Thursday, July 29, 2010

Pesta Buah Durian



musim durian kini tiba lagi...klu kita tgk tepi2 jalan besar sure ramai peniaga kecil-kecilan menjual buah durian dan beberapa jenis buah2-an kampung seperti manggis, rambutan, duku atau langsat...


masing2 hebat mempromosikan durian mereka..ada yg perlu bayar rm9 makan sampai puas durian kat situ....ni sesuai utk golongan hantu durian lah...sure rasa berbaloi-baloi..

heheh...aku pon x ketinggalan untuk turut sertai makan durian smpi kenyang..tapi ni versi lain sikit la.....versi org belanja dan makan ramai2 di perkarangan dewan kompleks pegawai daerah gombak...

ada Hamba Allah ni bermurah hati memenuhi impian kitorang utk makan durian. sebelum bulan puasa..so dia belilah 100 biji durian kampung utk kitorang...tepat je kul 12 tghr...semua staff plb berduyun2 pi dewan tuk menikmati buah durian...

kitorang xmo bawa durian masuk opis takut nt ade unit lain jeles(padahal x larat nk angkat durian bebanyak tu naik tingkat 3)..lagipon diorang klu bt makan2 xpenah nk ajak kitorang.. nt ade je sumbang suara kat belakang kan.. baik senyap2...huhuhu(tamaknye r)

jom layan2 pic staff2 plb menikmati buah durian.....

Peingatan:Bagi mereka yg anti-durian sila lah jgn tgk pic2 durian ni ek..


kaum adam...makan dengan penuh kusyuk dan tawadduk...
Din (bald)-Cc Malik(old man)-Amy(pegang plastik)

ni pulak pic kaum hawa makan durian dgn lahapnyee...


amboi kak ina, makan langsat x pandang langsung kiri kanan

candid: wahhhh....kemain kak su ..smpi jilat jari tu mkn duriannn


sopannye kak miza makan buah...tunduk ke lantai je...malu ekh..hihi

eleh epol..buat muka toya..neway thanks r tolong kopek kan lilo buah durian ni...hihihi


bismillahh..amboi mulut tok..besar nyee....aummm..



isk wak jikin nie....dia seorang je dah mkn 10 biji buah durian..isk..
.isk...nasib baik ade mineral water..klu x..abes r berbogel kepanasan..


tarraaaa....aku pon suka makan durian...durian ni sedap wooo...
smpi x smpt aku nk dudukk...mkn berdiri jer...sibuk je yg belakang tu..

Wednesday, July 28, 2010

pilih satu! kejayaan, kasih sayang dan kekayaan

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Monday, July 19, 2010

1st book as a gift


"How To Think Like Mahathir" by Dalina Ismail..

Inilah buku pertama yang dihadiahkan untuk aku..seingat akulah tiada sesiapa yang pernah hadiahkan aku buku..buku ni aku dapat lebih kurang 2minggu yang lepas, dari seorang sahabat yang baru aku kenali..aku tergamam bila dia bagi buku ni pada aku sebab aku bukanlah seorang yang gemar akan buku...lagi2 buku yang berbentuk ilmiah...haha..teruk betullah aku ni kan...

dalam hati aku ni nk tergelak2 plak...coz...mcm xpercaya ade org bagi buku ini pada aku..sahabat aku ni mmg suka membaca..masa jumpa pon, kitorang jumpa kat kinokuniya, aku pi bhgn komik n dia pergi section islamic...ntah apa buku dia cari ntah....aku kagum dengan orang2 yang suka membaca nie, sbb dia byk ilmu yang boleh dikongsi bersama...

lepas je singgah kinokuniya, kitorang pi lepak foodcourt klcc yang atas sekali..sahabat aku ni memang suka bercerita..macam2 dia bercerita, dari kisah politik, sains, business, charity, dan agama semua dia tahu...so aku ni juz jd pendengar setia dia lah...dat tyme terasa diri ni bodoh giler...aku nk mencelah pon aku x taw nk masuk ikut mana..takut tersalah fact je...seyes mmg aku rs mcm nk blah dr situ jer...macamne lah aku boleh bersahabat dengan org yang mcm nie...

