Friday, January 29, 2010

Tudung Kami Sama

salam guys..korang sihat??harap2 lah yea..bak kata kawan aku kl skang ni jerebu dats y aku terkena tempias nya..hehe...aku selsema jer...erm dah baca tajuk entri aku kali nie..yeap...kebetulan pada hari nan indah, aku masuk opis...pada mulanya aku pun xpasan gak..so dkt kul 9 lebih(mmg tyme breakfast), kami semua g la makan kat pantry..dah puas2 makan kami pon mula lah sembang kosong n nganyam ketupat..(sehari x anyam ketupat x sah hidup)hehehe...alih2 aku tenung kak yana..ekh yana tudung kita warna sama lah...sec otomatiknya aku terus pandang org lain...rupa2nya ade 3 org pakai tudung yang warna nya seakan2 sama...so petang before blk yana remind kat aku utk snap picture...thanks yea..


me and kak huda

me-kak ina-yana
(bangga beb dpt bergambar diantara bendera msia)
korang ade x pic camnie..hehehe

again...thanks ye bg kerjasama..ahhaha


p/s: ye..ye aku tahu aku dah tembam...so jgn perkatakan ttg pipi ku yg comel ini..hikhikhik

Saturday, January 23, 2010

a lot of stitch

salam guys...barangan stitch dah keluar la..byk barang baru...rambang mata di buat nye..x taw nk pilih yang mana..ekceli byk sgt yg aku minat..pic2 di bawah nie diantara nya lah..tp bila tgk harga leh tahan gak lah..sape tahu kedai yg jual brgn stitch ni kat area kl kt mne..ni semua aku tgk kat singapore.. :(


kotak tisu..hari2 aku guna tisu lap air mata..

stitch keychain.. letak kat kunci kerete sure pasni x ilang kunci aku lg..

jam dinding.. ni letak kat bilik baru aku mesti cantik..sure x bgn lewat..

stitch hawaiian musical figurine.. mesti cute, stitch nyanyi versi elvis..

shake head stitch..ltk dlm kete best nie..

keychain..comel..best kalu picit2 nie..

sticker stitch yang timbul2..best nie tmpal kat laptop..

mini lamp..juz tekan je nt menyala lah...


p/s: yang mana satu nk beli ekh..tolong lah buatkan pilihan..

Friday, January 22, 2010

x mo r kempen rokok..

perlu lagi ke kempen xnk merokok nie..bebal sgt lorh perokok2 nie..abeskan duit kerajaan jerk...owh lupa diorang byk duit x taw nk salurkan kemana lagi duit2 tue...huhuhu




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menghentikan kempen 'Tak Nak' merokok walaupun kempen itu gagal menyekat peningkatan bilangan perokok baru di negara ini terutama daripada kalangan remaja.

Setiausaha Parlimennya Lee Kah Choon berkata kementerian akan terus memperhebatkan lagi kempen 'Tak Nak' merokok menerusi media dan kempen pendidikan di sekolah-sekolah.

Pendidikan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menyedarkan golongan remaja tentang bahaya merokok, katanya ketika menjawab soalan Senator Hassan Shukri mengenai kejayaan kempen tersebut pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Selain berlaku peningkatan bilangan perokok baru terutama di kalangan remaja, Lee berkata bilangan perokok wanita juga bertambah walaupun peratusannya sedikit.

"Pada kajian yang lepas bilangan perokok wanita hanya 4% tetapi kini ia telah meningkat kepada 8%, trend kenaikan ini walaupun sedikit tetapi ia tidak sihat," katanya.

