..agh lpe mcm mne nk berDOA..padahal DIA lah segala2nya buat kita...

mama..agh tahu mama akan bc blog agh sbb tu agh luahkan kat sini..agh x mampu nk luahkan kata2 agh dpn mama...agh x sanggup nk tgk mama nanges lg..

mama..untuk sem ni agh akan dptkan pointer yg terbaik..agh xkan main2 lg..mama, agh sayang mama...i really need ur hug..

to adik ku sayang..kamu je la harapan mama..aku tahu ko xkan kecewa kan mama...aku th kebolehan kau lebih dari aku...Good Luck for ur final exam .. :)

p/s: mama setiap mlm agh perlukan mama teman agh tidor..pliz belai rambut agh...peah suh tido bawah..jgn pisahkan kita lagi...agh jeles dgn peah..huhuhuh.. :)

Saturday, January 8, 2011

My !st Tyme : Kimbap

Annyeonghaseyo..seperti yang dijanjikan slot My !st Tyme ini telah pon bermula..My !st Tyme ini adalah pengalaman pertama aku mencuba sesuatu dan kongsi bersama pembaca blog..tidak kisah samada ianya makanan, pakaian, hobi, hiburan, riadah atau apa2 sahaja yang menarik dan ini sekaligus membuatkan hidup aku pada tahun 2011 tidak bosan.. :)

kali ini aku mencuba kimbap atau sushi dalam bahasa jepun..ekceli aku x minat sgt dgn sushi lagi2 kebanyakkan bahan2 dia adalah bahan mentah seperti telur salmon, udang, salmon dan sebagainya..teak aku xleh nk trima...klu kimbap versi korea lebih kepada vegeterian dan juga daging panggang..

so kali ni aku buat versi melayu...aku guna beras tempatan jerk...okielah cara nk bt dia mmg senang...tp klu korang nk mudah pi beli kat giant ka, carrefour ka sure ade jual dalam peket...pilih je yg mcm ne korang nak..


bahan-bahan: nasi, minyak bijan, garam, gula,biji bijan hitam,lobak merah, timun, telur dadar, isi ketam, sosej, dan rumpai laut..

langkah pertama : nasi perlu digaulkan dengan minyak bijan, garam dan gula secukup rasa..bagi nasi tersebut lagi berkilat dan melekit sedikit dan juga rasa..kemudian letak nasi di atas rumpai laut...taburkan sedikit biji bijan di atas nasi tersebut..

kemudian letakkan bahan-bahan seperti isi ketam, sosej, omelet, timun, carrot, lobak putih dan sebagainya di atas nasi..make sure letak dihujung sekali..bahagian tepi rumpai laut dibiarkan kosong supaya seaweed dpt meleat setelah di gulung..
'bamboo mat' berfungsi memudahkan untuk menggulung rumpai laut...

akhirnya kimbap tersebut akan jadi seperti gambar di atas setelah di gulung dengan rumpai laut..

kimbap setelah dipotong..ketebalan kimbap ini lebih kurang 1.5-2cm..


kimbap dimasukkan ke dalam bekas...utk my sista rase..hihihi

SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday, January 5, 2011

Hello 2011

huhuhu..x terlewat aku ucapkan selamat dtg 2011...walaupon aku berat hati nk tglkkan 2010..tp 2011 ttp x sabar2 nak jelma juga..aishhhh....bye2 2010..

okie...sempena 2011 nie aku nk bt sedikit penambahan pada blog aku...masih menggunakan template yg sama, tema yang sama cuma pada intipati blog ini ade sedikit penambahan....

hehehhe...ala..teringin gak nak ada kelainan pada blog nieh..masih dalam perancangan yang lebih berkaitan dengan hobi baru aku...

okie..okie...korang mesti nak taw kan...erm ekceli aku akan masuk 2 slot selain story mory cerita harian aku.....slot tu masih agy mengenai diri aku...tetapi caranya lebih kepada jurnal...

so disini aku nak reveal 2 slot iaitu "My Eyes" dan juga "My First Tyme"...aku x sure sama ade aku akan bt slot sekerap yg mungkin or setahun sekali..hihihi..ini ikut pada kerajinan ler yea...

okie la..nk keluar jalan2 dah beberapa hari ni aku terperap jer..so au nk leburan duit aku dgn tg movie...daaaaa...

