Tuesday, March 30, 2010

My Holiday

Juz nk tunjuk 1 pic shj...
pic kami bercuti di Langkawi....

:)...
best..best...dapat cuci mata..hahhaha
opssss..purse aku pon di cuci....hehehehe

Wednesday, March 24, 2010

shhhh!! pliz dun tell my dad ya.

shhhhh...i hv a little secret dat i want tell u..
shhhhh...my driving license was expired a week ago..
shhhhh...yeap...i mean it...
shhhhh..i checked my driving license juz now..
shhhhh..if my dad know abt dat..i'll be dead..erkkk
shhhhh..he must babbling at me..
shhhhh..pliz dun tell him ya..
shhhhh..coz i'm afraid if he knows that..
shhhhh..today i'll renew my driving license if i can..i promise!!!
shhhhh..1 more thing, pliz dun tell police too..
shhhhh..i dun want receive a love letter from him..
shhhhh..keep tiz secret orite!

Saturday, March 20, 2010

Cinta Ditolak

Dia..aku kenali melalui kawan aku...kali pertama aku berjumpa dia di sebuah majlis..masa pertama kali jumpa aku xbyk ckp sgt dgn dia setakat tegur dan senyum je...masa tu tgh hangat dengan myspace..facebook blum wujud lagi..so aku taw dia pon ade myspace...aku x igt sama ada aku yg add dia atau dia yg add aku tp kami byk berkenalan melalui myspace...ye la..nk layan lebih dia tu kawan kepada kawan aku...

satu hari tu dia tegur aku dlm myspace...aku juz rep mcm biasa jer...makin lama kenal dia makin byk aku tahu pasal dia...bg aku dia ni sungguh misteri..dan macam2 persoalan aku nk tanya ttg dia...dia penah tanya boleh x jadi stitch aku..hehehe..dia taw aku amat2 suka dgn stitch..but jawapan aku xleh...stitch dah di ambil oleh org lain...aku suka bergurau dgn dia..dan aku selesa berkawan dgn dia..setiap kali berjumpa dgn kawan-kawan aku, dia mesti ada dan kami banyak luangkan masa bersama..

seminggu selepas jumpa kat majlis dia ajak aku keluar thru myspace coz masing2 xde no pon kan...alasan dia ms tue x smpt kenal aku ms kat majlis tue...aku minta permission ngan mama aku n then mama bg..aku pon g r jumpa dia...ekceli rs cuak gak nk jumpa sorang2 kan lgpun aku x kenal dia lagi but aku menjadikan kawan dia sebagai jaminan utk aku jumpa dia..klu apa2 jadi aku cr kawan dia..hihi..aku jumpa dia hari sabtu di taman klcc...masa jumpa dia kt klcc byk yg aku taw pasal dia..

kalau dia turun kl or klcc sure dia akan kol ajak jumpa itupon klu aku free..dan tmpt feveret dia suka lepak tyme tu kinokuniya..rupa2nye dia ulat buku...aku kagum dgn dia yg suka membaca..kadang2 dia akan bgtaw aku buku2 yg dia bc dan suggest pd aku..well..aku bukan suka membaca...membaca bila perlu je bg aku....

time tu aku still xde perasaan pd dia..dia bukan jenis type yg aku suka...tp perasaan tu timbul dgn sendiri walaupun aku cuba utk tidak memikirkan ttg dia...bukan x pernah yea aku menghalang fikiran aku ttg dia tp setiap kali aku pejam mata, aku asyik terbayangkan dia...

aku x tahu apa yg istimewanya dia...tapi dia buat aku sentiasa mahu tahu ttg dia..juz nmpk dia on9 kat myspace hati aku dah gembira...kalu aku jumpa dia, selalu buat hati aku berbunga-bunga..padahal juz sembang2 biasa je...