Dipetik dari BERNAMA

Kerajaan habis RM 20 juta setahun atau RM100 juta utk 5 tahun bagi kempen TAK NAK rokok. Kempen hanya sekadar tinggal kempen jika tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang kaya hanya taukey printing, taukey papan iklan serta syarikat media TV dan radio swasta. Kerajaan boleh meneruskan kempen ini tetapi perlu fokus dan bijaksana. Jika tidak duit rakyat umpama dicurah ke longkang sahaja.


contohnya mcm nielah....buat papan tanda besar2 terutamanya kat bangunan2 kerajaan...tapi ade juga yang merokok di dalam bangunan kerajaan...apa kes... perokok plak terdiri daripada kakitangan kerajaan...aihhh diorang x nmpk kot signboard sebesar ni ada..maybe diorang igt hiasan laman di pejabat..huhuhu..pelik2..sape yg nk tangkap ekh...ke amalkan juga konsep G to G..ala..pejam mata je la....

Sunday, January 17, 2010

betul betul sedap


uit...asal ada roti nieh..aihh...ekceli juz nk share ngan korang semua bahawasanya roti ini memang sedap..tak tipu...sedap n lembut...pas ni sure aku akan beli roti ni as my breakfast...nyummy..nyummy..

ceritanya begini..semalam aku ada 3 kelas dr kul 8.30pg smpi 4.30 ptg...kelas pertama juz ade 6 orang jer..fiza, kak arin n halil x datang...maybe masing2 ade hal...so aku dok sorang2..satu jam yg pertama mata aku still segar bugar...masuk je jam ke 2 mata aku dah berair..ngatuk beb..tapi fyi...aku rs hebat coz dlm kelas tn hj suhaimi aku dpt bertahan sejam lama...selalunya setengah jam yg pertama sure aku dah tumbang..hihi..mungkin environment dalam bilik tu yang buat aku suka, almaklumlah dapat kelas baru, ekceli menumpang kat kelas budak master..huhuhu...dan sebab yang lainnye kelas aku x ramai org so xleh lah nk buat hal...

kelas kedua plak..kelas tuan syed...my studio master..tyme nie la fiza n halil datang...so bertambah budak kelas jadi 8 orang...so aku pon semangat nk belajar...fiza dtg dengan bawa 3 bungkus "ROTI GARDENIA DELICIA SOFT ROLL flavor BUTTER TOFFE"..fiza ckp dia x breakfast lagi dan dia offer satu bungkus untuk aku dan satu lagi untuk wan...maybe fiza lapar sgt, dia pon buka bungkusan roti tu semasa kelas tn syed..aku tgk si fiza ni makan..aku pon join sekali...huhuhu..sungguh x manis perlakuan aku ngan fiza..mkn dlm kelas...tp lecturer kami memahami yg kami belum breakfast lagi...disaat aku memasukkan secebis roti ke dalam mulut aku, terasa nikmatnye menusuk ke kalbu..perghh sedap beb..(mmg tyme tu perut dah nyanyi lagu rock da pn)..tiba2 plak aku terasa di awang-awangan..hehhehe...berulang kali aku ckp dgn fiza..sedap r roti nieh...ni 1st tyme aku mkn..slalunye aku mkn yg ada ikan bilis o sadin..masa kelas ni aku x pay attention sgt..dah ade rakan nk gosip..so byk sembang2 je lebih..lecturer ckp dpn pon aku x tahu..pastu mula tertanya2 org kat depan aku..hihihi...


kelas ketiga start kul 2.30..ada gap tghr tue kitorang discuss ttg tugas kumpulan apa yg perlu buat..then suh budak lelaki belikan nasi ayam tuk makan tghr..x sempat nk gi lunch kat luar...sonok makan ramai2...wan plak tgk aku mkn lembab cam kura2 terus dia paw ayam aku..aihhh...nasib aku x kisah sgt...dah biasa pon...ekceli aku fiza n wan mmg berkawan sejak zaman diploma lagi tp xpernah satu group...tp since degree ni br close la sbb satu group..slalu bt kerja sama2...pastu masuk dr mat zain..ajo pasal housing problems...rase2nya dia bercerita dah cover semua chapter utk semester nie...walaupon cara dia ajar x bosan tp aku xlarat sgt2...asyik menguap je depan dia..utk aku ilang boring aku amek hp aku aku rakam dia ngajar hehehe..x taw dia pasan ke idak..pastu tahap kritikal dah nie, aku terus letak kepala atas meja sambil pandang dia ngaja...hihii..mana taknye ngantuk dari pagi smpi ke petang asyik jadi pendengar setia jer....

