Friday, August 28, 2009

card raya still available!!!



salam kepada semua...

apa kabar..mcm ner puasa korangg...dah seminggu nie..masih ada yang lembik ker...ade yang masih mengelat lagi ker...harap2 semakin lama berpuasa korang dah makin bersemangat...

tahun ni aku rase baik hati skit...aku ade banyak kad raya untuk dikirim kan kepada pembaca-pembaca blog...ekceli saya ingin meneruskan tradisi lama dengan mengutus kad raya ini walaupun sekarang kita berada di zaman yang canggih manggih nie yang mana anda boleh hantar ucapan raya melalui sms, mms, email dan sbg nya...oleh itu saya berharap sangat dapat alamat2 rumah untuk sy kirimkan kad raya nanti...sy harap anda dapat emailkan alamat anda kepada saya secepat mungkin supaya posmen tidak perlu lagi buat kerja lebih masa untuk hantar kad raya...

sila emailkan alamat anda di alamat email ini:-

cute_lilo_stitch@yahoo.com

Monday, August 24, 2009

roti jala..roti jala...5..2hengget...

Salam rakan2 blogger dan sahabat handai yang sentiasa mengikuti perkembangan blog iamfarahzila ni..semoga kehidupan kalian diberkati oleh Allah s.w.t..aminn...


pernah x korang dengar satu hadis ni yang bermaksud:-


"Hendaklah kamu berniaga kerana di dalamnya terdapat 9/10 dari sumber rezeki..." sabda Rasulullah



+----------------------------+--------------------------------------+





gambar yang anda lihat di atas adalah pic mama fara yang sedang menebar roti jala. kami membuka gerai di bazaar Ramadhan Pandan Mewah. sudah dua hari mama berniaga roti jala.. fara hanya tolong bungkus kuah kari..kiranya fara ni cashier la...nak menebar x reti la plakkk..


fara : "dik nak berapa dik? 5 keping rm 2"

customer : akk bagi sy 2hengget nk yang baru masak nye"

fara : "ok"


biasalah customer..mcm2 perangai...so untuk jaga hati customer kene lah bijak deal dgn mereka...adakalanya yang x banyak songeh, fara lak yg byk ckp..sementara diorang tunggu roti jala diorang siap...fara borak2 kosong dengan diorang...yang penting kene selalu senyum...baru sejuk hati si pembeli kan...


+---------------------------+---------------------------------+




inilah hasil roti jala mama buat..dah siap sedia untuk dijual.. mama x buat yang gulung punya coz amek masa nk menggulung...tu yang buat 3 segi jer.... roti jala ni sedap klu makan dengan kuah durian atau pon kuah kari ayam dengan kentang..modal x banyak cuma memerlukan masa dan tenaga yang banyak.. kalau 2 thn yang lepas mama jual 3 seringgint tp sekarang ni mama up kan 5 keping 2hengget...anda rase mahal ker????


+-------------------+---------------------------+




kalau di Utara Semenanjung Malaysia..orangnye makan roti jala dengan pengat durian yang panas.. sedap juga klu sesekali pekena roti jala dengan pengat durian..ni bagi mereka yang suka kan manis2 la.... mama x buat selalu...mama buat pada hari2 tertentu sahaja...sebab kat sini orang lebih gemarkan kari ayam...

+-----------------------+---------------------------+





erm...sedapnye tengok...roti jala ni x sah kalau x cicah dengan kuah kari ayam...pergh...mkn sekali smpi nk 2-3x..barulah sedap..hihihihi..kuah kari ni org selalu buat x manis tp lemak sikit la...ala..korang sendiri taw la kan rase kari camner kan..fara pon xleh nk explain..hihihih....nyummy..yummy....


+---------------------+---------------------------+


rase2 nye korang semua teringin nk makan roti jala x?..jgn lupa dapat kan di Bazar ramadhan yang berdekatan di rumah anda... :D


Di Bulan Puasa dengan berniaga di bazaar Ramadhan..inilah sumber pendapatan keluarga fara..dengan hasil berniaga lah dapat kami sekeluarga meneruskan kehidupan dan membeli keperluan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba...semoga Allah memberi rezeki terhadap Hamba-Mu ini...Aminnn..


sejak ayah eksiden..mama yang banyak bekerja untuk keluarga..kadangkala fara kesian dengan mama.. xpernah kenal penat...bangun awal pagi sehingga lah lewat malam baru mama dapat merehatkan badan..fara tolong yang setakat fara boleh...fara pon bekerja juga..kalau mama boleh buat semuanya kenapa fara xleh buat...sebab tu fara x kisah nak meniaga kat tepi jalan pon dengan mama..angkat barang yang berat2 ke...gi beli barang2 nk buat roti jala...ye la...x semua orang sanggup mcm ni kan...malu katanyee....bagi fara "I DUN CARE"..


+------------------------END--------------------+

Saturday, August 22, 2009

5 perkara yang membatalkan puasa

Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya.