dr pandangan mata halus aku r, dia seorang yang romantik...hahaha..tp org lain mesti x setuju bila aku ckp mcm tue....mungkin bg org lain apa yg dia buat itu perkara remeh..but bagi aku ianya bermakna....setiap kali jumpa dgn kawan2 aku bila tyme balik dia akan hantar aku smpi ke kereta..dia akan makesure aku ok then br dia g kat kawan2 dia blk...dia selalu dgr luahan aku dan akan bg feedback...bila aku sedih dia yg comfortkan aku...ade satu hari tu masa otw blk ke kl aku letih tdo dlm kereta dan dia sggp pinjamkan bahu dia utk aku bersandar kat dia semata-mata nk bg aku selesa...ada r beberapa perkara yg aku rase apa yg dia lakukan sweet sgt...

dia juga suka membebel dan aku suka dgr..sbb kalau dia bebel xkan behenti..lagi2 klu dia tgh tension ngan seseorang...aku nk mencelah pon x taw kat mne...hahahha....dia seorang yang berjiwa halus..dia ade pendirian yg berbeza..dia seorang yang kejam..dan kata2 dia amat berbisa sekali...sumtimes dia amat2 sensitif..

satu hari tu aku ade konflik dgn dia...sedih sgt2...sbb dia x pedulikan aku...x ckp dgn aku..x sms dgn aku...ni semua silap aku...x pikir pjg..bila dia bt mcm tu buat lagi aku rindukan dia...tp nk bt mcm ne kan..aku ikut je la rentak dia...aku pon diamkan diri..kalau aku jumpa ngan kawan2 aku dia x tegur aku pon..seolah2 aku x wujud lansung...terasa sgt kehilangan seorang teman...smpi lah satu hari dia tegur aku...dia kata i'm okay then minta maaf ngan aku...i'm happy..but dia tak treat aku mcm dulu..xpela r..salkan aku still berkawan dgn dia...

sejak kejadian tue, perasaan suka dan sayang aku pada dia makin kuat...bila dgr lagu2 kat radeo cam ade kene mengena je ngan aku tyme tu r..tapi aku amat berhati-hati..aku takut konflik aku dan dia berlaku agy..aku tahu yg dia tahu aku suka pada dia...tp dia bt2 x tahu...sampai satu tahap aku patut luahkan perasaan aku pada dia..malam tu juga aku msg ngan dia aku bgtaw yang aku suka kat dia sangat2...aku tunggu msg dia dgn sabar...akhirnya dia balas msg aku...dan dia menolak cinta aku dgn kata-kata yang tak mengguris hati aku....

aku dah agak jawapan itu yang akan dia ckp kat aku..dan aku mmg bersedia dan sememangnya aku mahukan kepastian diantara hubungan aku dan dia...mula2 agak kekok juga nk jumpa dia bila aku dah luahkan pada dia...dan aku akan escape utk berjumpa dgn dia..malu r..seyes malu bila kene reject kan...but dia seperti biasa je bila berjumpa dgn aku....dan aku realize sesuatu ttg diri aku..bila aku suka kat seseorang dan bila smpi tahap aku yg luahkan perasaan..secara automaticnye aku dah xde pape perasaan terhadap seseorang....

dan sejak hari itu hingga kini aku jadi teman rapat dan juga gossip partner...kami suka bergosip...klu jmpa ade je nk diborakkan...mama aku taw dah klu aku majuk ngan mama then x balik umah, mama mesti call dia or call kawan dia utk cr aku coz mama taw aku mesti ngan diorang....

Wednesday, March 17, 2010

heyyo...HRU guys??

holla..hollaa...

last week aku abeskan masa dengan menyertai giveaway dr rakan2 blogger...but rase2 aku bukanlah dikalangan yang betuah..tapi x pe...walaupun nama 'iamfarahzila' xbertuah dalam giveaway tp nama itu amat2 bertuah bg diriku..i love myself very much..

erm...okie tiz week aku nk bercerita ttg aku pula..pasal apa yea?..errr aku malas nk citer pasal keje or belajar but kali nie aku nk cite ttg cinta..AKU dan CINTA...hehe..seronoklah lah tu bila aku sebut pasal cinta kan...hehehhe..taw x korang, aku mmg mudah jatuh cinta...aku suka bercinta...mcm2 aku bercinta..bukan setakat dengan manusia je...dengan binatang ngan katun pon aku jatuh cinta..hehehehe..seyes r tak tipu....

