Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 21, 2007

~Selamat Hari Raya Aidiladha~


"Selamat Hari Raya Aidiladha"-aku dan mira.
(otw nk ke tempat penyembelihan lembu)



Hari Raya Aidiladha adalah memperingati sebahagian peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim. Ianya adalah melihat kesanggupan Nabi Ibrahim melakukan pengorbanan yg besar terhadap anaknya Ismail yang telah diperintah Oleh Allah S.W.T. Dengan kebesaran Tuhan menukarkan anak Nabi Ibrahim Kepada Qibas yang mana kejadian itu diuji oleh-Nya untuk melihat ketaatan Nabi Ibrahim walaupon terpaksa mengorbankan org yang tersayang.

Definisi korban hari ini bukanlah bermaksud sembelih lembu/unta/kambing sahaja. Bagi aku, apa sahaja yang kita lakukan dengan rela dan ikhlas itu yang memerlukan pengorbanan kita, itu adalah lebih bermakna. Sebagai contoh, ada x korang terfikir pengorbanan ibu korang yg menyusukan kamu, yg menjaga siang dan malam ketika kamu kecil. Pernahkah korang mengucapkan terima kasih padanya..

Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.

Disini aku ada snap pic yang boleh dikongsi sama..tyme ni, aku kat kampung dan berkesempatan melihat lembu dijadikan korban.. semalam aku blk kampung dlm kul 8.30pg dan smpi lebih kurang dlm kul 10pg..aku tgk atuk aku dah ade kat tempat org nk sembelih lembu.. dekat kampung aku, diorang korbankan 3 ekor lembu..semua lembu tue warna putih..lembu2 tue x ganas..dia diam jerk..tapi tyme nk baringkan dia, dia xnk baring..masa tue aku tgk dia meronta2..


lembu terakhir yang dijadikan korban...kurus lorh..

tempat dimana lembu tersebut nk disembelih..


lembu nie baru jer disembelih..dan dibiarkan darah habis keluar..

semasa penyembelihan dilakukan, mereka yg ade semuanya bertakbir..
dan tukang sembelih membaca doa..


bila sahaja disembelih, aku tgk lembu2 ni masih boleh mengeluarkan dengusan2 yg garau sehingga lah lembu nie mati..


tyme nie diorang dah siat kulit lembu tersebut..
tajam nye la pisau kan..x sampai setengah jam dah togel lembu2 nie.



daging lembu yg dikorbankan x sama denga daging biasa..dari
sudut pengetahuan aku, daging korban hanya boleh dimakan oleh umat islam shj dan tidak boleh dijual, tulang2 haruslah ditanam, daging tersebut x boleh diberi kepada binatang lain utk dimakan..


ini kali pertama aku menyaksikan org menyembelih lembu secara dekat..sebelum nie aku takut..yelah takut tgk darah, kesian tgk lembu tue mati..mcm2 lah..tapi kini aku dah berani...hehehe...

1 comment:

dakchomey said...

nk copy leh?

LiLo

Related Posts with Thumbnails