hallu..this is my new stitch..i bought from bob..mula2 saje2 view website mudah.com..then fara pun search la lilo and stitch..keluar la pasal soft toy yang nie..dia jual dgn separuh harga...then fara pon sms him nk tnye still available ke x?? after fara runding dgn dia...he decided nk jual pada fara so mlm td fara amek kat anw subang..
stitch masih baru..takde kotor..bak kata org good in condition la...bau si bob xde..hehhe..yeah..ni 1st tyme aku beli barang 2nd hand dari mudah.com and si bob plak 1st tyme jual kat sini..cuma warna dia agak berbeza sikit dengan warna asal stitch which is warne asalnye biru gelap..
knp muka stitch mcm tue..owh sebenarnya stitch ni musim winter..so tu yg muka dia merah2...perasan x dia pki scarf kat leher...kepala dia mmg besar yang amat dr badan dia...kelakar tgk stitch ni..sumtimes mcm x balance plak...
p/s:ni lah hasil duit raya yang aku dapat then aku lebur beli patung stitch.... :)
Wednesday, September 30, 2009
my new stitch
at 7:49 PM Posted by Farazila 3 comments
Kisah Alquran sebagai hantaran
"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.
"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.
"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.
"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.
"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..
"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
"Apa benda nih" detik hati Nabil.
"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..
"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.
"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
at 4:12 PM Posted by Farazila 0 comments
Tuesday, September 29, 2009
Rajin vs Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....
at 12:42 PM Posted by Farazila 1 comments
Monday, September 28, 2009
Duit Raya
erm..korang nk taw x..fara yang dah bekerja ni pon still dapat duit raya lagi taw..hehehe...nk taw mcm ne fara leh dpt...fara hanya guna kan dua alasan je..fara still belajar n belum kahwin...nanti dapat lah dari mak sedara..ekceli bukan nk pon...sekadar gurauan..alah bukan nk byk pon...orang bg seringgit pon fara terima...korang nak taw x berapa banyak fara kumpul duit raya dari sehari sebelum raya smpi seminggu raya nie??jeng..jeng..jeng...rm 150..
mungkin orang akan kata alah sikit jer..tp bg fara byk taw..sebab fara x sangka dah besar2 ni still dapat duit raya...paling byk duit raya yg fara dpt dari cikgu..fara x jumpa lagi cikgu tp yang best nye dia leh kirim duit raya dgn bank in duit tu dlm acc fara...thanks la cikgu..apa2 pon fara minta halal segala2nya dan maaf lah ade terkasar bhs ngan cikgu...
mama fara selalu cerita kat fara..masa kechik2 fara gembira sgt dpt duit raya...smpi xmo bg mama pegang..simpan sendiri..masa tu beraya di singapore umah sedara belah ayah...dapat je duit raya mesti duduk terkangkang smbil kira duit...padahal x taw mengira time tue...mama cakap setiap rumah yang pergi menziarah mesti itu je yang fara buat...
bila duit dah banyak kumpul...ayah akan bawa fara gi bank..katanye duit raya yg fara dpt kene simpan dalam bank...x leh simpan kat umah..nanti ilang amek dek toyol...hehe..ekceli kat umah fara ade satu tabung yang boleh berbunyi n menari taw..setiap kali fara dpt duit syiling..fara mesti masukkan dlm tabung tue...fara pggl tabung tu tabung kiki lala..suka tgk gelagat tabung tu...
okie..erm pemberian duit raya untuk kanak-kanak dan orang tua di hari raya perlu diteruskan..bagi fara bukannye selalu kita bersedekah kan...kita beri lah berapa yang mampu...janganlah berkira sangat..adik-adik yang dapat duit raya tu akk nasihatkan jgn lah merungut kalau dapat duit raya sikit dari tak dapat langsung kan...ingat yea set kat mind adik2 kemaafan yang utama bukan duit raya taw...
at 9:55 AM Posted by Farazila 4 comments
Friday, September 25, 2009
Bayi paling berat dan besar
omg..besar sungguh bayi ni..mcm mane la mak dia usung dia selama 9 bulan..apa yang aku dapat taw bayi ni terlebih glukos coz masa mak bayi ni mengandungkan dia mak dia ni ade sakit diabetes...harap2 bayi ni sihat dan panjang umurnya..amin..
at 3:45 PM Posted by Farazila 5 comments
Wednesday, September 23, 2009
Matahari x mungkin menyinar kembali
kuharus relakanmu walau aku tak mau
dengarkanlah kau matahariku dengarlah matahariku suara tangisanku
at 10:23 AM Posted by Farazila 4 comments
Friday, September 18, 2009
Buka Puasa bersama Staf DEGIS
Lokasi : Subang Jaya
Masa : Waktu Berbuka Puasa
Tarikh : Hari ke - 25 berpuasa
sebelah tu plak..aku panggil dia akk...nama dia siti rohani..dgn dia je aku leh manja2...dan dia juga aku byk share citer dgn dia...she is very open minded dgn aku...dan merupakan sifu aku dalam hal2 kerja..ade je kerja yang aku x tahu aku selalu refer pada dia..dia ni DEGIS K.Selangor...