p/s: owh yea..aku dah dpt gelaran br dari seorang lecturer nie..ade ke dia panggil aku cute (dgn slang nye kute..sape org perak taw r..)pas nie masuk kelas dia pastinye aku jadi bahan je la....dulu masa dia ajar aku diploma dia selalu kenakan aku dgn bunyi "s" sbb aku pelat huruf 's'..nasib dia da x igt aku dah skang..tu yg dpt gelaran baru nieh...

Monday, January 11, 2010

Bermula kisah Seorang Pelajar

venue : uitm shah alam
date : jan 2010 (semester 4)
purpose : memenuhi ilmu di akal



sabtu lepas iaitu 9 januari 2010 merupakan sesi pembelajaran pertama bagi sem 4 utk tahun 2010..aku amat bersemangat untuk belajar pada minggu pertama ini..sampai awal beb..awal 15min..hihihihi...ini muka fresh yang diambil waktu pagi semasa perjalanan menuju ke kelas..




sesi perbincangan utk projek studio..kali nie kitorang dapat site kat teluk intan..hurm jauhnyee..selalunya dapat kat area selangor...studio master kitorang kali ni tuan syed.....pening kepala kena had kan cuti untuk berjoli..cuti tahun ni utk exam dan site visit..aishhh...


garang x project coordinator aku..hopefully dia leh menjalankan tugas dgn sebaik mungkin..dan kami sebulat suara memilih dia for sure la kami kena ikut arahan dia..alih2 aku diberi tugas buat pelan dgn partner aku zainal..ala...mentang2 la aku taw pasal map kan..huhuhu..mati katak aku dibuatnnyee nt...xpenah2 pegang sektor penting ni..LANDUSE beb...




it's me...cumel x???sebijik mcm muka student kan...owh..stitch aku x tinggal..mana2 aku akan bawa..hihihi...



ini classmet aku...PLK Deg Town Planning..kak nadz bertudung kuning dan kak arin free hair..sorang dah kawen dan soran bakal kawen bulan 6 niehh..owhh...dan yg paling penting aku yg paling muda okies..hihihi..



seorang lagi kak yati...mantan puan codi..hihihii..walau mcm ne pon ttp jd pen codi...dan belakang aku tue macam musang berjanggut tue..en mady..si mady plak dari sem 1 hingga skang mmg x lari jd class rep...



ini lah clazmet aku..dulu ade 16 org pelajar kini tinggal 9 orang sahaja..mmg sikit...2 org kawan aku fizah n wan dah blk dah..zainal plak xdpt dtg..so aku harap...9 orang ini kekal smpi kita semua graduate dan terima segulung ijazah bersama...kawan-kawan..tinggal 2 sem je lagi..tekadkan usaha..kita sama2 sahut cabaran lecturer-lecturer kita orait...dulu class kita dah dapat imej buruk..sem ini dan seterusnya kita bersihkan nama kelas kita.....

Wednesday, January 6, 2010

Anak-anak Haji Zakaria bin Haji Husin

salam everyone..hari ini fara nk cerita tentang keluarga fara...ahad lepas, keluarga makchu naemah (saudara sebelah mama) telah membuat majlis perkahwinan anknya si kiki di sungai buloh..ramai saudara-saudara fara berkumpul..bukannye senang nk kumpulkan keluarga kalau x buat majlis kenduri kahwin, kenduri biasa atau hari raya..so dikesempatan ini fara mengambil peluang untuk bergambar dengan adik beradik atok fara..mereka ni semua atok dan nenek fara..yelah bukan senang nk simpan jadikan kenangan...adik beradik atok fara ada 10 orang..ramai kan...hehe..biasalah orang dulu...kuat bertenaga xmcm org sekarang paling ramai pun 5orang betul x???opss...okie2..jom fara perkenalkan keluarga besar Haji Zakaria bin Haji Husien...Sekarang ni keluarga Haji Zakaria mempunyai 5 keturunan..