2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))

3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

5. Jima’ (Bersetubuh)

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat.


Niat berpuasa dan berbuka puasa

Salam, sila hafal dan sebarkan. Terima kasih. :) Aku cuma nak kongsi je, mane tau ada yang terlupa niat puasa. Ye la, puasa pun setahun sekali…

Niat puasa ramadhan :


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa



Niat berbuka puasa :

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa.

Fadilat Ramadhan

    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith)


p/s: semoga dengan apa yang anda baca dapat membuatkan anda berlumba-lumba mencari kebaikan.

Wednesday, August 19, 2009

interview lagi

salam kawan2

semalam aku dapat panggilan telefon dr cerana design...dia ckp aku perlu datang temuduga untuk mengisi kekosongan jawatan di sana. aku teringat yang aku ada apply melalui jobstreet.jawatan yang ditawarkan kepada aku ialah ass. town planner..aku rs happy sebab ini kali pertama aku dapat offer kat firm planning selalunya aku interview kat firm engineering tapi selalunya gagal..sebab kelayakan aku tidak mencukupi...hahah...ade hati nk join firm engineering..huhuhu
so..esok aku ade interview kul 10pg..skang ni ade skit porbs lak..aku ade meeting kat SUK pada masa yang sama..adeiii...camne nk buat nie.....nk gi yang mne...hr tu boss aku dah bg warning kat semua peg DEGIS...utamakan kerja dahulu..benda lain abaikan..nak xnak aku kol la eja juz bgtaw aku akan dtg meeting tapi lewat sikit..huhu...mcm meeting aku yang jadi pengerusi plak leh sukahati bapak aku masuk kul brape kan....hahahha...tapi yang penting report aku kena submit first...
apa yg aku taw ade 11 orang candidates yang apply post nie..ade harapan ke aku yea...kawan2...ade tips x untuk aku menghadapi temuduga esok...aku dah lama tak pergi mana2 interview..rs2 nye apa yg selalu ditanya n apa yang nk aku ceritakan...
p/s:harap2 aku berjaya dengan temuduga esok... ;-)

Tuesday, August 11, 2009

My BirthdaY



herlow my frens...
today my birthday..
sy th anda mesti nk wish besday kat sya kan..kan..kan..
so sila drop segala wish anda tuk saya kat sini yea...
terima kasih banyak2...
muahhhh....

Tuesday, August 4, 2009

Hate Letter

Read this “HATE letter”. It is so funny and creative. This is a loveletter from a boy to a girl…. However, the girl’s father does not like him and want them stop their relationship……and so..the boy wrote this letter to the girl..he knows that the girl’s father will definitely read this letter..

1 “The great love that I have for you
2 is gone, and I find my dislike for you
3 grows every day. When I see you,
4 I do not even like your face;
5 the one thing that I want to do is to
6 look at other girls. I never wanted to
7 marry you. Our last conversation
8 was very boring and has not
9 made me look forward to seeing you again.
10 You think only of yourself.
11 If we were married, I know that I would find
12 life very difficult, and I would have no
13 pleasure in living with you. I have a heart
14 to give, but it is not something that
15 I want to give to you. No one is more
16 foolish and selfish than you, and you are not
17 able to care for me and help me.
18 I sincerely want you to understand that
19 I speak the truth. You will do me a favor
20 if you think this is the end. Do not try
21 to answer this. Your letters are full of
22 things that do not interest me. You have no
23 true love for me. Good-bye! Believe me,
24 I do not care for you. Please do not think that
25 I am still your boyfriend.”

So bad!! However, before handing over the letter to the girl, the boy told the girl to “READ BETWEEN THE LINES”, meaning-only to read 1.3.5.7.9.11.13.15.17.19.21.23.25. (Odd Numbers) So..Please try reading it again! It’s so smart & sweet…

Oren Bunuh Diri!!

4 ogos, Ampang - Seekor kucing yang bernama oren didapati telah bunuh diri di jalan ampang kelmarin. motif bunuh diri ini masih lagi dalam siasatan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, dia dikatakan mengalami penyakit yang mana di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. kemungkinan mengalami masalah tekanan perasaan.Tuan empunya kucing, turut merasakan sedih dan kecewa apabila mengetahui kemalangan tersebut.

sebelum ini oren pernah mencuba untuk bunuh diri di atas jalan raya yang sama tetapi tidak berjaya kerana orang awam berjaya mengangkat oren ke tepi jalan.oren merupakan kucing yang paling lincah dan kuat menangkap lipas dan amat disukai oleh tuannya. oren yang mempunyai berat 2kg dan berumur setahun 2 bulan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan awam depan rumah yang terpaksa dirahsiakan lokasinya.

kini tuannya mempunyai 2 ekor kucing yang bernama manja dan dak kenit. tuannya berharap agar kejadian sebegini tidak berulang kembali kepada dua kucing yang lain.

LiLo

Related Posts with Thumbnails