Monday, December 6, 2010

Buku

Setiap kali ada assgmnt aku mesti gi national library nk cari bahan..kadang bahan bacaan yang aku perlukan ade di sini..kadang2 x...tp bila berada di library buat aku ngantuk..hihihi..apa taknye, sunyi kan..

bila aku dah penat membuat asgmnt, aku suka lihat gelagat org2 yang dtg ke sini...kebiasaan nye aku suka pi library ni sensorang..aku boleh dok sini dr library tu buka seawal 10pg sehingga lah library tu nk tutup jam 7mlm..

kadang2 aku rs, pak n mak guard tu dah kenal aku...aku pon dah kenal selok belok library kt sne..aku suka dok aras 2 tgh2..sbb sini semua jenis orang ade tp klu aras 3 tu kebanyakkan budak2 universiti, so suasana dia lain...

ada satu hari tu, aku nk cr buku rujukan luar negara, so aku pi la cr kat aras 3, sedang aku mencari buku tersebut, ada sebuah rak yang menarik perhatian aku..coz bukunye bersiri..so amazingg..



compton's by britannica


world book

pada awalnye..susunan x seperti di atas yea...aku yg tolong susunkan..rs menarik plak tgk....ari tu masa aku pi MPH pon ade buku mcm ni gak tapi siri kanak2 la..

Goldman

semenjak aku jadi pelajar luar kampus ni, jarang benar aku keluar berjalan2 dengan kawan2 or famili...setakat keluar lepak kat kopitiam or kedai mamak je dgn kawan2..

bila mula cuti sem aku, inilah masa yang ditunggu...dapat lah aku luangkan masa bersama famili dan rakan2...tapi, walaupun aku ada byk masa hujung minggu, aku tetap suka duduk kat umah juga..malas plak nk keluar umah..

last weekend cousin aku teman aku..coz my famili semua gi kedah..so aku tinggal sorang2 je kat umah..cam sunyi plak kan..then kitorang decide nk pi jalan2 kat sekitar kl..

masa jalan2 kat kl, kami terserempak dengan 'org yg lagak patung'..wahhhh...aku mcm excited lorh..'orang-orang'(x taw nk gelar apa) tu ade 4 color..merah, hijau, silver dan kuning..aku tertarik dengan yang ini..goldman..hihi

nk bergambar dgn 'orang2' ni kene bayar rm2..so dpt lah 3-4x pose..hihi..masa tu aku giler excited..pedulilah orang2 sekiling tgk aku..terasa aku plak pelancong yg sedang melancong di KL..hihii

agak2nye la, klu dia senyum gigi dia emas juga ker???

Tuesday, November 23, 2010

annyeong..

yahuuuuu..

dah abes exam...
skang ni ..
tgh tunggu result
harap2..keputusan yang terbaekk...
dan tajuk thesis approved...

smlm ade meeting kat shah alam..
ade dpt berita baek dan berita buruk....
kira aku dpt 2 berita buruk..huhu
tu r gatal agy mulut aku ckp tanpa pikir..
bak kata org terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa...
ahh, lebih kurang je la peribahasa tue...

next year adalah tahun baru bt aku
utk mencuba sesuatu yg baru...
perancangan byk..
tp jalan masih x jumpa agy...
aish...
minta ada cahaya di sebalik jalan yang samar...

giler r..sejak 2-3 bulan nie..
aku asyik kemaruk je ngan drama n lagu korea..(pengaruh rakan2 aku suh aku tgk BOF)
sbb tu aku mls nk layan blog..nk update pon lg mls apatah nk tinjau blog org kan..hehe
setiap masa aku dok layan mv band2 korea...
suka tgk diorang..lincah,sweet,cool n cute..
kadang terasa nk cabar diri aku menari cam diorang..
tetapi..aku ni maha keras dr kayu..
aku suka layan drama korea yg pendek2 je...xlebih dr 16ep..
so aku leh abeskan drama tu paling lama 5hari..
aku ni ari2 dok dgr bahasa korea..tp sepatah haram x taw nk sebut..
yg aku taw..oppa..unni..saranghae..hehehhe..itu je...

ni ade mv dr orange caramel...kiut x diorang ni...comel kan....


Saturday, September 11, 2010

Happy Eid Mubarak

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin dr Kami Sekeluarga!!!

Monday, August 30, 2010

gurl boy???


ayu je kanak2 ni berhijab...


erm nampak gaya muslimah..kecik2 agy di ajar tutup aurat..
still terserlah kecomelan walaupon sedikit comot..

tapiiii...

itu bukan lah perwatakan sebenar si kecil ini..


l

l

l

l

V




i'm dani....(di opis aunt lilo)
aunt lilo janji nk bawa jalan2..


makan tyme..(padahal bulan pose)
sy lapar x mkn apa2 dr pagi..aunt lilo kejammm..
kul 3 br bg makan dan tanpa susu..

aunt lilo baik....
dia nk pujuk sy dr menangis..
aunt lilo bg sy tunggang mini bike..

p/s:kesimpulannya....leceh bawa budak kecil gi shopping...

Wednesday, August 11, 2010

Nak Reward X? Jom Puasa!!



salam semua..hari ini merupakan 1 ramadhan..oleh itu semua umat islam berpuasa bagi menunaikan tuntutan-Nya... Saya, Farahzila ingin mengucapkan:

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Selamat Berpuasa
Selamat Berbuka Puasa
Selamat Bersahur
&
Selamat Menggandakan Pahala

:)

LiLo

Related Posts with Thumbnails