tapi aku x punyai masa yg banyak utk aku cerita ttg AKU dan CINTA sec keseluruhannya utk entri kali ini..but aku buat sec bersiri yea...kalau korang suka membaca..sila2 lah baca entri sy yea....erm sy rs ade 5siri..x banyak....nt sy publish bila free okies...owh yea...berita baik untuk pembaca blog saya...saya teringin nk bg hadiah pd anda setelah pintu hati saya terbuka apabila melihat rakan2 blog yg lain buat giveaway...maybe sy akan buat contest teka meneka....so...tunggu je r yea dalam masa beberapa hari lagi...

salam sayang dari farahzila....
muahhhhhh
Chapter 1
Cinta Pertama

Chapter 2
Cinta Penuh Penipuan

Chapter 3
Cinta Ditolak

Chapter 4
Cinta Kerana Allah

Chapter 5
Cinta Lakonan

Sunday, March 14, 2010

Contest : Avatar n Fast & Furious 4




Petikan di bawah ini di ambil dr blog en Yus

"Hadiahnya ialah DVD filem terbaru Avatar yang masih lagi panas walaupun kalah dalam anugerah Oscar baru-baru ini, dan satu lagi DVD filem aksi iaitu Fast & Furious 4. Maknanya untuk contest kali ini akan ada 2 orang pemenang iaitu pemenang pertama akan menerima DVD filem Avatar dan pemenang kedua akan menerima DVD filem Fast & Furious 4."

Syarat2:
  • Buat pendaftaran dengan meninggalkan komen, nama dan alamat blog korang dalam entry contest ini
  • Korang perlu membuat satu entry dalam blog korang tentang contest yang dianjurkan ini dan korang perlu meletakkan link entry contest dan link blog ini dalam entry yang korang tulis tu
  • Perlu menjadi follower blog ini terlebih dahulu
  • Tarikh penyertaan bermula pada hari ini dan akan tamat pada 10 April 2010 pada jam 12.00 tengah malam
  • Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan bertuah. Sistem cabutan bertuah secara eletronik mungkin akan digunakan
  • Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 April 2010 dan akan dimaklumkan di dalam blog ini. Keputusan pemenang adalah muktamad
  • Sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh ajukan di bahagian komen dalam entry ini
Rasanya syarat-syarat penyertaan tu kacang je untuk korang ikut. Untuk makluman, hadiah DVD tu semuanya original, tak main la cetak rompak. Hadiah akan dihantar menggunakan khidmat syarikat kurier, so korang tak perlu bimbang hadiah tu akan sampai dengan selamat ke tak. Akhir kata kepada korang semua, aku ucapkan selamat bercontesta.

"untuk menampakkan kelainan sikit dr contestant yg lain..sy meletakkan pic sy sebagai avatar muslimah...comel x??huhuhu..jgn takut yea......bukan selalu sy bertukar rupa...em sy kalau dipilih sbg pemenang cabtan bertuah sy inginkan dvd avatar walaupun sy dah ade yg cetak rompak..opssss..hihiihihi...tp klu nk bg FnF4 pon okie gak..rs2 nye sy pon belum tgk agy.....thanks yea en yus..."kat cik farahzila yg ayu..huhuu


pic credit to en megat...

Sunday, March 7, 2010

Dunia Avatar



walaupun filem avatar dah hampir 2 bulan ditayangkan di panggung..demam avatar masih lg terasa..kenapa? xpercaya ke..xpercaya sudah....hihihi....


korang percaya x..xlama lagi aku nk masuk ke dunia Na'Vi...aku dah ade avatar dah..cuma tgh tunggu profesor aku je bg green light utk melakukan proses pertukaran..aritu dah masuk kejap..trial punye 2jam je..tp rs mcm 2 hari..

so kat sini aku nk ucapkan terima kasih kepada pencipta avatar aku iaitu En Megatar..yg amek masa bertahun2 utk mencipta avatar aku supaya ianya sesuai dgn watak aku..good job...erm..so ini diantara rakan2 aku di dunia avatar...


ini kak rins atau RINSTAR...merupakan ketua tentera dalam dunia avatar..seorang yg tegas tp baik hati..