actually sahabat aku ni mmg baik orangnya...x memilih kawan..dan dia tahu aku orangnye simple jer...cuma aku je ade rs jurang nk berkawan dgn orang yang 'smart n intelligent'..dan dia volunteer nk develop skill aku...huhuhu..pas ni klu dia ajak jumpa, sure nye la aku study hal2 semasa..lagi2 pasal menteri, semua kisah hal luar dan dalam menteri mmg dia taw lah...uisk takut aku nk percaya,kita dgr sebelah pihak je...belum tentu apa yg sahabat aku ckp ni semuanya sahih...

mengenai buku how to think like mahathir, aku belum sempat habis membacanya..baru 2 chapter kot...almaklumlah, english aku bukannye lancar sgt...so kene lah merangkak2.(aku mengaku okeyhh)..dalam buku ni ade cerita latarbelakang dr mahathir, dan bagaimana pemikiran minda kita berfungsi sehingga ke tahap 'out of box' dan diterbitkan oleh UPENA klu aku x silap lah......

bila aku baca background author nie baru aku realize sahabat aku salah seorang yang edit buku ini dan dalina ismail merupakan kawan baik dia...

anyway, pada sahabatku encik shahar, terima kasih atas buku ini..lilo hargai sgt2 dan mungkin ini permulaan lilo untuk memulakan amalan membaca berbentuk ilmiah (selalu bc komik)..ala2 sumber inspirasi gituehh... :)


Friday, July 16, 2010

blogger oh blogger

hollaaa....

have a nice day..semoga hari jumaat ini dapat memberi rahmat pada kita semua...ini merupakan entry pertama untuk bulan july..yeay..sy semakin tidak berminat untuk berblogging lagi apa bila ada di kalangan blogger2 'terhebat' menjatuhkan maruah blogger seperti saya ini..kalau mengikut pengisian di blog saya bukanlah sesuatu yang boleh dikomersialkan atau boleh buat reader tertarik untuk membaca keseluruhan isi entry sy tetapi bermulanya sy membuka akaun blogspot ini adalah kerana minat untuk berkongsi pengalaman dan hobi yang sy gemar melakukan...

"ada aku kisah", "sukahati aku r, blog aku"..selalunya orang akan ckp begini bilamana mereka menulis sesuatu yg diluar batasan mereka...erm....perlu ke sy ignored org2 yg bongkak dgn blog mereka 'yang maha hebat'...bagi pendapat saya lah, sekiranya sy menulis, mencatat apa sahaja di blog sy ia merupakan sesuatu yang saya suka dan buat sy lega...bagi sesetengah blogger hanya mementingkan trafik shj... klu traffic masuk ke blog mereka tinggi, wah kemain suka...famous la tu konon...:P sy x gemar lansung dgn blogger yg menjatuhkan blogger, juz nk nasihatkan blogger yg pro, korang perlu bg advice yg menggalakkan blogger2 yang masih mentah untuk ke tahap mcm kamu...dan paling sy benci apabila blogger yang suka perli2 blogger lain.....

ah....kadang2 bila sy lihat blog mereka yang dikatakan hebat tu taklah sehebat mana, penulisan pon bukan nye bagus sgt...kadang2 background blog ntah apa2 ntah....lagi satu org2 yg kununnye popular dgn blog dia, xkan pandang blog yang x semenggah mana(lagi2 blog aku)..kononya mereka ni ada standards blog la..not my taste la kononnye.....

cukuplah mukadimah sy untuk bulan julai ini....actually sy tengah down...kalau anda(reader, blogger, secret admirer,silent reader, anonymous, kawan) yang inginkan sy disini dan mencoretkan sesuatu yang sy suka....sila beri galakkan pd sy....terima kasih

LiLo

Related Posts with Thumbnails