Ini Haji Mokhtar.Anak sulung kepada arwah Haji Zakaria..Beliau seorang tegas dan garang pada usia muda.Seorang ADP Polis semasa zaman penjajah british lagi..sekarang beliau tinggal di kampung mempateh, lanchang, pahang dan tinggal bersama isteri tercinta dan mempunyai 5 orang anak.Gelarannya adalah Ayah long.


ini Hajah Zainab.seorang yang amat cantik di usia muda.seorang surirumah kepada 7 orang anak..Hajah Zainab merupakan anak ke-5 Haji Zakaria.Dieberi gelaran Mak Andak..Beliau tinggal di chamang bentong.


Hajah Zaleha mempunyai 3 orang dan ketiga-tiga anaknya sudah berkahwin.Beliau dan suami mengusahakan perniagaan makanan di medan selera.Masakannya amat terkenal di kalangan penduduk bentong.Lagi2 ikan patin masak tempoyak..perghhh...Mak Anjang tinggal berdekatan dengan Mak Andak di bentong.


Naemah Binti Haji Zakaria yang menetap di Sungai Buloh Selangor. Beliau mempunyai 7 cahaya mata, 6 putera dan seorang puteri..seorang yang 'talkative' dan 'caring' pada family besar ini.MakChu Naemah merupakan anak yang ke 7 dalam keluarga ini.

Haji Sanusi Bin Haji Zakaria merupakan anak yang ke-9 dan mempunyai 5 orang anak.2 daripadanya sudah pun berkahwin.Beliau menetap bersama keluarga tercinta di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Beliau dikenali sebagai Ayah Chu Nusi.



Dan puteri bongsu Haji Zakaria ialah Hajah Noraini dan menetap di Sabak Bernam, Selangor.Beliau seorang yang penyabar dan 'softspoken'.Beliau merupakan kakitangan sekolah di sabak bernam(if i'm not mistake la). Seorang yang bergiat aktif dalam bidang politik di sana..Makcik Ni mempunyai 5orang anak yang masih belajar.


ekceli fara hanya sempat bergambar dengan 6 daripada 10 orang..4 orang lagi x berkesempatan..almaklumlah fara pun sibuk berborak dgn sanak saudara yang hadir..Ayah Ngah Din( anak ke-2) telah meninggal dunia semasa menunaikan umrah di Makkah.Ayah De (anak yang ke3) plak tidak hadir.Ayah De merupakan ayah kepada mama fara..Mak Lang atau nama sebenar hajah Zainun merupakan anak yg ke-4 dan yang terakhir Pakwe Safri anak yang ke-8 merupakan orang belakang tabir dunie hiburan..

Sunday, January 3, 2010

pasar malam

last week cuti tahun baru, saya dan famili pulang ke kampung..saje je jenguk atok..err tujuan utama nk rase masakan kampung yang dah dekat 3bulan x rase...hihihiihi..rindu masakan makngah...


kebetulan petang tu ada pasar malam dkt kampung..saya pun ajak keluarga saya pergi..ye.ye.. saya tahu kat kl pon ade pasar malam kan..cuma saya nk tgk perbezaan suasana pasar malam di kampung dengan bandar...


ini atok long saya..dia pergi sorang2..so kami bertembung dgn atk masa atok otw nk balik...banyak barang atok beli kan..hehe..almaklumlah anak cucu dah balik..


mula2 ayah mmg xnk ikut tp bila dah smpi dia org pertama beli itu ini..aishh borong lagikkk...


macam2 sayur kampung mama and ayah beli..benda2 pelik yang xpenah sy dgr pun dia beli..contohnye buah keranji dan buah ala2 chestnut..koi mmg x pandai makan..tgk kawan makan je ler yea...