ini pula Joey...dalam dunia avatar dia merupakan seorang Doktor dan diberi gelaran Dr. JOEYTAR..aku sering mendapatkan rawatan dr Dr Joeytar coz aku selalu jatuh dr pokok semasa melakukan aksi lasak di atas pokok..

err...ini farah tp aku x sure nama dia dalam avatar..sama ada FARATAR or DIBATAR...huhuh...dia merupakan teman sepermainan aku masa menunggang burung garuda...erkk..
kak amy or AMYTAR merupakan guru bahasa Na'Vi aku di sana...seorang yang ceria dan lembut..dia x marah klu aku selalu ponteng kelas dia...


ini LILOTAR..satu-satunya avatar muslimah..seorang yang hyper dan nakal..suka buat org ribut..err..mencari-cari seorang avatar lelaki utk dijadikan psgn dlm dunia avatar...ade yg sudi x??

kepada mereka2 gambar nye terpampang dalam blog saya..harap tidak kisah yea...sekadar suka dan gurauan semata2..

p/s: x berani nk letak pic megat...coz x minta permission..huhuh..

Thursday, March 4, 2010

Realiti or Fantasi

Tetttt..tettttt..tetttt..alarm jam hp ku berbunyi...jam di henpon ku yang berjenama Sony Ericson Vivaz telah menunjukkan tepat 6.30 pagi...aku bangun kemudian terus duduk bersandar di kepala katil..aku melihat sekeliling bilik aku...aku tersenyum puas..segala keinginan ku tercapai..

aku mempunyai bilik tidur yang amat besar, segala perabot mewah dalam bilikku dibeli dr cavenzi serta lorenzo..aku telah melantik eric leong sebagai konsultan utk menata rias rumah aku..kini aku berpuas hati dengan rumah sesebuah 2tingkat yang aku beli 'cash' di Taman TAR, Ampang yang bernilai 1.2 juta ringgit.. aku merasakan RUMAHKU SYURGAKU kerana kelengkapan yang aku inginkan ada di sini..mini garden, bilik gym, court tennis, mini panggung, mini library, semuanya ada..aku suka berada dirumah bersama keluarga ku..yeahhh ini lah yang impikan...

penat balik dari bercuti semalam masih belum hilang lagi...seminggu yang lalu aku bawa 1 family aku bercuti ke venice, italy..mmg tempat yang indah utk dilawati..bermacam-macam buah tangan aku beli disana untuk aku berikan pada teman rapat di malaysia...sebenarnya aku teringin pergi ke jepun, aku ingin melihat budaya mereka yang dikhabarkan mempunyai dispilin yang tinggi..aku juga ingin melihat teknologi jepun disana..apakah ianya memang terhebat didunia yang sering diperkatakan?..xpe..aku masih ada banyak masa utk aku aturkan percutian aku ke jepun hujung tahun nie...mungkin..bulan depan aku akan teman mama mengerjakan umrah di Makkah dan Madinah selama 12 hari...yeap aku pun inginkan kedamaian dan ketenangan di sana..dan aku juga ingin membayar nazar aku kerana memperolehi kemewahan yang aku raih hari ini...

aku menghirup udara segar di balkoni rumah, dari sini aku melihat kabus nipis yang masih meliputi kaki bukit...aku memerhari pak mat tukang kebun yang baru bekerja dirumahku 3bulan sedang mengelap sportcar aku lamborghini gallardo yang baru saja smpi bulan lepas..walaubagaimanapun kereta lama aku masih ade, proton iswara yang setia membawa aku kemana2 dan aku tidak pernah terpikir untuk menjualnya..aku masih menggunakannya..kenangan beb..huhu...dalam diriku masih kuat tertanam semangat nasionalis dan aku masih lagi menunggu kereta mpv buatan proton keluar 2 minggu lagi...iaitu EXORA..cukuplah dengan 3 biji kereta aku nie...xlarat nk bayar insurans n roadtax nt..hihihi...

