Aku bimbang.. sangat bimbang.. Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'.. Ingin membayar puasa yang tertinggal..namun masih belum aku bertindak..Hutangku masih berlambak-lambak... PTPTN belum lagi aku tunaskan walaupun sesen.. Finance kereta-ku masih belum selesai.. Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai...
Aku bimbang..sangat bimbang..Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah Atau ....................................... Apakah aku akan dibelasah Oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?Apakah aku dapat menahan sakit bila ular kubur datang menggigit... Kerana sembahyangku yang amat sedikit sekali...
Aku bimbang..sangat bimbang..Isyak masuk..Mama di tikar sembahyang menyembah Allah.. Aku depan tv menonton rancangan yang melalaikan.. Mama menggunakan masa mencari redhaan Tuhan..Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang..Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang..Imanku masih terumbang-umbang... Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ? Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an... Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan.. Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?Hilang aku dari pandangan..Hilanglah aku dalam kenangan... Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..Amal ibadahku sangat kurang !"Farahzila yang telah lahir dari rahim ibu mu... taubatlah engkau sayang... Tinggalkanlah segala yang mengasyikkan..melalaikan..mealpakan.. Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu....Berhentilah menjadi sahabat syaitan.. Agar hidupmu mendapat keredhaan...Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH."
pesanan ini adalah untuk peringatan diri ku..untuk aku menasihati orang lain menjurus ke arah kebaikan .. aku masih lagi belum layak..tapi tidak salah untuk aku mengajak kepada kebaikan..betul kan.. :-)