Degis dari Sepang...Fidah..org nye mmg cekap dalam bab GIS nie...x payah tgk monitor pon dia tahu mcm ner nk setelkan probs..kelakuan dia agak kasar skit..gi opis merempit dgn motor..huhu..aku pon takut nk bawa moto jauh2 taw...yang tudung putih tu kawan housemate dia..lupa plak apanama nya ntah..huhuhu...
at 3:31 PM Posted by Farazila 2 comments
Wednesday, September 16, 2009
SeLaMaT hARy RaYa
Sempena bulan yang mulia ini...daku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat kalian yang daku kasihi...pesanan daku buat kalian..berhati-hati dijalan raya..pandu lah kereta dengan cermat..if ngantok berhenti di bahu jalan yang selamat, R n R yang berdekatan... dan juga stesen pam utk isi minya..apa lagy yerk nk ckp....
owh yea..sekiranya daku ade buat salah sepanjang tahun nie...almaklumlah daku ni insan yang lemah..lalai..bukan lah sempurna 100% pon...daku ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan dari kalian..(secara terbuka)..if korang rs x puas hati..nk aku ckp sendri pon boleh juga...juz let me know okies....
owh mengenai raya daku kali ini..daku tidak mengambil cuti raya kerana daku tiada mood utk beraya memandangkan..daku mempunyai asgmnt yang bersusun-susun(lebih byk dr balang kuih raya kat umah)...so daku ambil masa ini utk menyiapkan seberapa byk asgmnt yang boleh..berkenaan kerja sebagai permulaannya daku telah pun memohon data..lepas raya barulah aku collect data n n menjejak lokasi terbabit di seluruh Daerah Gombak..
baju raya pon aku x sempat nk tempah...mungkin aku beli last minit...hari jumaat ni ade masa terluang..aku akan gi beli kat PKNS shah Alam or Jalan TAR je....ntah ade saiz ke x....kalau boleh tahun aku nk baju wane pink putih...lama x pki warne mcm nie..asyik2 purple jerk...dah boring plakkk...
kasut raya plak...dah ade 2 pasang...dah beli awal2 lg..seminggu raya..igt nk tambah satu lagi...sama ada sandal atau high heel..klu blk kg xleh nk pki high heels coz jalan merah kan..maunye tenggelam nanti...so kne lah cr sandal satu..dah survey dah..ade satu kedai kasut kat selayang mall..cantik juga design dia...esok pas siap keje br leh pegy....
tudung..hurm..pon belum beli lagi..coz nk match dgn baju...terpikat dengan tudung ala-ala dato' ct...chumel jer...tgk patung kat kedai tu pakai...kalau aku pki agak2 korang chumel x????hihihih...
duit raya..tahun ni aku sponsor sikit duit raya..tp bukan aku yang pegang lah..aku suh mama yg bg utk budak2...malas nk bg kat budak2 sndri....nt thn depan diorang minta agy...not ready lagi nk bg kat diorang...kecuali lepas aku kawen la..hihihii...aku juz sediakan utk anak buah aku 2 orang tu jer..diniy n daniey...
kuih n kek raya...semua dah siap dah..kali ni ade sorang uncle ni sponsor aku kerepek2...thanks yea....byk juga la...aku minta dia order kat kawan dia..alih2 dia yg bayar tuk aku...semoga uncle dimurahkan rezeki selalu...kek raya aku akan buat hr sabtu before pulang ke kampung...buat 2 biji kek coklat dah lah.....
kali ni aku beraya di lanchang pahang..seperti biasa blk di awal pagi raya..sebab2nye adalah utk mengelakkan kesesakan lalulintas..biasalah aku ni..benci jammed...sbb yg kedua nye aku blk kampung terus makan lemang ngan rendang daging..xyah nk masak2..hihihihi....selalunya blk ke kl raya ke3...
at 4:18 PM Posted by Farazila 6 comments
Thursday, September 10, 2009
hollaaa
sekarang ni lilo susah nk hupdate blog ler...
kat office pon dah kene block..x puas hati nie...xpe2..block lah...nt aku boikot dgn main game je kat opis...
kat umah plak pc lembab gils..
laptop aku x sah ckp la..dah hancus....
tunggu ade yang baik hati belikan untuk aku..nk beli duit pon dah byk sangkut..
xpon ade yg sudi bg aku pinjam tuk buat asgmnt dlm masa sebulan pon okies gak...
so..kesimpulannya...aku jarang update blog...
at 9:45 PM Posted by Farazila 2 comments