aku kembali masuk kedalam bilik, melihat di meja tulis, dokumen2 yang telah aku selesai sebelum aku bercuti minggu lepas...aku telah membeli perlindungan insurans yang bersesuaian untuk famili aku..bukan apa, ini untuk masa depan...kita x tahu nasib kita akan dtg...

owh...aku selak kertas kerja untuk aku buka biznes sec kecil2an yg berada disebelah kiri meja...aku berminat untuk buka kedai buku dan fotostat..lokasinya telah aku kenalpasti di puncak alam..heheh...alah biasa ler dimana ada student disitu ade kedai fotostet..hihiih...then kalau aku dah mahir dalam bidang perniagaan nie..aku nk buat perniagaan 'contracting' err x taw nk describe camne...ala, yang bersih2 opis2 org, rumah orang sec harian, mingguan atau bulanan...modal biznes aku ni lebih kurang rm 15ok...harap2 biznez aku berjalan seperti yang dirancang...

aku buka laci drawer, aku amek buku simpanan bank, aku tgk balance duit yang aku perolehi $ 1 million setahun yang lalu....owh masih banyak lagi....ade RM600k...duit2 tue aku agihkan kepada beberapa akaun, tabung haji, ASB dll..aku rasa duit itu aku perlu simpan buat pelaburan masa akan datang....aku perlu berjimat supaya aku tak menyesal kemudian hari....bukan senang nk jadi kaya...amat senang nk jadi miskin...

shopping???err aku x larat nk bershopping lagi...sejak aku dapat duit tue, hari-hari aku bershopping jer..seingat aku adalah dekat RM 30k aku shopping beli baju2 baru, aksesori, kasut dan tudung....makan x sah ckp lah....2x seminggu sure aku ajak famili aku pergi makan kat tmpt2 yang sedap2...apa je yang terlintas adik or ayah aku nk makan, sure pegi je, xyah tunggu2...badan aku pon dah naik sikit...hehehhe...

xpe..xpe..jgn risau..aku setiap bulan mesti gi spa..almaklumlah untuk kecantikan badan...kita perlu manja2 kan diri nie...masa ni la badan nk rehat kan...kat umah pon ade gym..so xyah nk pi jauh2..klu aku perlu kan trainer gym..aku juz call je suh dtg kat umah...

bukan senang nk uruskan sesuatu bila dah kaya..otak kene ligat berjalan...6bulan yang lalu aku dah beli lebih kurang 2 hektar tanah di pelbagai kawasan...10 ekar tanah kat raub, pahang aku buat pertanian dan dimana aku bagi ayah aku yang uruskan lah...selebihnya, aku buat kolam memancing dan resort utk team building di janda baik, pahang..err xlupa juga aku ada beri 2 ekar tanah pada sekolah tahfiz untuk diorang besar kan lagi sekolah tue..ye r kesian aku tgk budak2 tue, pelajar ramai tp tempat terhad..so dgn cara ini je aku dapat membantu mereka...bukan setakat tue je...aku beli umah kos rendah di kawasan yang strategik untuk buat investment aku...bukan utk aku duduklah tp aku sewa kat orang..dpt balik duit aku...aku renovate umah tu kasi cantik..so aku up kan lah harga sewa dia..uisk...rumah2 sewa aku tue, xpenah kosong...sentiasa ade orang yg nk sewa..err xla byk mne umah sewa aku tue, 2 apartment n 1 rumah teres setingkat....tu je mampu...nt lah, klu hasil biznez aku untung..baru aku beli umah agii...

Angah, angah, angah!!! aku dengar jeritan mak aku secara tetiba2 dari luar bilik....aku tersedar dari lamunan setelah menatap blog Mr Aduka dari td..Ya Allah..aku berangan rupanye kalau Aku Seorang Jutawan... :)


Tuesday, March 2, 2010

Penderaan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali malam tadi.

Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketika suspek sedang bermain bola, kanak-kanak itu tiba-tiba menangis sebelum suspek datang ke arahnya dan menyerang kanak-kanak itu.