masa nie saya lihat ade seseorang yang berkaki ayam ke pasar..kulit kaki dia mmg keras..dia beli sate..then saya tanya mama, asal dia x pakai selipar..mama jawab maybe orang asli...huh saya pun mcm pelikk jer..ade ke orang asli kat sini...mama senyum...ade je angah..mungkin dia tinggal di kwsn hutan..tempat gajah kot..



lihat!!betapa gumbiranya saya berjalan2 di pasar malam bersama keluarga..owh..saya tidak peduli dengan orang yg lihat saya..hahahha

erm yummy..sate..makngah ckp..sate pak aji ni sedap..apa lagi..beli lah soploh hinggit...


tetiba saya craving dgn durian..tengok ade durian longgok..saya bodek ayah nk durian..akhirnya dapat juga....okie la taste dia mmg nice..lemak...owh durian ni sy makan bila pulang ke kl...

semasa pulang kami jumpa dengan aki man..tanya kabar yang chu..cakap sikit2 then terus pulang...mama beli byk barang makanan..penuh la tangan yg dia pegang..saya pula juz beli air soya n kuew teow grg...



sampai je umah atok long kami pun makan ramai2..kongsi-kongsi makanan...ekceli saya x larat nk makan coz sy mkn byk makanan yg makngah masak..ada mcm2 mama beli..laksam, laksa asam, kuew teow grg, nasi dagang ngan sate...kenyang2 saya balik kampung...

thanks atok long yang tidak lokek menerima kedatangan kami dan juga makngah coz masak ikan talapia bakar, ikan patin tempoyak, sambal jering dan sayur grg...

Friday, January 1, 2010

Sepetang bersama dani n dini

31.12.2009..penutup tahun 2009...aku bawa bersiar-siar anak2 buah aku ke taman di taman tasik ampang hilir...saje meluangkan masa bersama2...lagipun aku dah lama x buat exercise kan..at least berjalan kaki dekat sejam pon dah boleh kuarkan peluh...


dini...sian dia main sorang2..abes tu nk bt camne..adik kechik lagii...


si dini jeles tgk aku main dgn si dani..sibuk nak menunggang dgn adik dia..

dini


dani..


dani keletihan sampai tertidur..dini plak take over aku tolar troller nie..tergelak aku tgk dini ms nk tolak adik dia smpi meluru ke tasik...dini dah nangis2...minta tolong aku tarik adik dia..troller tu lebih berat dari dini...so dini x dpt menggunakan kekuatan tuk tarik troller..

my luvly dani..muahhhh...

jerawat


salam satu malaysia dan selamat menyambut tahun 2010..Alhamdulillah, saya dikurniakan lagi nafas utk meneruskan kehidupan menjelang 2010..saya juga turut mempunyai beberapa azam utk saya lakukan tahun ini..tetapi biarlah saya simpan..azam yg boleh dicapai dan juga azam yg mustahil di capai dlm masa terdekat..saya akan cuba utk buat yang terbaik untuk diri saya dan juga keluarga saya..

di entry pertama pada tahun baru ini saya juz nk share satu pic yang pertama diambil dari henpon kamera sy buat kali pertama pada 1.1.10..wah semuanya pertama kan...hihihi..hahaha..x patut kan saya amek pic nie..saya juz nk bgtaw kali nie kulit muka saya bermasalah..sy ade jerawat yang menganggu kehidupan saya..teruk sangat kan..erghhhh...bukan satu tapi ade lebih dari 3 jerawat di mka saya..lagi2 di permukaan anak rambut dan dahi saya..saya jarang ade jerawat di muka juz sesekali jer...mcm ner nk buat..sy x penah ade jerawat sebegini byk...nasib baik jerawat ni cumil2 je..klu besar gedabak..mesti sakitt kan....huhuhuu..rase2 nye pasni leh ilang jerawat x dgn sendiri....

xoxoxox


LiLo

Related Posts with Thumbnails