Saksi yang turut berada di padang tersebut ketika itu berkata orang ramai kemudiannya meleraikan sebelum mengangkat kanak-kanak tersebut yang sudah lembik ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


sedihhh...bila baca berita nie...di mana letak nilai perikemanusian seseorang itu..budak 3 tahun..apa yg mereka tahu...belum cukup sempurna akal fikiran nya...tergamak seorang lelaki memukul budak kecil...igt budak tu bola ker??nk disepak terajang...ye pun nk pukul org cari lah yg sama saiz dgn ko...mmg r ko pukul budak kecik ko menang sebab dia x kan balas hentaman yg ko bagi kat dia....apa igt ko tu HERO ke dpt buat mcm tu depan orang ramai....setakat pukul sikit2 dah r....

mungkin apa yang berlaku ada hikmahnye..Allah itu Maha Mengetahui...ye lah, kalau x jadi mcm nie, xkan tahu mak kepada si mangsa bersekedudukan dgn suspek selama 6 tahun walaupun mak mangsa belum lagi bercerai dengan suaminya sehingga melahirkan anak yg belum pasti kesahihan bapanya..wallahualam..aku pon x berani komen ttg ini...(Ya Allah, berilah ketetapan iman aku hanya untuk-Mu dan jadikan aku seorang yang taat pada suami ku sahaja)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hati aku masih panas...belum lagi reda kes terbabit..semalam, masa lunch hour kami ( aku din dan iera) keluar, aku g ziarah nenek aku yg baru pulang umah dari spital, kemudian nk pi makan din ajak singgah pi bank..nk keluar duit..

masa tgh tunggu din keluarkan duit kat pasar borong bandar baru selayang, aku ada nmpk seorang budak kecil berlari2 sambil menangis..then, aku nmpk kelibat seorang perempuan dengan memegang kayu yg aku rasa sama panjang dengan tangan aku.. depan mata aku dia pukul budak tue dgn kayu tue..tgk cara hayunan dia pukul pon aku taw bukan ngan cara lembut but mmg betul2 seikhlas hati nk pukul budak tue...bukan sekali....aku rase lebih dr 10x...aku dan iera tergamam tgk budak tu kena pukul...aku rasa nk turun dari kete nk ambik kayu tu, mau aku pelempang mak tue....budak tu nanges sekuat hati..tp org sekeliling buat mcm xnmpk jer...smpi lah budak tu naik ke atas rumah pon..mak budak tu pukul guna kayu...(ya Allah kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam usaha mendidik serta membesarkan anak-anak aku)

aku rs bersalah coz aku x bertindak...tp aku x punyai kekuatan nk menghalang..aku pikir ini tmpt mereka...kang x pasal2 aku plak terlibat..kat area situ mmg byk warga asing terutamanya, burma, bangladesh dan juga myanmar...perempuan tu plak aku rasa org burma..kalau aku ni org kebajikan masyarakat mmg aku dah amek budak tu ..biar aku je yg jaga....klu bg kat mak bapak yg mengajar anak guna kekerasan buat apa..rosak akhlak anak tu nanti...macam ne nak melahirkan remaja yang yg intelektual, penyayang, dan nasionalisme kalau kekerasan terhadap kanak2 masih berlaku?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

so please la...pada mereka yang sudah berkahwin...hargailah sesebuah perkahwinan...bukan senang nak dapat zuriat kan..bukannye turun dr langit dah ade depan pintu..perlu ade proses jugak kann...if korang dikurniakan zuriat..itu amanah Allah..jaga ia sebaik mungkin..sumtimes kita pon ilang sabar..tp berpada2 lah pukul anak tue...klu dah kerap kali tamparan,pukulan,cubitan hinggap kat badan anak...sure anak dah lali dan mungkin ia akan berdendam dan mungkin juga dia akan tunjuk kasih sayang dia pada adik seperti itu....Ingat, ANAK itu Kurniaan Allah yang tidak ternilai...


okie, ni sy nk kongsi lah no untuk dihubungi sekiranya anda melihat seseorang mendera kanak-kanak..buat laporan kalau ianya serius atau berlarutan..tolong jangan jadikan kanak-kanak lain seperti safia...TELEDERA : 1-800-883040


sekian sahaja takzirah saya pada hari ini.... :)

LiLo

Related Posts with Thumbnails